| Ditulis oleh WartawanBuletinonli ne | |
![]() (Foto: Pengerusi & Setiausaha BERSIH berhimpun di hadapan Mahkmah K) Kuala Nerus, 20 Jan – Rakyat negeri Terengganu tidak ada pilihan pada Pilihanaraya Umum(PRU) yang akan datang ini kecuali menukar kerajaan UMNO/BN yang sedang memerintah sekarang kepada kerajaan PAS. Perkara ini dinyatakan didalam majlis ceramah BERSIH pada malam ini, di Pekan Batu Enam, sempena hari perbicaraan Azman, Suwandi dan 18 orang yang lain yang dituduh oleh kerajaan UMNO/BN, sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kerajaan UMNO/BN menuduh mereka kerana UMNO/BN takut akan kalah didalam pilihanraya akan datang berdasarkan isu dan peristiwa yang berlaku didalam negara ini. Pengerusi BERSIH, Tuan Hj Mohamad Sabu menyatakan “apabila Presiden PAS membuat kenyataan menolak tuntutan melampau HINDRAF berkaitan kuil dan pembersihan etnik, tetapi menyokong tuntutan berasaskan keadilan dan ekonomi, menyebabkan mereka mula mendengar penerangan PAS dan menyokong pembangkang” “Keadaan ini menyebabkan UMNO/BN mungkin kalah di kawasan majoriti orang India dan mula mengambil tindakan ‘lembut’ kepada HINDRAF tetapi mengambil tindakan keras terhadap PAS, termasuk mendakwa mangsa tembakan peluru hidup serta 18 yang lain berdasarkan Peristiwa Berdarah Batu Burok” ujar Mad Sabu lagi. Sebelum itu, perkara yang sama telah dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Peguam dan Undang-undang PAS, Tuan Hj Hanipa Maidin.Kata beliau, “Bagi UMNO/BN apabila berhimpun sahaja adalah salah. Didalam demokrasi, parti-parti politik dibenarkan untuk berhimpun dan berkempen serta membuat pemberitahuan dan hebahan. Sekiranya parti-parti politik tidak dibenarkan untuk membuat perhimpunan, ia tidak lagi dipanggil demokrasi” “Apabila parti politik berhimpun dan berkempen, UMNO/BN takut rakyat tahu tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan, mereka gunakan gunakan pelbagai cara untuk menghalang pembangkang bersuara” Dalam memberitahu para hadirin tentang kes Azman dan Suwandi, Hanipa mengatakan bahawa kerajaan membazirkan wang dan masa membuat pendakwaan yang tidak perlu sekiranya kerajaan memberikan kebenaran rakyat untuk berhimpun pada 8 September yang lalu. “Rakyat mesti menolak UMNO kerana UMNO menggunakan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan undi, bukan beriman dengannya” tambah Hanipa. Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang terus terang mengatakan bahawa UMNO terpaksa menggunakan Islam untuk melawan PAS, bukan untuk melaksanakannya. Setiausaha BERSIH Dr. Syed Azman Syed Nawawi yang turut berucap, meminta rakyat Terengganu bangun membuat perubahan didalam PRU akan datang yang semakin hampir. Jelas beliau, “Perjuangan BERSIH untuk menegakkan keadilan adalah suci dan selaras dengan Islam. UMNO/BN melakukan kezaliman dan kita minta rakyat Terengganu membuat persediaan untuk merubah kerajaan” |
Khamis, 2008 Januari 24
Tidak ada pilihan, kecuali tukar kerajaan - BERSIH
Selasa, 2008 Januari 22
Kes Batu Burok, Peguam Negara digesa 'perbetulkan keadilan'
Awang Harun
KUALA TERENGGANU, 21 Jan (Hrkh) - Wakil Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menggesa pihak Peguam Negara memperbetulkan usaha bagi menegakkan keadilan di negara ini.
Katanya, Peguam Negara perlu memberi keadilan yang sewajarnya dalam perbicaraan isu 8 September 2007 lalu di Batu Burok.
"Saya minta Peguam Negara memberi keadilan dalam isu di Batu Burok ini supaya rakyat akan terus memberikan keyakinan terhadap sistem kehakiman dan keadilan yang ada dalam negara kita," ujarnya pada sidang media di hadapan pintu masuk Mahkamah Tinggi Kuala terengganu, semalam.
Beliau bercakap bagi pihak Bersih memberikan sokongan penuh kepada kedua-dua mangsa tragedi di Batu Burok yang didakwa di mahkamah.
"Bersih akan terus memberikan pembelaan kepada dua anak muda itu yang dizalimi oleh satu sistem yang tidak adil, suatu sistem yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional."
"Kita ingin supaya disegerakan keadilan itu terlaksana dan pada hari ini kita mempertegaskan supaya diberikan ikat jamin kepada Suwandi dan Azman," tegasnya.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyertai Himpunan Aman Menyokong Suwandi dan Azman di pekarangan pintu masuk Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
"Saya mewakili Pesuruhjaya dan saf kepimpinan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Bersih dan pimpinannya kerana telah bersetuju untuk meneruskan perjuangan, perpaduan bersama Suwandi dan Azman."
"Kita menyeru kepada seluruh rakyat supaya memberi sokongan kepada jemaah Islam (PAS) dan perjuangan menuntut keadilan yang sedang kita perjuangkan sekarang ini."
"Kita akan meneruskan sokongan kerana ini sebahagian dari perjuangan kita menegakkan keadilan," ujarnya.
Katanya, suara rakyat hendaklah diperjuangkan dan bukan hanya mengikut segelintir suara pihak penguasa yang tidak mahu menegakkan keadilan dalam negara ini. - mks.
Isnin, 2008 Januari 21
Perhimpunan lebih 1000 orang – Pengerusi & Setiausaha BERSIH memberikan ucapan
SM Noor
Kuala Terengganu, 20 Jan – Jam 10.00pagi – Perhimpunan menyokong Suwandi & Azman serta 18 orang yang dibebaskan, semakin membesar. Sekitar jam 9.20 pagi Pengerusi BERSIH, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Setiausahanya, Dr Syed Azman Syed Ahmad hadir bersama-sama lebih 1000 orang dihadapan mahkamah
Setiausaha BERSIH, Dr Syed Azman Syed Ahmad telah menyatakan bahawa BERSIH menyokong penuh dan bulat, kepada hasrat himpunan hari ini yang meminta Suwandi dan Azman di bebaskan.
“Kita berhimpun dengan satu mesej untuk disampaikan kepada pemimpin UMNO/BN bahawa musuh kita bukan polis, bukan pasukan keselamatan, tetapi musuh kita adalah pemimpin UMNO/BN” kata Syed Azman
“Tidak ada maknanya Pilihanraya akan datang diadakan, sekiranya Azman dan Suwandi yang ditembak dan hampir terkorban, The image “http://buletinonline.net/images/crim0021.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.dizalimi dan masih terpenjara. Adaah menjadi kesalahan kepada kita sekiranya kita tidak mempertahankan kedua-dua orang sahabat kita Azman dan Suwandi” ujarnya lagi.
Sekitar jam 9.30 pagi pasukan peguam Suwandi, Azman dan 18 yang lain di ketuai oleh Sdr Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, masuk ke mahkamah.
Kehadiran pada hari ini adalah kehadiran yang paling ramai. Turut serta adalah pimpinan PAS negeri Terengganu, Pimpinan Pemuda, Muslimat dan Ulamak.
Alhamdulillah. . Suwandi & Azman boleh dijamin
| Alhamdulillah. . Suwandi & Azman boleh dijamin |
Bismillahirrahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt... Syukur rasanya bilamana mendapat berita Suwandi dan Azman dapat diikat jamin. Takbir kemenangan tiba-tiba memecah suasana 1000 para penyokong Suwandi dan Azman yang sedang berzikir dan bertahmid. Jam ketika itu kira-kira menunjukkan pukul 11.00 pagi. Perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu sayu seketika bilamana takbir kemenangan itu bergema. Ramai dilihat bersalam-salaman mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Pada aku, kemenangan itu walaupun masih peringkat permulaan, namun ianya berkat kesabaran dan sokongan semua pihak yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kerjasama dalam membantu Suwandi dan Azman. Secara spontan, diadakan kutipan derma kilat bagi menjamin Suwandi dan Azman yang dikenakan jaminan RM 3000 seorang. Alhamdulillah kutipan dalam jangkamasa yang singkat itu melebihi jumlah RM 6000 yang dikehendaki. Sebelum itu, jam 10.00 pagi telah diadakan Solat Hajat buat kali ke 3 di perkarangan Mahkamah. Solat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Dato' Abu Bakar Chik telah diikuti doa yang menyentuh hati oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Aku anggarkan separuh yang hadir turut serta menunaikan solat. Suasana agak hangat seketika bilamana pimpinan BERSIH dan PAS cuba diugut oleh pihak keselamatan dengan ugutan akan ditangkap. Para penyokong segera ke depan dan memastikan semua pimpinan selamat dibawa keluar dari kawasan perhimpunan. Alhamdulillah semuanya terkawal. Selepas itulah diadakan majlis zikir dan tahmid bagi memastikan perhimpunan adalah baik dan terkawal. Alhamdulillah para penyokong memberikan kerjasama yang baik dan boleh dipuji kerana mampu bersabar walaupun panas dengan cuaca dan situasi yang ada. Ini menunjukkan betapa rakyat semuanya menolak sebarang bentuk keganasan dan kekacauan sekiranya tiada pihak yang melakukan provokasi ataupun memulakan provokasi. Selagi mana lunas undang-undnag diikuti dan dijaga, rakyat umumnya tiada masalah untuk memberi kerjasama. Kira-kira jam 11.45, para peguam dan pimpinan telah mula keluar dari mahkamah. Sedikit ucapan ringkas dari Hanifa Maidin, Ustaz Dato Abu Bakar Chik dan YB Salahudin mengakhiri perhimpunan sebelum ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Pesan Dr Syed Azman yang bertindak selaku pengerusi majlis, Haji Mohamad Sabu tidak dibenarkan berucap di situ kerana mahu disimpan pada malam ini. Sebagai makluman, malam ini akan diadakan satu ceramah di Batu Enam. Penceramah terdiri dari Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abu Bakar Chik, Salahudin Ayub dan beberapa pimpinan yang lain. wallahua'lam. Gambar-gambar awal pagi dari TKO. Selepas 9.30pagi semakin ramai hingga mencecah 1000 orang aku anggarkan. Gambar setakat itu sahaja kerana kamera aku kehabisan bateri. Huhuhu.. |



|
Rabu, 2008 Januari 16
Program BERSIH Sempena Tragedi Batu Burok
Jemputan Media
16 Januari 2008
Program BERSIH Sempena Tragedi Batu Burok
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengatur program sempena kejadian berdarah yang melibatkan tembakan anggota polis terhadap orang awam di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9 September 2007 yang lalu. Sidang media diadakan berikutan ikat jamin mangsa, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz .
Berikut adalah butiran sidang media:
Tarikh : 20 Januari 2008 (Ahad)
Masa : 8 pagi
Tempat : Hadapan mahkamah Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu
Delegasi BERSIH akan diwakili oleh:
1. Hj Mohammad Sabu
2. Dr Syed Azman Nawawi
3. Sdr Ronnie Liu
BERSIH juga akan mengadakan ceramah berikutan dengan perbicaraan tersebut:
Tarikh : 20 Januari 2008 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Pekan Batu 6, Batu Burok, Kuala Terengganu
Para penceramah:
1. Dr Syed Azman Nawawi (Pengerusi Majlis)
2. Sdr Ronnie Liu (DAP)
3. Tan Sri Khalid Ibrahim (keADILan)
4. YB Salahuddin Ayub (Ahli
5. Sdr Hanipa Maidin (peguam)
6. Ust ABC
BERSIH juga akan memaklumkan perkembangan terkini dan persiapan menjelang Pesta Rakyat ’JOM BERSIH’ 23 Februari di Kuala Lumpur dan beberapa kota di seluruh dunia.
6 Jan 2008 - Ayuh ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
Dipetik dari : Tranungkite
Posted on Friday, January 04 @ 13:45:07 MYT by alghaib
Oleh : Pena Lapuk
Pada 6 jan 2008 (ahad), mahkamah tinggi Kuala Terengganu akan mendengar rayuan dua orang mangsa peluru hidup dalam kes Batu Buruk 8 sept 2007.Mereka berdua sebelum ini tidak dibenar ikat jamin selepas menghadapi empat pertuduhan iaitu pertuduhan pertama, pertuduhan pilihan kepada pertuduhan pertama, pertuduhan kedua dan pertuduhan pilihan kepada pertuduhan kedua mengaku tidak bersalah.
Di dalam pertuduhan pertama, mereka didakwa menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, seorang atau lebih daripada anggota perhimpunan telah dengan sengaja cuba menyebabkan cedera parah kepada Wan Aziz Wan Omar (RF143706), seorang penjawat awam.
Kemudian pada 30 Dis 2007 Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu mengekalkan keputusan tidak membenarkan mangsa tembakan polis dalam Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz di ikat jamin.
Oleh itu bagi menyatakan sokongan kepada mereka berdua, sekali gus sebagai menentang undang-undang Rimba ( Law of Jungle) ayuh kita semua berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Dari Utara, Selatan, barat ,timur dan tengah ayuh penuhi Kuala Terengganu, bersama-sama memakai baju kuning( jika ada) bawalah pelbagai bentuk sepanduk dan sebagainya.
Bagi negeri -negeri Pantai Barat dan yang sewaktunya dengannya, ahad merupakan cuti umum dan ini lah peluang melancung ke Kuala Terengganu Bandaraya Air ( Longkang).
Catatkan didalam dairi anda semua pada 6 januari 2008, jam 8.00 pagi di Perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mohamad.
Gambar Sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 6 Jan 2008
Dipetik dari : Tranungkite
Oleh : JurugambarLebih 1000 orang telah perhimpunan di depan mahkamah tinggi Kuala Terengganu bagi memberi sokongan kepada sdr Swadi Abd Ghani dan Azman didalam rayuan mereka berdua untuk mendapat ikat jamin didalam kes Batu Buruk pada 6 Jan 2008.
Perhimpunan diakhiri dengan solat hajat yang telah di imamkan oleh Ulamak Muda dari Besut.
Rayuan mereka berdua untuk di ikat jamin telah ditangguhkan pada 14 januari 2008, ayuh sekali lagi ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada tarikh tersebut.
Bersama ini di sertakan gambar gambar perhimpunan di hadapan mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Pemimpin Pemuda Negeri juga bersama sama bermunajat kepada Allah.
Pemuda Kawasan Jerantut, Pahang, turut serta dalam himpunan tersebut
Bersurai selepas mahkamah menagguhkan perbicraan tersebut.Tiada sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.
Sekuntum bungapun tidak gugur.


