Rabu, 2007 September 26
Wartawan dan Perakam Gambar Ditahan Polis!
Fokus Isu
Sampai hari ini polis masih tidak memulangkan kad pengenalan penulis atas alasan tidak tahu kad pengenalan itu ada dengan siapa. Tindakan ini suatu kecuaian yang sepatutnya tidak berlaku kerana polis mempunyai moto cepat, cekap dan betul. Beg kamera penulis turut dirampas dan masih tidak dipulangkan sehingga hari ini. Penulis rasa kesal dengan tindakan seperti ini dan sepatutnya ia tidak berulang.
Oleh Suhaimi Taib
PENULIS amat kesal dengan tragedi Batu Burok. Ia merupakan satu peristiwa berdarah yang Umno mesti bertanggungjawab ke atasnya. Dua puluh tiga orang ditahan termasuk dua ditembak dengan peluru hidup.
Tragedi itu sengaja dirancang Umno dengan memperalatkan polis kerana meskipun tidak ada apa-apa perlakuan buruk dibuat pihak awam, polis telah menangkap mereka termasuk penulis sendiri seawal jam 9.00 malam.
Tanpa apa-apa soal jawab, penulis ditangkap dan tanpa mendengar apa-apa penjelasan penulis, mereka membawa penulis masuk ke dalam trak polis untuk ditahan.
Setahu penulis, pihak keselamatan perlu memberi amaran bersurai dan memberi tempoh tertentu untuk bersurai dan notis tangkapan jika ingkar sebelum apa-apa tindakan diambil terhadap pihak awam.
Bagaimanapun apa yang berlaku terhadap penulis seawal jam 9.00 malam itu, ketika tidak ramai orang awam berkerumun di kawasan seluas kira-kira 800 meter persegi di luar kawasan ceramah di Taman Persiaran Hakim 1, Batu Burok menunjukkan polis mengenepikan peraturan untuk mula bertindak terhadap orang awam.
Penulis sendiri ditahan tanpa memberitahu apa sebab tangkapan dibuat dan notis tidak diberitahu sebelum ia dilakukan.
Jelas, Umno memperalatkan polis bagi memulakan provokasi dengan mendorong orang awam bertindak liar apabila mereka memulakan siri tangkapan tanpa mengikut peraturan.
Sebagai wartawan penyiaran sebuah syarikat di Kuala Lumpur, penulis ada hak untuk menjalankan tugas di bawah peruntukan Artikel 10 (1) Perlembagaan di bawah skop Kebebasan Bersuara dan Ekspresi. Penulis berhak membuat liputan sekitar kawasan berkenaan tanpa sebarang halangan mana-mana pihak
.
Dengan menangkap penulis ketika menjalankan tugas dan setelah diberi penjelasan berkali-kali kepada pihak polis yang membuat tangkapan bahawa penulis adalah pengamal media, penulis beranggapan anggota keselamatan telah melanggar peruntukan Perlembagaan.
Tindakan tersebut disifatkan sengaja dibuat untuk menimbulkan suasana panas di kalangan orang awam yang hadir, atau dengan kata lain untuk menimbulkan provokasi terhadap orang awam.
Ia bertujuan mendorong orang awam berkelakuan liar bagi membolehkan polis bertindak ganas terhadap mereka termasuk melepaskan tembakan peluru hidup, pacutan air berasid dan serangan kasar terhadap tubuh badan orang awam termasuk memukul dengan cota, menyepak dengan keras dan sebagainya.
Orang awam yang berada di situ tidak terbabit dalam perhimpunan haram kerana mereka bukan berada dalam kawasan tempat ceramah di taman tersebut.
Mereka berada di luar kawasan tempat ceramah itu yang telah dikepung sekitar 800 meter persegi oleh halangan polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Kebiasaan ceramah PAS dan mana-mana parti pembangkang tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini kepada mana-mana pihak sekiranya tidak ada campur tangan pihak luar termasuk daripada pihak keselamatan sendiri.
Dengan menghalang ceramah pembangkang dan pada saat sama Umno diberi kebebasan menerbitkan propagandanya melalui media bercetak dan elektronik dengan bebas tanpa sekatan dan bertindak sesuka hati berselindung di sebalik kuasa kerajaan, amarah rakyat mudah meledak dan ia melakari peristiwa berdarah Batu Burok itu.
Sebuah suruhanjaya bebas amat wajar dibentuk bagi mempastikan siapakah dalang di sebalik tragedi tersebut.
Penyiasatan pihak keselamatan tidak lagi boleh diharapkan kerana banyak peristiwa telah mencalari kewibawaan mereka termasuk kes mata lebam mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim yang membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.
Ia jelas dibuktikan apabila suruhajaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes itu yang mana pihak polis tidak berjaya membuktikan siapa bersalah sebelum itu. Namun suruhanjaya bebas telah membuktikan pembabitan Rahim.
Begitu juga dengan tragedi berdarah Batu Burok, ia perlukan suruhanjaya diraja bagi membuktikan siapa perancang sebenarnya.
Bagi penulis, Umno mesti bertanggungjawab terhadap tragedi itu apabila polis diperalatkan untuk menghalang orang ramai dari mendengar ceramah Bersih yang sepetutnya diadakan dengan jayanya di pekarangan rumah Haji Ahmad Singapura, seorang hamba Allah yang bermurah hati untuk membenarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah.
Sejak 1990-an lagi ceramah diadakan di rumahnya tanpa ada sebarang masalah kerana ia tidak menganggu penduduk di situ.
Rumah Haji Ahmad berada di tepi pantai Batu Burok, dan orang ramai boleh duduk di tepi pantai yang luas itu untuk mendengar ceramah, dan ia langsung tidak menganggu penduduk di situ.
Tidak ada aduan dibuat penduduk sekitar yang mengatakan ceramah berkenaan selama ini mengganggu mereka. Tetapi pihak keselamatan menggunakan alasan itu untuk tidak meluluskan ceramah berkenaan.
Paling tidak bertanggungjawab adalah operasi tangkapan dan tindakan menyerang orang awam dibuat tanpa mengikut peraturan sehingga menyebabkan kehilangan barangan di bawah jagaan polis.
Penulis telah kehilangan kad pengenalan sedangkan penulis telah menyerahkannya kepada pihak polis. Sepatutnya ia dipulangkan semula selepas polis membebaskan penulis dari tahanan lokap pada keesokan harinya kira-kira jam 7.30 malam.
Sampai hari ini polis masih tidak memulangkan kad pengenalan penulis atas alasan tidak tahu kad pengenalan itu ada dengan siapa.
Tindakan ini suatu kecuaian yang sepatutnya tidak berlaku kerana polis mempunyai moto cepat, cekap dan betul.
Beg kamera penulis turut dirampas dan masih tidak dipulangkan sehingga hari ini. Penulis rasa kesal dengan tindakan seperti ini dan sepatutnya ia tidak berulang.
Satu aduan polis dibuat oleh penulis untuk menyatakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku dan sepatutnya pihak polis cepat bertindak memulangkan semua barangan penulis kerana penulis bukan penjenayah.
**********-* -******** *
Tu dia, no! Yang peralatan wartawan dan semua perakam dirampas, lagu apa pihak polis ni nyanyi no? Cek rasalah, ni memang depa lakukan agar orang luar tak tahu cerita sebenar. Ye lah, cerita dan gambaq yang keluaq semuanya dari polis saja, berat sebelah le no?
Hmm...tertanya kat diri sendiri pula: lagu, gambaq mat helmet bakaq bendera tu sapa yang ambik kalau bukan polis sendiri? Kalau dah polis ambik gambaq tu, kenapa depa tak tahan mat helmet time tu gak? Isk, isk, isk...
Selasa, 2007 September 25
Tragedi Batu Buruk - Polis burukkan imejnya yang sedia
Fri | Sep 21, 07 -- Kerjaya seorang polis amat dipandang mulia dan suci di dalam mana- mana tamaduan manusia termasuk Islam.
Tidak dapat dinafikan polis memainkan peranan yang amat besar dalam mengawal keamanan dan membenteras jenayah dalam sesebuah negara. Institusi polis adalah elemen penting dalam mana-mana sistem keadilan.
Atas dasar itu rakyat amat berharap polis menjalankan tugas mereka tanpa rasa gentar dan memihak (without fear and favour) khususnya dalam memerangi jenayah.
Justeru itu juga profesionalisme polis mesti dipertahankan jika pasukan polis ingin dihormati oleh rakyat. Polis tidak harus tunduk kepada mana-mana pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Malangnya kredebiliti institusi polis di negara ini telah mula diragui dengan berlakunya beberapa insiden yang secara jelas memburukkan imejnya.
Polis tidak lagi dilihat memfokuskan matlamat utamanya iaitu membenteras jenayah dan mewujudkan kestabilan dan keamanan. Jenayah semakin hari semakin meningkat.
Polis pula dengan mudah dirasuah oleh penjenayah-penjenay ah besar. Ditekan oleh UMNO, polis sanggup menggadaikan profesionalisme mereka dan dalam keadaan yang tertentu profesionalisme tersebut sedia di"lacurkan" .
Polis semakin hari semakain jelas menunjukkan sikap memihak mereka dan mengamalkan budaya "favouritisme" . Musuh Umno- golongan pembangkang- tidak semena- semena juga menjadi musuh polis.Ironisnya semakin banyak kritikan dibuat berhubung amalan buruk pihak polis semakin teruk pula rekod dan kredibiliti polis.
Tragedi berdarah yang berlaku di Batu Buruk,Trengganu baru-baru ini hanya membawa kita kepada satu kesimpulan sahaja- institusi polis semakin hancur. Persoalannya sampai ke tahap mana Umno mahu institusi polis di negara ini terus hancur !!!
Secara jujur memang sukar untuk kita memahami kenapakah dengan tiba-tiba polis bertindak ganas ke atas rakyat Trengganu yang hanya ingin melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Apa yang lebih malang lagi adalah dua orang rakyat negara ini iaitu saudara Suwandi Abdul Ghani ,37 dan Muhamad Azman Aziz ,21 telah ditembak dengan peluru hidup dari jarak dekat oleh seorang anggota polis di dalam insiden tersebut.
Yang lebih menghairankan meskipun rakyat yang ditembak oleh polis, namun pihak polis telah bertindak menangkap mangsa tembakan tersebut dan meminta Mahkamah mengeluarkan perintah reman ke atas salah seorang individu yang ditembak oleh anggota polis tersebut.
Maka mangsa yang dibedah di hospital Kuala Trengganu tersebut bukan sahaja menderita kesakitan kerana dibedah untuk mengeluarkan peluru tapi juga terpaksa terbaring di katil dalam keadaan tangannya bergari 24 jam sambil dikawal oleh polis.
Dilaporkan kedua-dua individu tersebut, yang telah menerima rawatan di Hospital Kuala Trengganu dan Kubang Kerian berkemungkinan besar akan didakwa di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sementara kedua-dua mangsa yang ditembak oleh pihak polis tersebut telah dan akan direman dan berkemungkinan besar akan didakwa di atas tuduhan jenayah di Mahkamah , anggota polis yang menembak mereka berdua dibiarkan bebas tanpa ditangkap,direman jauh sekali untuk didakwa.
Kenapa tidak ditangkap? Alasan polis adalah polis yang menembak kedua-dua individu tersebut melaksanakan hak mempertahankan diri (self or private defence).
Alasan ini sudah tentu adalah satu alasan yang "premature" di peringkat ini kerana forum yang paling layak menentukan sama ada pembelaan self defence itu terpakai di dalam kes ini hanyalah Mahkamah.
Di dalam konteks kes ini ianya bermakna polis tersebut perlu terlebih dahulu didakwa di Mahkamah dan terpulang untuk beliau membangkitkan pembelaan mempertahan diri tersebut di Mahkamah.
Sebagai satu analogi kes , kita tentu masih belum lupa kes Peguam Balwant Singh yang ditangkap dan didakwa kerana menembak seorang penunggang motosika berbangsa India.
Balwant telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah Tinggi di atas tuduhan bunuh dan setelah selesai saksi-saksi memberi keterangan, Mahkamah telah mengambil kira isu pembelaan self defence yang dibangkitkan oleh Balwant Singh dan memutuskan pembelaan tersebut terpakai kepada Balwant dan beliau akhirnya dibebaskan.
Jadi jelas penembak harus ditangkap dan didakwa terlebih dahulu sebelum beliau dibenarkan membangkitkan pembelaan mempertahankan diri tersebut.
Di dalam kes Batu Buruk ini bukan sahaja polis yang menembak dua rakyat dari jarak dekat menggunakan peluru hidup (yang boleh menyebabkan kematian) tidak didakwa, tangkap pun tidak!
Tanpa penangkapan dan pendakwaan ke atas polis terbabit , ia menunjukkan bahawa polis bukan sahaja bertindak sebagai penembak tetapi juga bertindak sebagai pendakwa, hakim dan juri sekaligus di dalam isu ini.
Dengan ketiadaan penangkapan dan pendakwaan ke atas pihak polis yang menembak kedua-dua individu tersebut akan mengundang pelbagai spekulasi antaranya sesuatu cuba disembunyikan oleh pihak polis dari pengetahuan umum.
Ia juga akan mewujudkan satu "bad precedent" (duluan yang buruk) bagi kes-kes seperti ini di masa hadapan dan tidak perlu dikatakan ini secara jelas bertentangan dengan prinsip akauntabiliti seorang penjawat awam.
Ia juga membenarkan persepsi orang ramai bahawa polis di Malaysia berbudaya "trigger happy" (gembira menembak orang) sekaligus memburukkan lagi imej dan kredibiliti polis yang sedia buruk.
Demi kepentingan keadilan polis yang terbabit sewajarnya ditangkap, direman dan seterusnya didakwa di Mahkamah dan pendakwaan yang paling munasabah ke atas polis terbabit adalah tuduhan cuba membunuh (attempted murder)!
Bagi saya, polis secara jelas bersalah sepenuhnya di dalam kes ini. Kenapakah mereka harus mengganggu ceramah yang ingin diadakan oleh BERSIH yang hanya ingin menyampaikan maklumat kepada rakyat berhubung tuntutan BERSIH untuk memulihkan sistem demokrasi yang telah tempang di negara ini.
Sebenarnya partai pembangkang seperti PAS bukan ingin sangat berceramah di waktu-waktu malam seperti yang dilakukan sekarang. Pembangkang memilih untuk berceramah di waktu malam ini kerana ini sahaja saluran yang mereka ada. Mereka tidak dibenarkan memiliki akhbar harian,televisyen dan radio yang dikuasai semutlaknya oleh Barisan Nasional (baca Umno.
Berkaitan isu penerangan ini Umno secara jelas mengamalkan dasar apartheid -dasar yang memihak satu pihak dan menindas pihak yang lain.
Walaupun di pentas demokrasi rakyat sepertimana kata seorang Hakim di India "are not required to sing the same song!" di Malaysia demokrasi versi Umno tidak mengiktiraf rakyat menyanyi lagu lain selain lagu untuk setia kepada Umno sahaja - dulu kini dan tak tahu sampai bila!
Jika polis berfikir sejenak hal tersebut sudah tentu mereka tidak sewajarnya menafikan partai pembangkang untuk bersuara.
Sistem demokrasi seharusnya membenarkan pembangkang untuk bersuara dan secara timbal balas (reciprocal) rakyat pula hendaklah dibenarkan untuk mendengar suara pembangkang tersebut.
Polis ,saya percaya, mempunyai pengetahuan laporan-laporan yang dibuat oleh Suhakam dan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Imej Polis yang ditubuhkan oleh Kerajaan Abdullah Badawi dengan dipengerusikan oleh Mantan Ketua Hakim Negara,Tan Sri Dzaiddin. Laporan-laporan ini secara jelas menyatakan bahawa polis tidak boleh sama sekali menafikan hak berhimpun ke atas rakyat negara ini yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Badan-badan tersebut malahan telah mencadangkan seksyen 27 dan 27A Akta Polis 1967 yang menyentuh soal perhimpunan di tempat awam dan premis persendirian dimansuhkan kerana bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.
Menurut undang-undang pentadbiran, saranan laporan-laporan Suhakam dan Suruhanjaya Diraja tersebut mewujudkan satu "legitimate expectation" (jangkaan yang sah) kepada partai pembangkang dan rakyat untuk mendesak polis mengikut saranan badan -badan tersebut.
Jika rakyat sebagai pembayara cukai tidak mendapat manfaat dari saranan badan -badan tersebut yag beroperasi di atas duit pembayar cukai apa relevannya badan-badan tersebut.
Untuk polis dan UMNO, ingatlah kesabaran rakyat ada hadnya. Jangan undang kemarahan rakyat. Jadilah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan Polis Raja di Malaysia (PRDM)! - mr
Isnin, 2007 September 24
Memorandum rusuhan KT dihantar ke PBB
Sep 24, 07 -- Memorandum mengenai rusuhan di Kuala Terengganu pada 8 September lalu yang menyebabkan tujuh kecederaan, akan dihantar kepada Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) di New York.
Penasihat Keselamatan PBB untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Gunnar Mattsson-Marn berkata, pihaknya akan meneliti memorandum tersebut sebelum dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Ba Ki-moon.
Sebelum itu, beliau menerima memorandum tersebut dari Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub di Wisma UN di ibu negara hari ini.
Dalam majlis ringkas itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut memberi penerangan kepada Gunnar mengenai insiden tersebut.
Beliau meminta Gunnar memanjangkan insiden tersebut kepada Majlis Keselamatan PBB kerana mendakwa tindakan pihak polis sangat serius.
"Anda tahu keadaan di Malaysia sekarang. Perlembagaan membenarkan hak berkumpul dan bersuara tetapi pihak polis bertindak keras ke atas rakyat," katanya.
Hak asasi
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Salahuddin berkata, PAS akan menemui Sekretariat Asean di Jakata dan kumpulan hak asasi di Hong Kong
Beliau berkata, pihaknya mengambil inisiatif tersebut kerana tidak mahu tragedi berulang di negara ini, khususnya tindakan polis menembak menggunakan peluru hidup.
"Saya tidak mengajar Pemuda PAS membakar bendera (Malaysia) dan kami akan mengambil tindakan tegas jika ada ahli PAS yang melakukannya,” katanya.
Salahuddin juga kecewa sehingga hari ini polis masih gagal menangkap orang yang membakar bendera walaupun hanya satu gambar sahaja yang dikeluarkan.
Katanya, pihak polis boleh menggunakan jabatan forensik untuk mengesan kesahihan gambar itu berikutan hanya satu gambar yang digunakan.
Malah, tambahnya, PAS Terengganu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengesan insiden membakar bendera tersebut.
Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS memohon PBB mengambil tindakan berikut:
Meminta Majlis Keselamatan PBB membincang insiden tersebut.
Meminta Majlis Keselamatan PBB, melalui satu resolusi keselamatan, untuk menjaga kepentingan hak asasi manusia.
Meminta PBB memberi amaran keras terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa berkenaan.
T'ganu police close to nabbing flag-burner
Sep 24, 07 -- After two weeks of chasing leads, Terengganu police are closing in on the flag-burner during the Pantai Batu Buruk riot last month, and expect to make an arrest soon.
State police chief Ayub Yaakob said the investigation team has obtained new information on the suspect, whose act of setting the Malaysia flag alight was captured on camera and splashed in dailies early this month.
“We are working very hard on this ... very relentless. We hope to complete investigations before Ramadhan ends (next month),” said Ayub when contacted today.
A Bernama photograph captured the rioter in the act of burning the national flag along what appears to be Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, during the riot on Sept 8.
The individual, who was wearing a motorcycle helmet, was facing away from the camera. Similar photographs have surfaced on the Internet.
Among those questioned during the investigation were juveniles.
“We found that some of those involved (in the riot) were schoolboys, so we are a bit more gentle in our procedures,” claimed Ayub.
He said that those with information “need not fear” the police: “We still appeal to people with information to come forward. We (the police) are not doing to do them any harm.
“We are not going house to house. You don’t expect to the police to go to each and every house in Terengganu to identify people.”
Casualty update
Seven individuals, including four police personnel were injured during the riot.
Gunshot victim Suwandi Abdul Ghani (photo) is reported to be recovering at Hospital Universiti Sains Malaysia in Kelantan. Suwandi was shot in the chest by a police constable.
Muhamad Azman Aziz - who was shot in the neck - was discharged from Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu two weeks ago.
Federal Reserve Unit personnel Azmi Hussein remains in hospital, reported Ayub, adding that the police constable who opened fire is still on medical leave.
Police are looking for 33 individuals in connection with the riot. Four are expected to be charged at the magistrate’s court in Kuala Terengganu on Wednesday, the New Straits Times reported today.
The Human Rights Commission of Malaysia will decide on a public inquiry after its monthly meeting on Oct 8. It completed a two-day fact-finding mission last week.
Polis usah jadi budak suruhan Umno - tegur Mohd Sabu
Pasukan keselamatan, terutamanya Polis merupakan kakitangan serta pegawai kerajaan kepada kerajaan yang memerintah dan perlu bertindak secara profesional.
Polis juga bukan musuh kepada mana-mana parti pembangkang bahkan perlu mewujudkan kerjasama dan toleransi antara kedua-dua pihak.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pihak polis perlu bertindak secara profesional agar tidak mudah diperalatkan oleh parti pemerintah.
Katanya, polis usah bertindak seperti pemuda Umno kerana pasukan keselamatan itu bukan ‘musuh’ PAS.
"Polis jangan jadi pemuda Umno kerana kami (PAS) bukan lawan polis tetapi kami lawan Umno."
“Hentilah jadi ‘barua’ Umno dan bertindak secara professional sebagai pegawai kerajaan,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penjelasan Isu Tragedi Batu Burok, di Padang Bola Batu Enam, baru-baru ini.
Menurut Mohamad, polis merupakan pegawai kerajaan dan jika PAS berjaya memerintah negara ini pun polis yang sama digunapakainya.
Oleh itu, katanya jika polis masih bertindak seperti ‘budak’ suruhan Umno masalah keselamatan tidak akan selesai.
Pada 8 September lalu, pihak pasukan keselamatan bertindak agresif ketika membatalkan ceramah Bersih sehingga berlaku provokasi serta menyebabkan dua orang awam cedera parah ditembak dengan peluru hidup oleh polis.
PAS boleh menang dengan demokrasi
Sementara itu dalam ceramahnya di Kemaman, Naib Presiden PAS itu menegaskan, PAS boleh memenangi pilihan raya dengan mudah jika negara mengamalkan demokrasi tulin.
Ini kerana, katanya demokrasi tulin memberi kebebasan kepada rakyat berfikir, memilih serta menentukan kerajaan yang dikehendaki bagi memerintah negara.
“Secara demokrasi Islam boleh mencapai kemenangan jika diberi ruang dan peluang secara bebas, adil dan telus. “
“Kita memilih cara demokrasi. PAS pilih cara itu untuk berjuang hingga mencapai matlamat kita,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penjelasan Isu Tragedi 8 September Batu Burok, di perkarangan Pasti Mak Cili, Chukai Kemaman.
Katanya, golongan Islam boleh mencapai kemenangan dengan demokrasi jika dilaksanakan secara adil dan tulin.
Menurutnya, kejayaan tersebut telah dibuktikan di Palestin, Acheh, Mesir dan yang terakhir di negara sekular Turki.
Bahkan, katanya di Malaysia jika ada demokrasi sebenar pun boleh mencapai kemenangan dengan mudah.
Beliau menjelaskan selepas tahun 1969 amalan demokrasi tulin mula rosak serta terhakis di negara ini.
Katanya, demokrasi rosak dengan akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ‘Aku Janji’.
“Akta OSA penting bagi melindungi rahsia kerajaan tetapi telah disalahgunakan oleh para pemimpin Umno. “
“Kita lihat Akta OSA digunakan untuk melindungi rasuah pemimpin-pemimpin Umno seperti Rafidah Aziz dan ramai lagi,” jelasnya.
Menurutnya, Bersih ditubuhkan bagi membersih serta menyelamatkan amalan demokrasi daripada terus ‘rosak’ dan ‘mati’ di negara ini.
Ahad, 2007 September 23
Tragedi Batu Burok kerana kekhuatiran kehilangan kuasa - Ruhanie
Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Ruhanie Ahmad menyifatkan drama yang sedang berlaku ekoran Tragedi Batu Burok adalah kerana 'pihak-pihak yang kelihatan sedang cemas oleh kekhuatiran kehilangan kuasa?'
Bagi beliau, peristiwa peluru hidup di Batu Burok 8 September lalu adalah implikasi dari kewujudan pembesar yang kelihatan seakan-akan sudah hilang kawalan terhadap destini negara?
"Inikah akibatnya permainan politik setengah masak? Inikah kesannya politik "baling batu sembunyi tangan"? Inikah implikasinya bila ada pembesar yang kelihatan seakan-akan sudah hilang kawalan terhadap destini negara?" tanya bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu.
Kepada pihak yang membaling batu sembunyi tangan, beliau mengingatkan, bagaimanakah jika kebenaran suatu hari nanti akan menafikan segala-galanya yang sedang diheboh-hebohkan?
"Berapa lama lagikah rakyat jelata perlu dihidangkan dengan keadaan seperti ini. Dan, bagaimanakah jika kebenaran akan suatu hari nanti menafikan segala-galanya yang sedang diheboh-hebohkan oleh pihak-pihak yang kelihatan sedang cemas oleh kekhuatiran kehilangan kuasa?
"Lantaran itu, tidak murnikah kalau impak peristiwa di Batu Buruk itu ditangani secara lebih ikhlas, teliti dan bijaksana oleh pihak berkuasa?" Ruhanie mempersoalkan.
Batu Buruk: Klip video RTM hina perjuangan rakyat Palestin, Indonesia
Klip video yang bertajuk 'ini bukan budaya kita' yang bermotifkan kempen kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) dalam isu rusuhan di Batu Buruk tanpa sedar atau tidak telah menghina perjuangan rakyat Palestin dan Indonesia.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar klip video yang ditayangkan RTM secara kerap itu adalah bermotifkan politik untuk menjustifikasi kejadian kes rusuhan di Batu Buruk 8 September lalu.
Imej pemuda membakar bendera dan divisualkan dengan tulisan 'ini bukan budaya kita' menjurus kepada isu dakwaan kononnya rusuhan didalangi pembangkang di Batu Buruk pada 8 September lalu dalam satu ceramah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Sedangkan imej awal kejadian baling batu dan himpunan umat Islam di jalan-jalan raya adalah imej dari rakaman perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Israel, kata Kamarudin.
Selain itu terdapat juga imej dalam klip video tersebut mengenai perjuangan rakyat Indonesia merusuh menentang pentadbiran Presiden Suharto satu masa lalu untuk mengembalikan demokrasi di Indonesia, katanya.
Klip video yang berniat jahat ini sekaligus menghina perjuangan rakyat kedua-dua negara tersebut yang umum mengetahui bahawa rakyat negara tersebut terpaksa berbuat demikian kerana tekanan yang dihadapi, katanya
Dengan menggunakan klip video ini secara menggabungkan tiga kejadian berasingan dan merujuk kepada niat politik bagi memburuk-burukkkan pembangkang, RTM dilihat bertindak melampau, katanya.
Berhubung klip imej lelaki membakar bendera jalur gemilang dalam kes rusuhan di Batu Buruk, Kamarudin berkata gambaran secara keseluruhannya ialah bermotifkan politik.
RTM dan Kementerian Penerangan sedikit pun tidak menayangkan tindakan ganas polis terhadap orang awam dan klip video tembakan menggunakan peluru hidup yang dilepaskan anggota polis ke atas orang awam, katanya.
Selain itu RTM juga tidak pernah menyiarkan kejadian polis mengganas dan memukul peserta dalam perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak di Menara Berkembar Petronas (KLCC), katanya.
Keganasan polis dan FRU ketika itu telah pun disiasat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu 'public inquiry' mereka dan mendapati ia adalah satu pencabulan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa.
Sehubungan itu Setiausaha Agung PAS itu yang juga anggota Parlimen Tumpat mengecam tindakan tidak profesional yang dilakukan RTM di bawah kementerian yang diterjui Dato' Zainudin Maiden (Zam).
Tindakan itu katanya hanya bermotif politik untuk mengaburi mata rakyat tatkala kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadapi krisis pentadbiran yang buruk.
Melalui pemantauan yang dibuat Harakahdaily, klip video tersebut kerap ditayangkan di RTM1 dan RTM2 hampir setiap hari pada waktu-waktu tertentu yang mungkin sekali mendapat perhatian penonton.
Polis kejar pemuda dengan pistol di tangan
Sementara itu, dalam satu pengakuan yang dibuat Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, beliau sendiri menyaksikan antara punca kejadian rusuhan yang berlaku di Batu Buruk, antaranya ialah tindakan polis mengejar seorang pemuda dengan memegang pistol di tangan.
"Sampai saya di tempat ceramah kira-kira jam 10.00, saya disekat 300 meter dari tempat ceramah. Seorang polis dalam gelap cerah dia datang dan kata mana dia orang yang bajunya koyak. Polis itu dengan pistol di tangan," kata Mohamad Sabu.
Bercerita lanjut mengenai kejadian itu Mohamad Sabu berkata, ketika mengejar pemuda tersebut, polis berpakaian preman itu tidak sedar akan kehadiran beliau dan beberapa penceramah lain yang turut disekat di kawasan itu.
Menurut Mohamad Sabu, selepas itu polis itu pergi ke dalam kumpulan polis dan kemudiannya Mohamad mendekati kumpulan polis itu untuk mencari anggota polis yang memegang pistol tersebut.
"Saya tengking dia, saya kata ooo ... bawa pistol ke nak bunuh orang. Baru mereka sedar itu suara saya dan kenal saya Encik Mohamad Sabu.Polis tadi itu hilang dalam 'crowd' polis itu," katanya.
Menurutnya, tindakan anggota polis itu mengejar orang awam dengan menggunakan pistol di tangan bermula pada jam 10.00 malam lagi sebelum berlakunya kekecohan.
"Ertinya dia (anggota polis) bukan nak mempertahankan diri kerana nyawa terancam atau apa sahaja. Sama ada orang itu (anggota polis) yang menembak pada insiden berikutnya saya tak tahulah," katanya.
Semasa ditanya mengenai bagaimana beliau merasakan bahawa anggota polis tersebut ada niat untuk berbuat sesuatu terhadap pemuda itu Mohamad Sabu berkata, tindakan memegang pistol di tangan semasa mengejar orang awam itu adalah satu yang dicurigai.
"Drama kejar mengejar itu bermula sejak jam 10.00 lagi, dan bukannya dia bertindak untuk mempertahankan diri," katanya.
Sehubungan dengan dakwaan itu Mohamad Sabu sendiri bersedia menjadi saksi jika Suhakam mengadakan siasatan awam (Public Inquiries) seperti yang dituntut oleh Bersih dalam memorandumnya hari ini.
Insiden Batu Buruk, polis diselar kerana buru 37 orang semata-mata
Tindakan polis Terengganu melancarkan operasi mencari 37 individu dipercayai terlibat dengan rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk pada malam 8 September lepas, diselar kerana bersikap terpilih dalam menjalankan siasatannya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau merasa sangsi dengan motif bersungguh-sungguh dan tujuan polis memburu hanya 37 orang semata-mata sedangkan pada malam kejadian itu terdapat ribuan orang yang hadir sama dan turut menjadi saksi 'kekecohan' yang berlaku.
"Mengapa pilih-pilih gambar tertentu sahaja, ada yang berusia 70 tahun dan ada yang muda. Pada malam itu bukan hanya 37 orang ini sahaja malah ribuan yang hadir.Ini semua perancangan yang nak menakut-nakutkan rakyat semata-mata," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Ini semua main tangkap rambang sahaja sehingga orang yang tak ada jari pun turut ditangkap dan dituduh membaling batu," katanya merujuk pendedahan Harakah keluaran terbaru berhubung isu Batu Buruk.
Beliau yang kesal dengan sikap polis yang dilihat cenderung untuk menuduh pembangkang dalam isu ini sedangkan yang turut mencetuskan suasana provokasi itu adalah pihak polis sehingga melepaskan tembakan peluru hidup kepada dua orang yang hadir pada mala itu, Suwandi Abdul Ghani, 38 dan Muhamad Azman Aziz, 21.
Suwandi yang cedera parah telah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mengeluarkan peluru di tubuhnya manakala Muhamad Azman yang terkena tembakan pada bahagian leher dan bahu menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Lebih mengejutkan, kedua-dua mangsa terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Difahamkan seorang anggota polis berpangkat konstabel dari Jabatan Siasatan Jenayah, Wan Abdul Aziz Wan Omar mengaku telah melepaskan tembakan tersebut sebagaimana laporan polis yang dibuatnya.
"Sepatutnya polis mesti melakukan siasatan menyeluruh terhadap penembak dan pengacu pistol yang terdiri daripada polis sendiri.
"Jika orang awam sahaja disabitkan tetapi polis tidak dikenakan tindakan dan siasatan, orang tidak akan menghormati polis lagi selepas ini dan akan lebih menjejaskan kredibiliti polis yang sudah lama tercalar sebelum ini," kata Ustaz Abu Bakar lagi.
Selain itu, beliau juga berpandangan tindakan dan operasi memburu polis ini dilihat mahu menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' di samping mahu menutup kisah sebenar kejadian pada malam itu yang turut didakwa sebelum ini didalangi oleh Umno Terengganu sendiri.
Suhakam completes probe into Batu Buruk riot
The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) has completed its fact-finding mission into the Sept 8 rioting incident in Kuala Terengganu.
Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said its results would be handed to Suhakam chairman Tan Sri Abu Talib Othman.
"A decision will be made on Oct 8 whether a public inquiry should be held."
Siva Subramaniam, who led the five-man team on the visit, said they had "made a few discoveries".
"If there is something that can be learnt from the Kuala Terengganu incident, we hope everyone, no matter which side, will refrain from using students to further their political agenda. Students should be in schools," he said.
He, however, declined to elaborate on his statement, saying that the case was still being investigated by police.
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, steering committee member of the Coalition for Free and Fair Election, organiser of the ceramah, denied the involvement of any students at the gathering.
"Even if there were students, they were probably from the sekolah pondok (religious schools) or passers-by. I don't think there were that many of them there," Syed Azman said.
Some 50 people were interviewed in the course of the two-day Suhakam investigation.
Among them were 30 opposition members, including gunshot victim Suwandi Abdul Ghani.
Another 20 police and Federal Reserve Unit officers were also interviewed, including the police constable who discharged his firearm. Also interviewed was Terengganu police chief Senior Assistant Commissioner I Ayub Yaakob.
Suhakam, however, did not meet the second gunshot victim, Muhamad Azman Aziz.
The riot broke out on Sept 8 at 10.15pm in Kuala Terengganu after police attempted to disperse a crowd of 600 who turned up for a ceramah.
The riot, which lasted till after 1am, saw at least four policemen and three rioters injured and some RM1 million in damages.
In Kuala Terengganu, a 50-year-old welder turned himself in to the police yesterday.
He was the eighth person wanted in connection with the Sept 8 riot in Batu Buruk to be detained by police.
The man, from Kampung Durian Burung here, surrendered at the district police headquarters at 10.15am.
Meanwhile, the two people who turned themselves in on Thursday were released on police bail the same day.
The duo, aged 22 and 25, hailed from Kampung Kolam in Kuala Ibai.
They were among 46 people wanted by police to assist investigations into the riot.
State CID deputy chief Supt Khairi Ahrasa urged those who had their photographs published in the newspapers to come forward to help close this case.
Tempoh serah diri tamat, Polis Terengganu buru baki 37 'perusuh'
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan melancarkan operasi mencari 37 individu dipercayai terlibat dengan rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk pada malam 8 Sept lepas, pada bila-bila masa sahaja sekarang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I Terengganu Supt Khairi Ahrasa berkata operasi mengesan mereka yang dikehendaki polis itu dilakukan setelah tempoh yang diberikan kepada mereka untuk menyerah diri tamat tengah malam semalam.
Sehingga tengah malam semalam hanya sembilan orang daripada 46 individu yang dikehendaki tampil menyerah diri bagi membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.
"Tempoh yang diberikan untuk mereka menyerah diri telah pun tamat tengah malam semalam namun masih ramai yang belum berbuat demikian (menyerah diri).
"Kita sedang mengemas kini maklumat termasuk alamat serta nama-nama mereka yang masih belum tampil untuk menyerah diri sebelum kita memulakan operasi menangkap dari rumah ke rumah bila-bila masa sahaja sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Khairi berkata yang terakhir menyerah diri malam semalam ialah seorang pekebun berusia 21 tahun dari Kampung Pengkalan Berangan, Marang yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 8.15 malam.
Sebelum ini, polis mengedarkan gambar 46 individu yang dicari berhubung kes rusuhan dan membakar Jalur Gemilang yang berlaku di Jalan Sultan Mamhud dan Batu Buruk pada malam 8 Sept lepas.
Antara mereka yang telah menyerah diri termasuklah seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah agama swasta di Kampung Binjai Bongkok, Marang dan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Pasir Panjang.
Khairi berkata kertas siasatan berhubung kes rusuhan itu telah dihantar ke Bukit Aman minggu lepas dan dimajukan ke Timbalan Pendakwa Raya untuk diteliti.
Katanya polis dijangka menghadapkan mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah selewat-lewatya pada Rabu ini. Bernama
Bila kempen Bersih bertemu dengan peluru hidup
Sep 20, 07
Sudah hampir dua minggu insiden rusuhan 8 September 2007 berlaku di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu, hakikat sebenar masih belum terdedah dan implikasinya juga masih hangat diperbincangkan.
Cukup menggemparkan ialah dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pihaknya telah mendapat maklumat lebih awal akan berlaku provokasi awam di tempat ceramah anjuran Bersih (Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil) di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud pada malam 8 September itu.
Kata Hadi, PAS juga tahu siapa yang campurtangan supaya polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan ceramah tersebut.
Polis bersubahat dengan parti pemerintah memang bukan perkara yang baru, sungguhpun seperti teori-teori konspirasi yang lain, memang sukar hendak dibuktikan tanpa kerjasama pihak polis yang telah hilang kredibilitinya, serta diberi kuasa timbangtara yang mutlak.
Namun, tidak dapat dinafikan memang tidak wajar polis tidak mengeluarkan permit bagi perhimpunan aman anjuran Bersih yang bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih.
Terutamanya alasan yang diberi, iaitu tempat terbabit tidak sesuai untuk diadakan ceramah kerana terletak dalam kawasan perumahan pegawai kerajaan, nyata sekali amat sukar diterima oleh pihak penganjur sebagai alasan yang munasabah.
Menurut pemilik rumah di mana ceramah dijadualkan diadakan, Ahmad Salleh yang berumur 77 tahun, selama ini pihak polis tidak pernah menghalang ceramah-ceramah yang diadakan di kawasan rumah beliau kerana tidak pernah berlaku sebarang kejadian buruk, dan penduduk sekitarnya juga tidak pernah merungut.
Kata beliau, tokoh-tokoh pembangkang termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Fadzil Noor kesemuanya pernah berceramah di sana, dan yang paling ramai pernah dihadiri oleh 100,000 orang pada 1999.
Sekatan jalan
Berasaskan laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan terbabit, tidak kelihatan usaha pihak polis untuk melaku adil kepada pihak penganjur. Pemimpin-pemimpin Bersih juga tidak diajak untuk berkompromi dan menenteramkan keadaan.
Sebaliknya polis telah menunjukkan ketegasan dan keghairahan yang melampau untuk menindas dan membatalkan suatu perhimpunan yang sewajarnya aman jika tidak disabotaj oleh pihak yang berniat jahat.
Menurut kronologi Malaysiakini, pada 5 petang hari terbabit, beberapa sekatan jalan dan halangan polis telah didirikan di sekitar tempat ceramah melarang kemasukan para hadirin agar pentas program dapat dirobohkan tanpa keizinan pihak penganjur.
Dari jam 6 petang hingga 8 malam, ahli dan penyokong PAS dan PKR mulai berhimpun di depan sekatan Jalan Sultan Mahmud, dengan harapan ceramah dapat diteruskan melalui perundingan pada saat-saat terakhir.
Bagaimanapun, pihak polis enggan berganjak. Pada jam 8.45 malam polis telah mengambil tindakan untuk menyuraikan mereka dan memberi amaran mereka yang enggan bersurai akan ditahan. Maka tercetuslah huru-hara apabila yang diganasi membalas dengan balingan batu dan sebagainya.
Pada jam 9.40 malam, penceramah undangan, termasuk Mustafa Ali (PAS), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Bersih), Khalid Ibrahim (PKR) , Leong Ngah Ngah (DAP) dan Azmi Hamid (Teras) telah tiba, namun pihak polis tidak mengambil kesempatan ini untuk mengadakan perundingan dan kompromi, agar kemarahan perusuh yang kian ramai jumlahnya itu, dapat diredakan dan ketenteraman di kawasa terbabit dapat dipulihkan.
Pihak polis sebaliknya meningkatkan tindasan dengan tembakan gas pemedih mata dan menggunakan trak penyembur air terhadap orang ramai yang berhimpun di antara jarak stesen Esso dan masjid. Pada jam 11.45 malam, ahli PAS, Suwandi Abdul Ghani, 37, dan Muhamad Azman Aziz, 21, terkena tembakan seorang anggota polis, Azmi Hussein, 29, yang melepaskan empat das peluru hidup dekat Hotel Permai Inn.
Menurut Ketua Polis Negeri Terengganu Datuk Ayub Yaakob, Azmi menembak untuk mempertahankan diri kerana diserang oleh 20 orang lelaki yang bertindak mengugut dan memukul anggota polis itu dengan kayu dan menyebabkannya terjatuh.
Lepas tembakan
Dakwaan tersebut disanggah oleh seorang saksi kejadian tersebut, Osman Ismail, 49, yang melihat sendiri dari dekat bahawa anggota polis itu melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari ke arah Pasukan Simpanan Persekutuan selepas bertengkar dengan beberapa orang pemuda. Beliau yang takut terkena peluru sesat, bergerak ke arah lain dan ketika itulah beliau kedengaran laungan ‘mati’!
Osman menambah, beliau nampak anggota FRU yang berang bertindak memecah cermin kereta dan motosikal yang diletakkan di tepi jalan. Beliau juga ternampak trak FRU terlanggar pasu bunga di Jalan Sultan Mahmud ketika mengundurkan kenderaan secara membuta tuli.
Insiden tembakan peluru hidup tidak mendapat tumpuan sepatutnya dalam laporan media aliran perdana. Sebaliknya insiden membakar Jalur Gemilang dan panji-panji Umno pada malam tragedi tersebut telah diwar-warkan.
Saya setuju dengan pendapat Ahmad Lutfi Othman bahawa selepas gas pemedih mata dilepaskan dan sebaran sebutan bahawa salah seorang yang ditembak oleh polis berpakaian preman telah meninggal dunia, maka tidak sukar difahami mereka yang dikuasai perasaan amarah, selain daripada ejen provokatur, mungkin juga membakar Jalur Gemilang atau panji-panji Umno, sebagai protes mereka terhadap simbol negara dan simbol parti pemerintah.
Berbanding dengan rampasan hak mereka untuk berhimpun secara damai, dan ancaman keselamatan dan nyawa ratusan, malah ribuan orang ahli dan penyokong PAS dan PKR oleh keganasan polis, apakah perlu diribut-ributkan tentang sehelai dua Jalur Gemilang atau panji Umno yang dibakar?
Bila kempen Bersih untuk pilihanraya yang lebih adil dan bersih bertemu dengan peluru hidup, bila anggota polis cawangan khas dalam pakaian preman disyaki memainkan peranan ejen provokatur, dan bila polis disyaki bersubahat dengan pemimpin Umno untuk mensabotaj perhimpunan aman parti-parti pembangkang, maka apakah perlu digembar-gemburkan tentang ‘semangat patriotik’ seperti yang ditakrifkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional?
Jelas sekali, yang lebih penting ialah desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas dan tidak memihak, untuk membuat siasatan segera secara mendalam dan perinci tentang pihak mana dan siapakah yang perlu bertanggungjawab terhadap tercetusnya Rusuhan Batu Buruk yang melibatkan 23 kes tangkapan polis, tujuh kes cedera (termasuk dua orang yang ditembak oleh peluru hidup) dan kemusnahan harta benda awam yang ditafsirkan bernilai sejuta RM?
Sabtu, 2007 September 22
PAS akan teruskan ceramah - Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS tetap akan meneruskan aktiviti ceramahnya sekalipun pihak berkuasa enggan mengeluarkan permit ceramah di tempat-tempat awam.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, premis-premis yang digunakan PAS nanti adalah premis persendirian.
Katanya, premis berkenaan tidak perlu permit dan kerana itu PAS akan terus berceramah.
Tambahan pula katanya, hak itu adalah hak dalam demokrasi.
Sehubungan itu katanya, PAS akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perkara tersebut.
"PAS akan berceramah di tempat-tempat berkenaan (persendirian) malah semua kes yang didakwa di mahkamah kita menang," katanya.
Semalam Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom yang mengulas mengenai insiden yang berlaku di Kuala Terengganu bahawa kerajaan tidak akan mengeluar permit untuk ceramah awam diadakan di tempat terbuka sebelum pilihan raya.
Katanya, kerajaan hanya akan membenarkan ceramah diadakan di tempat tertutup.
Sementara itu, Mohamad berkata, ceramah yang dianjurkan di Terengganu pada malam 8 September lalu diadakan di rumah persendirian yang terletak di Taman Persiaran Hakim, Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Kerana itu katanya, beliau menyifatkan kenyataan Johari sebagai tidak logik kerana ceramah yang diadakan pada hari kejadian tersebut ialah di tempat persendirian.
"PAS meneruskan ceramah bukan atas slogan PAS tetapi ia adalah jaminan dalam perlembagaan," katanya. - mks.
Tragedi Batu Buruk ulangi peristiwa berdarah Memali
Mon | Sep 10, 07 -- "Saya nampak polis tembak suami saya", demikian jawapan Soleha Hussain, balu As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Mahkamah Tinggi Alor Star, ketika perbicaraan kes saman 14 ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam polis dalam peristiwa berdarah Memali yang berlangsung pada penghujung 2002 lalu di hadapan Hakim Dato' Abdul Kadir Musa.
Jika merujuk kepada Sijil Kematian Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya yang terkorban dalam insiden itu di ruang sebab-sebab kematian tercatat: Ditembak oleh anggota polis dalam peristiwa Memali.
Salah seorang bekas tahanan ISA ekoran kejadian Memali, Haji Yusuf Hussain, Setiausaha PAS Negeri Kedah sekarang mengesahkan kandungan sijil kematian tersebut yang dituntut oleh beliau sendiri pada Jun 1986.
Umum telah mengetahui bagaimana kisah kejam anggota polis di Memali pada 19 November 1985 lalu itu, bermula 18 November polis telah mengepong orang kampung, berlarutan hingga melepaskan gas pemedih mata dan berakhir dengan dentuman peluru hidup dari 'machine gun'yang hinggap di batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya di kediaman Ustaz Ibrahim sendiri.
Alasan kerajaan Barisan Nasional dan polis ketika isu Memali adalah sama seperti dalam kes tembakan peluru hidup yang dilakukan terhadap seorang lelaki dalam insiden di Batu Buruk, Terengganu 8 September lalu, "anggota polis terpaksa melepaskan tembakan kerana diserang dan tindakan menyelamatkan diri".
Cukup mudah dan hampir sama sahaja jawapan pihak polis dalam mana-mana kes tembakan pun, penulis bukan membela mana-mana pihak, jika benar polis diserang dan nyawanya terancam, maka ketika itu apa juga boleh berlaku.
Tetapi bagi kes Memali dan Batu Buruk, polis gagal membuktikan jenis senjata yang didakwa boleh mengancam keselamatan anggota polis.
Molotov Cocktail, ia seakan senjata 'rasmi' rakyat untuk menyerang polis, ketika insiden Memali pun dikatakan pengikut Ustaz Ibrahim membalingnya ke arah polis dan di Batu Buruk juga sekali lagi nama bom buatan sendiri ini menjadi sebutan.
Kita masih ingat lagi kan, Ezam Mohd.Noor pernah ditahan ISA atas tuduhan memiliki rocket launcher, ini lagi bahaya dari molotov cocktail, tetapi sampai dibebaskan pun polis gagal buktikan di mana tersimpannya launcher tersebut, jangan mudah terpedaya.
Di Memali, polis menembak 14 rakyat atas asalan tidak mahu bersurai dan enggan menyerahkan Ustaz Ibrahim kepada polis sementara di Baru Buruk alasan tembakan terpaksa dilepaskan kerana rakyat enggan bersurai dari himpunan untuk mendengar ceramah.
Untuk menyuraikan sesebuah himpunan takkanlah undang-undang membolehkan polis menembak peluru hidup ke arah rakyat?
Provokasi dari pihak polis mesti berlaku, ini diakui sendiri oleh salah seorang SB pencen dalam satu majlis anjuran PAS Kawasan Kuala Kedah, kata SB itu, memang ada SB yang ditugaskan membuat provokasi dalam program PAS.
Bila berhimpun dengan aman, tiba-tiba disembur gas pemedih mata, jangankan manusia, haiwan pun marah, bila marah, mesti ada apa-apa tindak balas dari yang berhimpun itu, kalau yang kena sembur gas asid pemedih mata itu makin tersenyum dan mengucapkan ucapan terima kasih, sah itu bukan manusia.
Tetapi menggunakan peluru hidup untuk menembak bukannya satu jalan penyelesaian.
Sehingga tulisan ini di tulis, media hanya menyiarkan temuramah Ketua Polis Terengganu, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Hanya Ketua Polis Negeri yang ada sewaktu kejadian, jadi adakah komen dari tiga pimpinan Umno yang lain itu tepat lagi benar.
Kenapa tidak disiarkan temuramah salah seorang orang awam yang berada di tempat kejadian dan mengapa pula tidak disiarkan gambar mangsa tembakan peluru hidup itu atau menemuramah ahli keluarga mangsa.
Tajuk sebenar kes Memali dan Batu Buruk ini adalah 'Polis BN guna peluru hidup untuk tembak rakyat', tetapi media di Malaysia entah dari mana datangnya idea memutarbelitkan fakta dengan hanya menyiarkan kononnya polis diserang.
Siapa sebenarnya yang menjadi mangsa dalam dua kes ini, rakyat yang ditembak mati itu adalah mangsa akibat serangan polis, rakyat dalam dua insiden ini tidak menyerang polis, ini yang sepatutnya diulas media.
Seperti contoh sekumpulan Mat Rempit menyerang dan membaling batu sebuah pejabat polis sedikit masa lalu, itu barulah berita polis diserang.
Gangguan polis untuk menggagalkan majlis ceramah ini hanya ketika hampir tarikh pilihanraya dan difokuskan di negeri-negeri tertentu merujuk kepada laporan perkembangan politik yang dibuat oleh SB-SB.
Di Kedah kali ini aman, tidak ada gangguan polis, tetapi sebelum Pilihanraya 2004 dulu, sekurang-kurangnya berlaku lapan gangguan besar melibatkan tembakan gas pemedih mata ke arah rakyat.
BN angkuh menggunakan kuasa dan jentera hinggakan polis dan anjing polis turut digunakan untuk menakutkan rakyat dan akhirnya memaksa rakyat untuk terus mengundi BN.
Betul ceramah bukan satu-satunya cara menyampaikan maklumat untuk menyedarkan rakyat, tetapi bila ceramah atau kuliah oleh pimpinan PAS mula diganggu ia membuktikan bahawa PAS berjaya mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pemimpin BN, ini menggugat kekuatan BN, maka ceramah mesti diganggu.
Pemimpin PAS juga mesti mengakui bahawa semangat ahli-ahli PAS akan berkali ganda meningkat jika ceramah dihadiri ramai orang, semangat pimpinan untuk berceramah juga berlipat kali ganda meningkat jika hadirin penuh padang.
Melihat insiden terkini di Batu Buruk, ini adalah petanda bahawa ceramah mesti diperbanyakkan lagi, yang mempunyai idea lain, teruskan idea dan gerakerja masing-masing untuk terus mengembangluaskan pengaruh PAS kepada rakyat, semuanya dengan satu tujuan iaitu memenangkan PAS, asalkan jangan cakap kosong dan berangan-angan.
Bukan main pandai kata Pak Lah tidur, tetapi sampai Pak Lah bangun tidur pun mereka masih ulas isu Pak Lah tidur hinggakan Pak Lah sempat pergi rasmi kedai nasi kandar adiknya di Perth, Australia, sempat cari pengganti Hendon dan sempat lagi membawa pengganti Hendon ber'honey moon'.
Menunggu polis berpihak atau memuji PAS, ibarat menunggu kucing bertanduk, jadi ayuh kita teruskan kerja masing-masing, pilihanraya makin hampir, ulasan demi ulasan tidak mungkin membuahkan hasil, kita bekerja dan jangan kita biarkan sahabat kita yang ditembak polis itu berseorangan.
Kita boleh secara bergilir ke Hospital Kubang Kerian menziarahi beliau atau berkampung di sana untuk mengubat resah hati keluarganya, anjurkan majlis bacaan yassin untuk keselamatan beliau dan yang paling penting, dengan apa cara sekalipu kita mesti ada cara memberitahu rakyat bahawa sahabat itu ditembak polis dengan menggunakan peluru hidup.
Bukan sahaja kepada rakyat, kita juga mesti berbuat sesuatu untuk memberitahu polis bahawa sahabat seParti kita itu tidak boleh ditembak sesuka hati, kita sayangkan beliau dan kita tidak redha dengan perbuatan melampau anggota polis terbabit. - mks.
Bloody ceramah: Suhakam wants full facts
Sep 10, 07 -- A very concerned Human Rights Commission of Malaysia wants to meet with the police and the opposition to find out what actually transpired at the bloody ceramah in Pantai Batu Buruk in Kuala Terengganu on Saturday night.
A violent stand off between the police and the opposition supporters left scores hurt and two suffering serious injuries after being shot with live bullets by the police.
Commissioner N Siva Subramaniam said the commission (Suhakam) had met and discussed the incident this morning and decided to seek the official report from the police as well as the opposition parties before stating its views and deliberating on the next course of action on the matter.
This includes the issue of whether human rights violations had occurred and the appropriateness - or otherwise - of the use of live fire in the course of the police' dispersal of the crowd.
"We are very concerned with the events that took place and would like to get the facts of the entire case.," said Siva when contacted.
"We cannot determine matters until we have acquired the details. Let's look at the facts of the case from both sides first," he added.
Siva added that discussions with the police would take place next week, but did not say when the commission will be meeting with opposition representatives.
About 500 people were reported to have gathered for the talk at Pantai Batu Buruk which was organised by polls watchdog Bersih, a coalition of 26 NGOs and five opposition political parties campaigning for free and fair elections.
Terengganu police chief Ayub Yaakob said police personnel and officers - including the Federal Reserve Unit - as well as enforcement officers from the local authorities were mobilised to disperse the crowd because the organisers had not obtained a permit for the event.
The opposition, however, said an application for the permit had been submitted to the police prior to the event and Bersih had decided to proceed with the event on the assumption that they would be given the green light.
The situation turned unruly at about 10pm when the police and the local authorities prepared to tear down the makeshift stage and shot tear gas and fired water cannons to disperse the crowd.
Ayub said his men only used tear gas and water cannons after the crowd turned aggressive and started hurling stones at them. It was also claimed that a Molotov cocktail was thrown at the FRU.
Umno directive
On the incident that led to the discharge of a firearm, the police charged that FRU officer Azmi Hussein was set upon by a group of 20 men near the Permai Inn car park in the vicinity of the ceramah.
After being pushed to the ground and attacked by the crowd, Azmi drew his weapon and fired his weapon defend himself, following which the crowd dispersed and allowing the FRU personnel to escape.
As a result of that, however, two men from the group were hurt - one in his shoulder and another in his neck. They are currently undergoing treatment at the Kuala Terengganu Hospital.
According to Ayub, four police personnel were also injured after being attacked by the crowd.
At least 23 opposition supporters were arrested. While 19 of them were freed on police bail Sunday, four, have been remanded for further investigations.
In a statement issued today, opposition party PKR's youth wing slammed the police' violence and attributed it to a directive issued by figures within Terengganu's Umno state leadership.
PKR's vice-youth chief Fariz Musa said in every ceramah and party programme allowed by the police, no untoward incident had ever occurred.
"Instead, chaos will occur every time the police intervenes, proving that it is the police who commit acts of provocation in order to sully the image of (PKR) and other opposition parties," he said.
Fariz also called for full investigations to be conducted on the incident, including the set up of a royal commission of inquiry, in view of the serious injuries sustained by two people following the violence.
Rakyat Terengganu tidak puas hati dengan BN
TASEK GELUGOR, 10 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, polis tidak ikhlas untuk menjaga keselamatan negara sehingga sanggup mencederakan orang awam yang tidak bersenjata.
Mengulas kejadian peristiwa hitam di Kuala Terengganu Sabtu lepas polis melepaskan peluru hidup mengenai dada salah seorang penyokong Barisan Alternatif (BA) beliau berkata, pihak polis boleh meredakan keadaan dengan perbincangan bukan dengan cara emosi.
Mungkin katanya, itu menandakan rakyat mula bangkit di Terengganu kerana tidak puas hati dengan pentadbiran BN berbanding era pemerintahan PAS yang berjaya menyatukan persefahaman antara polis, rakyat dan kerajaan.
"Polis di bawah pemerintahan BN makin ganas kerana tidak langsung memberi ruang kepada pembangkang menyuarakan pandangan di medan awam. Jika begini langkah diatur di mana lagi demokrasi akan wujud,"jelasnya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan seluruh jawatankuasa PAS Pulau Pinang di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor semalam.
Ujarnya, sebagai pasukan dalam sebuah negara berkonsepkan Islam Hadhari polis wajar mempunyai daya disiplin dan bersikap profesional yang tinggi semasa menjalankan tugas bukan mengikut telunjuk kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Keengganan pihak polis memberikan permit dengan alasan berdekatan istana, pejabat kerajaan dan kediaman Menteri Besar tidak boleh diterima akal dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
"Kerajaan BN tidak perlu bimbang dengan kebangkitan itu sehingga memperkudakan pasukan polis, "katanya berucap dalam program pendemokrasian anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu.
Ceramah katanya, bukan kali pertama diadakan di permis tersebut malahan beberapa kali diadakan dan tidak timbul perkara yang tidak diingini.
Kemungkinan besar peristiwa itu sambung Mohamad, mempunyai kaitan pujian Presiden Amerika Syarikat, George Bush terhadap slogan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Peristiwa itu jelasnya, polis masih gagal melaksnakan tugas dengan sempurna sebagaimana yang dihasilkan menerusi Pembaikan Perkhidmatan PDRM.
Sementara itu, Koordinator Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Anuar Tahir berpuas hati dengan setiap kali lawatan ke negeri-negeri kerana sokongan dan gerakerja yang disusun dilaksanakan dengan baik sekali oleh jentera parti.
"Program penutup di Pulau Pinang pun apa kurangnya semua jentera turun untuk mendengar taklimat kami. Itu menandakan parti kita sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang,"terangnya lagi. - mks.
Tembak peluru hidup, Malaysia bakal jadi juara
Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.
Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan.
Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).
Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan.
Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.
Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.
Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.
Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.
Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya.
Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata "Paintball" untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.
Oleh itu kesimpulannya ialah;
1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.
2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini.
- ketuaperusuh. wordpress. com
Tragedi Batu Buruk: Rakancop atau RakanUmno?
Polis Di Raja Malaysia atau akronimnya PDRM sudah berusia 200 tahun dan ini memberikan pengertian bahawa Polis telah melalui berbagai tamadun dari zaman primitif hingga ke zaman milenium.
Kemajuan Polis di Malaysia pun sudah banyak boleh dibanggakan. Bagaimanapun isu terbaharu Polis dalam menangani isu adanya anggotanya memukul seorang jurulatih karate dari Indonesia , sehingga menyebabkan terganggu hubungan diplomatik Malaysia/Indonesia dan belum lagi termasuk terlibatnya Polis dalam kes pembunuhan Altantuya turut memberi gambaran yang berbeza.
Setelah kes penghapusan babi di Melaka gagal walau pun Polis telah dikerah membantu bagi kegiatan membunuh babi yang berlebihan dan isu tersebut agak mengaibkan Polis kerana jelas menunjukkan Polis tidak berbuat apa-apa kepada towkey atau pemilik kandang babi itu yang secara terang - terang telah menghalang seorang penjawat awam untuk menjalankan tugasnya.
Belum lagi selesai isu babi di Melaka, timbul pula isu baru di Terengganu di mana Polis telah dikatakan bertindak ganas kepada orang yang berhimpun untuk pergi ke satu tempat ceramah awam di adakan. Dan ceramah itu telah tidak diluluskan izin diadakan kerana pihak Polis ada alasan tertentu bagi tidak meluluskannya.
Khabarnya maka terjadilah rusuhan. Apa sekali pun yang berlaku, pertanyaan yang berbangkit ialah adakah setelah ceramah itu sudah tidak di izinkan, mereka-mereka yang terlibat telah berarak atau telah membuat onar di kawasan itu dengan membaling batu, memecahkan harta awam atau mencederakan orang yang tidak berdosa, dan ini menyebabkan Polis dipanggil bagi menyuraikan mereka yang membuat rusuhan kerana sebelum itu Polis tidak berada di kawasan tersebut.
Jika itu yang berlaku, bersamalah kita rakyat Malaysia , tanpa mengira fahaman politik mengutuk perbuatan biadab dan kurang ajar mereka yang membuat rusuhan itu.
Bagaimana pun sebagai manusia yang berakal, kita perlu mengambil keterangan kedua pihak ia itu Polis dan orang awam dalam membuat keputusan siapa yang bersalah sehingga berlaku rusuhan (jika itu istilah digunakan) di Batu Burok Terengganu.
Segala teka teki itu sudah terjawab sendiri dari Ketua Polis Negeri Terengganu di dalam pertemuannya dengan media bagi menjelaskan isu itu dari sudut pandang polis yang dipanggil kronologi.
Maka dalam Utusan Malaysia beliau mengatakan "Bagaimanapun, kata Ayub, kira-kira pukul 9 malam polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan dengan 250 orang berkumpul di kawasan belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang lagi di hadapan Hotel Permai Inn.
Kata beliau, ia menyebabkan polis terpaksa mengambil langkah pencegahan mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan menuju ke Jalan Sultan Mahmud"
Berdasarkan kenyataan itu bahawa Polis datang kerana terdapatnya orang awam yang berkumpul di suatu tempat yang bukan tempat akan berlangsung ceramah itu, kerana sewajarnya Polis menyebut bahawa terdapat 250 orang ke 500 orang berkumpul di hadapan tempat ceramah.
Jika ini berlaku dan Polis yang telah mempunyai tamadun 200 tahun, maka polis mengambil tindakan mengepong kawasan ceramah itu dengan tidak perlu membuat sekatan jalan raya dan membuat provokasi.
Semua orang berilmu tahu, bahawa misi Polis di samping menjaga keselamatan dalam negeri, juga berperanan mencegah jenayah. Dalam isu ini ada sedikit yang pelik. Jika dia mencegah, tugasnya ialah mencegah sebelum berlaku apa-apa yang memudaratkan ketenteraman awam.
Terdapat di mana mana, apabila pihak kerajaan melalui iklan supaya bila lampu merah kenderaan kena berhenti dan jika dikuatkuasakan ini terletak dibahu anggota trafik.
Malangnya, kita tidak akan nampak polis trafik akan berada di hadapan lampu isyarat untuk memerhatikan pengguna jalan raya (kereta motor) supaya berhenti di lampu isyarat bila berwarna merah, sebalik yang biasa kita nampak bahawa anggota trafik akan berada di hujung jalan bagi menangkap yang sudah melanggar lampu merah.
Maka dalam isu ceramah di Batu Burok, persoalan awam ialah apakah yang hendak dicegah? Sepintas lalu jawapannya adalah, tak ada apa-apa yang hendak dicegah, jika ada tunjuk perasaan, ada pergaduhan dan sebagainya, wajarlah polis mengambil tindakan.
Memanglah semua orang tahu bahawa undang-undang Malaysia ada memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika berkumpul lebih dari lima orang. Tetapi jarang sekali perlaksanaan tindakan itu kerana bagi membuktikan ke mahkamah niat mereka berkumpul adalah terlalu sukar kecuali di tempat-tempat larangan.
Ini memberikan kesimpulan bahawa jika ceramah tidak diadakan mungkin mereka akan meninggalkan tempat tersebut dan sekiranya tidak ada apa-apa keburukan yang berlaku.
Polis sewajarnya mengambil tindakan proaktif untuk memintas supaya ceramah itu dibatalkan dengan cara mencari balik pihak penganjur dan juga berjumpa dengan penceramah-penceram ah. Kerana penceramah-pencerah itu bukan "budak" darjah enam, sudah pasti nasihat Polis akan didengar. Sekiranya diteruskan maka tindakan undang-undang selepas ceramah itu mestilah dikenakan kepada penganjur dan penceramah.
Oleh itu, persoalannya ialah apakah yang menyebabkan Polis dengan kekuatan 350 orang yang terdiri dari berbagai unit termasuk FRU-Polis Simpanan Persekutuan ke kawasan itu.
Apakah yang hendak dicegahnya? Bukankah mudah jika Polis membiarkan majlis itu diteruskan tetapi memberi notis bahawa tindakan akan dikenakan kepada pihak penganjur dan juga penceramah yang melanggar arahan yang datang dari undang-undang yang diperbuat bagi menjamin ketenteraman.
Cuba bayangkan... adakah akan ada lagi ceramah-ceramah jika undang-undang digunakan sepenuhnya kepada mereka yang ingkar. Jika tidak ada undang-undangnya yang jelas maka perlulah sekarang setelah beberapa perkara kanun keseksaan dipinda, telah tiba masanya undang-undang yang dipanggil Akta Polis terpaksa dipinda beberapa peruntukan di dalamnya termasuk dalam perkara-perkara permit atau kelulusan untuk mengadakan ceramah dan perhimpunan, yang mana diletakan dalam bidang kuasa polis.
Seperkara lagi, peruntukan baru dalam undang-undang Akta Polis ialah kuasa rayuan kepada keputusan Ketua Polis Daerah bagi menolak permohonan permit atau kelulusan perhimpunan yang mana kuasa tersebut tidak boleh dicabar dan dirayu.
Sesuailah bahawa setelah ditolak permohonan kuasa memutuskan hendaklah diserahkan kepada seorang Hakim atau siapa yang diwakilkan bagi mengetepikan keputusan Ketua Polis Daerah atau mengekalkan keputusan tersebut. Kemungkinan dengan cara ini menghindarkan sebarang prasangka yang tidak tepat kepada Polis.
Seperkara yang perlu di ingat bahawa isu penembakan polis kepada orang awam atas alasan mempertahankan diri boleh diterima jika alasan polis diperkukuhkan dengan bukti di luar keraguan yang munasabah tetapi bila mengatakan bahawa bahaya anggota itu dalam pasukan FRU - Pasukan Simpanan Persekutuan, maka satu pertanyaan terpaksa disoal iaitu bagaimana Pasukan FRU boleh berpisah dengan pasukannya dalam tugas menghadapi rusuhan kerana semua orang mengetahui bahawa Polis FRU akan bertugas secara pasukan, maka banyak perkara yang menjadi tanya bila seorang polis FRU dibelasah oleh orang awam dan tidak ada pula kenyataan yang menyatakan bahawa anggota telah diselamatkan oleh pasukannya.
Jika Malaysia sebuah Negara yang sudah diterima Hadharinya oleh Amerika bagi membanteras "Pengganas" maka isu di Batu Burok mestilah dikira satu pembuktian kepada Presiden G. W. Bush bahawa dalam mazhab Islam Hadhari, persaudaraan sesama Islam tidak akan berlaku, tidak ada perundingan dan musyawarah daripada yang berkuasa kepada yang "tiada kuasa".
Tindakan keganasan hanya berlaku bila rakyat menyerang kepada pihak berkuasa dan tidak dikira pengganas jika penguat kuasa milik kerajaan digunakan bagi menghalang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sang Kelembai: Jika orang-orang Melayu yang tidak sehaluan dengan Umno di Terengganu boleh rasional sedikit, usahakan cadangan untuk memunggah semua babi-babi di Melaka dipindahkan ke Terengganu bagi tujuan jika ada halangan dan tindakan kekerasan Polis, lepaskanlah babi-babi itu kerana sudah teruji bahawa Polis akan berlemah lembut dengan babi seperti di Melaka.
- sangkelembai2006. blogspot. com
CPO: Cop was protecting women, kids
By R.S.N. MURALI, The Star
KUALA TERENGGANU: The police constable who shot at rioters who attacked him at an illegal gathering here on Saturday night was trying to protect a group of women and children.
State police chief Senior Asst Comm (II) Datuk Ayub Yaakob said Kons Azmi Husin, who was in plainclothes, was directing the women and children to leave the area as the situation in Jalan Sultan Mahmud was unsafe.
About 20 men armed with sharp weapons and sticks then spotted Kons Azmi and shouted "This man is Special Branch!" before assaulting him.
SAC Ayub said Kons Azmi, 29, was beaten until he collapsed, bleeding from the head.
"Lying on the ground, he took out his gun and fired four shots," said the police chief yesterday.
Two assailants were hit, one in the neck and the other in the shoulder. They have been warded at the Sultanah Nur Zahirah Hospital here and Hospital Universiti Sains Malaysia in Kelantan, and are reported to be in stable condition.
The riot was sparked off when police tried to disperse an illegal gathering of more than 500 at a political gathering organised by Bersih, a coalition of 60 non-governmental organisations pushing for electoral reform.
The gathering was supported by opposition parties PAS, Parti Keadilan Rakyat and DAP.
Following the melee, seven people were injured and 23 arrested, of which 19 were later released.
In Parliament yesterday, Opposition Leader Lim Kit Siang called for a public inquiry, saying that the incident could have been avoided if the police had not disregarded the Royal Police Commission's recommendations to "respect the right to hold assemblies, meetings and
processions", ELIZABETH LOOI reports.
Datuk Mohd Aziz (BN – Sri Gading) countered that Bersih should not have held the gathering because it did not have a permit.
At a press conference in Kuala Lumpur, Terengganu PAS commissioner Datuk Mustafa Ali said the gathering was part of Bersih's programmes to educate the public on the need for fair elections, LISA GOH reports.
When asked about homemade bombs and Molotov cocktails that were reported to have been hurled at police, he replied: "We didn't know about that. That claim was made by the police."
Apa erti hamper polis untuk Suwandi?
Weblog Husam Musa
"Polis tembak Suwandi sambil berdiri!" - mengikut seorang saksi yang melihat dari jarak dekat peristiwa tembakan peluru hidup ke atas orang awam di Batu Buruk.
"Kami nampak percikan api keluar dari pistol polis"
Kenyataan ini sama sekali berbeza dengan apa yang diterangkan oleh Ketua Polis Terengganu, seperti di bawah;
Ayub said the policeman, who suffered a blow to his eye causing it to bleed, then fell to the ground but the mob allegedly did not relent and continued to hit him.
“He had no choice, he used his left hand to fend the blows and with his right hand, he reached for his gun. Because his face was bleeding profusely, he couldn’t see properly as well.
“He was still on the ground, his elbow was on the ground when he fired into the air. He did not even know that someone had been hit (by the shot),” he added.
Siapa benar?
Itulah sebabnya satu Suruhanjaya Siasatan diperlukan.
Kedua mangsa tembakan dijangka sembuh dan mereka boleh memberikan keterangan.
Jika benar bahawa anggota polis berkenaan dibelasah hingga terjatuh ke tanah, adakah Suwandi yang mengejar beliau?
Jika Suwandi yang mengejar anggota polis berkenaan, mengapa pula polis menghantar hamper kepada Suwandi semasa beliau di rawat di hospital Kuala Terengganu sebelum di bawa untuk pembedahan di HUSM Kubang Kerian?
Tanda simpati?
Tanda kesilapan tembakan?
Tanda persahabatan?
Kita tidak ingin bermusuh dengan polis tetapi tembakan peluru hidup ke atas orang awam dalam satu majlis yang sepatutnya berjalan aman jika tidak wujud gangguan seperti yang telah berlaku, adalah satu peristiwa serious yang tidak boleh dibiarkan berulang.
Biarkan kebenaran mengambil tempat dengan satu siasatan bebas dan mana-mana pihak tidak harus dibiarkan menjadi 'raja' untuk bertindak sesuka hati.
Rusuhan Penyokong BA adalah Provokasi SB Kata Ketua Polis Terengganu
Menurut Berita Harian, kejadian yang berlaku di Batu Buruk sebenarnya telah ditimbulkan oleh anggota Cawangan Khas (SB) yang kononnya ingin menghadiri Ceramah yang dianjurkan oleh BA. Ini adalah politik kotor mereka bagi memomokkan imej buruk BA. Umpan ini mengena dengan beberapa respon kecil yang diberikan oleh segelintir penyokong yang dihalang menyertai Ceramah dan Perhimpunan Aman anjuran BA itu.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang ditemui oleh akhbar Berita Harian, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya dengan kayu.
"Ketika hendak beredar, seorang lagi lelaki memegang bahunya dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis daripada Cawangan Khas dan terus bertindak memukul mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa terjatuh."
"Penyerang terbabit berterusan menyerang anggota berkenaan hingga terkena kepala menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri. Tembakan itu menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan dia sempat lari ke arah pasukan FRU di kawasan berhampiran, " katanya pada sidang media
khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam. (Berita Harian, 10 September 2007)
Isu rusuhan ini adalah strategi BN untuk memancing undi rakyat dan menolak BA. Hakikatnya, kita harus terus menerus mengingatkan rakyat tentang kezaliman BN, khususnya dalam Pilihanraya di Ketari, Machap dan Ijok.
Paparan ini harus disajikan pada rakyat untuk melihat siapakah samseng sebenar.
2 Orang mangsa kezaliman Polis iaitu Encik Swandi bin Abd Ghani, 37 tahun telah menggalami kecederaan parah dan telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru, beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal. Mangsa kedua, Encik Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.
Kedua-dua mereka cedera akibat tembakkan peluru hidup oleh seorang konstabel Polis. Diharapkan agar pihak Polis dapat memberikan siasatan yang adil dan jawapan tulus terhadap insiden seorang anggota Polis yang dibenarkan mengunakan peluru hidup bagi menghadapi perhimpunan rakyat yang tidak bersenjata.
Tanpa kita sedari, isu ini sebenarnya adalah perangkap politik Barisan Nasional (BN) yang mahu memperlihatkan 'keganasan penyokong BA' dan melupakan isu Rasuah serta Pembaziran di kebanyakkan Kementerian seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara Jumaat lalu.
Dalam kita melayan kemarahan ekoran kezaliman Polis ini, kita juga harus memberikan desakan yang hebat kepada pihak Kerajaan, khususnya Polis dan Badan Pencegah Rasuah bagi mendakwa mereka-mereka yang terlibat dalam pembaziran dana awam di peringkat Kementerian yang dilaporkan melebihi puluhan juta.
Kita mahu laporan dan tindakan segera dari BPR bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berlaku dalam episod Kewangan Negara Tahun 2007. Implikasi massa terhadap perkara ini begitu besar hingga menyebabkan rakyat turut sama merasainya melalui kenaikkan harga barang ekoran tindakan Kerajaan menaikkan harga bahan api tahun lalu.
Kita tidak mahu pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang memiliki pendapatan 5 angka terus berkuasa dan mencuri dana negara dengan pelbagai helah. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan sukan serta di Kementerian lain yang terlibat harus disoal siasat dan dipecat segera.
Kita mahukan seorang penjawat awam yang jujur dan tidak korup seperti mereka untuk menguruskan dana negara sekaligus membantu memacu intergriti perkhidmatan awam negara ini.
Ingatlah, kita tidak boleh membiarkan perkara ini dipandang sepi hingga menyebabkan kerugian yang lebih banyak dipihak kita.
Apa yang penting adalah desakkan agar pihak Polis menyiasat kedua-dua perkara ini dan memberikan jawapan segera pada rakyat.
CPO: Cop was protecting women, kids
By R.S.N. MURALI, The Star
KUALA TERENGGANU: The police constable who shot at rioters who attacked him at an illegal gathering here on Saturday night was trying to protect a group of women and children.
State police chief Senior Asst Comm (II) Datuk Ayub Yaakob said Kons Azmi Husin, who was in plainclothes, was directing the women and children to leave the area as the situation in Jalan Sultan Mahmud was unsafe.
About 20 men armed with sharp weapons and sticks then spotted Kons Azmi and shouted "This man is Special Branch!" before assaulting him.
SAC Ayub said Kons Azmi, 29, was beaten until he collapsed, bleeding from the head.
"Lying on the ground, he took out his gun and fired four shots," said the police chief yesterday.
Two assailants were hit, one in the neck and the other in the shoulder. They have been warded at the Sultanah Nur Zahirah Hospital here and Hospital Universiti Sains Malaysia in Kelantan, and are reported to be in stable condition.
The riot was sparked off when police tried to disperse an illegal gathering of more than 500 at a political gathering organised by Bersih, a coalition of 60 non-governmental organisations pushing for electoral reform.
The gathering was supported by opposition parties PAS, Parti Keadilan Rakyat and DAP.
Following the melee, seven people were injured and 23 arrested, of which 19 were later released.
In Parliament yesterday, Opposition Leader Lim Kit Siang called for a public inquiry, saying that the incident could have been avoided if the police had not disregarded the Royal Police Commission's recommendations to "respect the right to hold assemblies, meetings and processions", ELIZABETH LOOI reports.
Datuk Mohd Aziz (BN – Sri Gading) countered that Bersih should not have held the gathering because it did not have a permit.
At a press conference in Kuala Lumpur, Terengganu PAS commissioner Datuk Mustafa Ali said the gathering was part of Bersih's programmes to educate the public on the need for fair elections, LISA GOH reports.
When asked about homemade bombs and Molotov cocktails that were reported to have been hurled at police, he replied: "We didn't know about that. That claim was made by the police."
Mengapa polis lepaskan peluru hidup di Batu Buruk?
Saya tertarik dengan tulisan Songkok Putih, dalam tranungkite.net mengenai kejadian malam tadi, yang begitu memeranjatkan dan akan dirakam sebagai rekod hitam dalam sejarah negara. Izinkan saya rakamkan dahulu catatan berkenaan:
"Saya telah dihujani dengan pelbagai pangilan untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai kejadian yang berlaku pada Ceramah anjuran Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil), Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 September 2007.
"Saya akan cuba memberikan maklumat seringkas yang boleh untuk memberikan gambaran sebenar mengenai kejadian malam tadi.
"Sekitar pukul 5.00 petang semua jalan ke tempat Ceramah Batu Buruk ditutup oleh pihak polis. Ini memberikan kesukaran kepada mereka yang ingin pulang daripada bandar Kuala Terengganu ke rumah masing-masing melalui jalan di sana.
"Pada malam tersebut, semua laluan ke tempat ceramah tidak dibenarkan. Mereka yang ingin berjalan kaki pun tidak dibenarkan sama sekali ke sana. Ini membuatkan orang ramai marah dengan tindakan polis dan mereka berkumpul di tempat sekatan jalan raya.
"Ada maklumat mendakwa pentas ceramah dibakar. Oleh kerana polis telah membuat sekatan, soalnya, bagaimana ia boleh terbakar. Orang ramai makin marah. Timbul pelbagai persoalan sama ada polis yang bakar atau orang Umno yang membakar.
"Suasana makin tegang, maka timbul kata-kata "Ini DUN Batu Buruk, kalau Batu 6 boleh mempertahan kewibawaannya, kenapa tidak Batu Buruk!"
"Sikap tidak profesional polis ditambahkan pula begitu ramai kehadiran golongan pemuda dan remaja, ketegangan makin kemuncak. Remaja sepatutnya dilayan dengan sikap yang berlembut dan berhemah tetapi apabila dikasari mereka ia akan mengundang kejadian tidak diingin. Ajaran Islam dan Barat juga mengajar bagaimana pihak penguasa sepatutnya mengatasi masalah remaja.
"Dalam suasana tegang, tiada apa yang baik dan tidak ada yang kita hendak persalahkan kerana mereka semua berada dalam emosi yang tinggi.
"Polis dan FRU telah melepaskan gas pemedih mata dan semburan water canon. Mengikut maklumat yang diberikan, suasana ketika itu mencatat satu rekod, kerana gas pemedih mata yang paling banyak ditembak ke arah orang ramai.
"Suasana makin gawat, maka pertempuran golongan remaja dengan pihak polis dan FRU berlaku.
"Dalam kejadian ini dua orang telah ditembak dengan peluru hidup. Dikatakan seorang anak muda dari Binjal Rendah telah ditembak di dada, menghampiri paru-paru. Manakala budak Pasir Panjang telah ditembak dileher, saya tak pasti status budak ini, kedua-duanya sekarang ini berada di Hospital Besar Kuala Terengganu.
"Dalam kejadian ini 6 atau 7 orang pihak polis dan FRU juga turut tercedera. Banyak tangkapan telah dibuat, mengikut maklumat yang kami terima lebih daripada 70 orang ditangkap.
"Pada pukul 2.00 remaja masih belum beredar, walaupun pihak polis dan FRU mengundur diri. Mereka yang tinggal ini mula membakar tayar, memecah pasu bunga dan membuat kacau bilau di jalan raya. Menurut cerita ada kejar mengejar berlaku lagi sehingga pukul 3.30 pagi.
"Pagi ini suasana tempat kejadian telah tenang. Saya cuba mendapatkan komen daripada beberapa pimpinan PAS. Antara lain disebut jika polis profesional menangani kejadian seperti ini tak akan berlaku.
"Komen orang awan juga menyebut polis tidak begitu bijak menangani suasana remaja dan Umno cuba membuat kacau bilau bila PAS mengada ceramah. "Jika tiada gangguan polis, ceramah PAS ok aje," komen mereka."
Saya tidak mahu ulas lanjut memandangkan isu ini mungkin mengakibatkan situasi lebih serius dan tegang, apatah lagi Terengganu merupakan negeri yang menjadi sasaran utama bagi PAS dalam pilihan raya akan datang.
Saya bimbang insiden tragis ini akan dieksploit oleh Umno-BN bagi memberikan gambaran buruk kepada wajah PAS. Hal ini tidaklah memeranjatkan jika dilihat rekod pemerintah masa lalu, yang akan melakukan apa saja untuk menjauhkan pengundi daripada menyokong PAS.
Saya mengharapkan pihak pimpinan PAS dapat melakukan yang terbaik menangani peristiwa yang cukup memalukan ini, terutama dilihat dalam konteks usaha untuk memulihkan demokrasi di negara ini. Ya, sesuatu yang cukup ironis berlaku dalam majlis anjuran Bersih, yang mutakhir ini berkempen di seluruh negara, bagi memastikan pilihan raya ke-12 nanti berjalan secara telus, adil dan bebas.
Anggota polis tembak guna peluru hidup di Batu Buruk wajar didakwa
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - PAS mengalu-alukan kesediaan polis untuk menyiasat anggotanya yang melepaskan peluru hidup sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam insiden berdarah di Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 Sept lalu.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar berkata anggota berusia 24 tahun yang dikatakan berpangkat korporal itu wajar didakwa atas percubaan membunuh.
Bagaimanapun katanya, PAS tetap berpendirian, mendesak dibentuk satu suruhanjaya khas bagi melakukan penyiasatan menyeluruh terhadap insiden berkenaan.
"Kita tidak boleh terima maklumat dari pihak polis semata-mata kerana banyak kenyataan dari mereka bercanggah sesama sendiri," tegasnya.
Contohnya kata beliau, polis yang menembak dua mangsa dilaporkan anggota berpangkat konstabel dari FRU dan ada yang kata dari PGA.
Namun katanya, berdasarkan kenyataan terbaru, anggota tersebut dikatakan berpangkat korporal.
"Sudah tentu kenyataan ini tidak betul, ketika kejadian berlaku anggota polis itu berpakaian seperti orang awam, kalau FRU atau PGA mesti pakai 'uniform' semasa bertugas.
"Kalau polis berpakaian awam mesti dari Cawangan Khas atau mata gelap," tegasnya.
Media cetak dan elektronik sebelum ini ditempelak kerana menyiarkan hanya laporan mengenai keadaan anggota polis yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu.
Sedangkan salah seorang mangsa yang ditembak anggota polis terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu.
Keluarga dua mangsa yang ditembak polis turut kesal kerana mereka didakwa atas cubaan membunuh polis dan merancang mengambil tindakan mahkamah ke atas anggota polis terbabit. - mr
Adakah Kelantan akan selamat dari peristiwa peluru hidup di Batu Burok?
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Apa pula perancangan jahat di Kelantan setelah usaha untuk memburukkan nama PAS di Terengganu telah dilakukan?
Walaupun taktik sabotaj yang dilakukan dalam peristiwa peluru hidup di Batu Burok itu semakin mengotor dan membusukkan pihak yang melakukannya, tetapi tidak ada siapa yang boleh menjamin mereka tidak akan mengulangi perbuatan keji dan terkutuk mereka itu.
Kini semakin bertebaran khabar-khabar angin bahawa keselamatan negara mungkin akan terus tergugat dengan ulang tayang kerja jahat dan terkutuk seperti yang berlaku di Terengganu itu.
Kerja jahat dan sabotaj seperti yang dilakukan di Terengganu itu kini semakin dilihat oleh rakyat sebagai ancaman terbaru terhadap keselamatan dan ketenteraman hidup mereka. Betulkah pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan kini menjadi ancaman keselamatan?
Patutkah rakyat dipersalahkan jika sudah tersebar tuduhan bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai "kerajaan yang gian nak bunuh rakyat"?
Dan kini, adakah boleh dijamin kerja jahat dan sabotaj seperti itu tidak akan berlaku di Kelantan? Persoalan itu berbangkit memandangkan Tan Sri Hussein Ahmad menyatakan kepada Bernama bahawa rakyat Kelantan jelak dengan Umno akibat perbalahan dalaman parti itu.
Memang tidak ada jaminan bahawa Kelantan akan selamat dari sabotaj keji dan jahat seperti yang dilakukan di Terengganu itu memandangkan bekas Ketua Penerangan Umno sendiri itu menegaskan bahawa rakyat Kelantan sememangnya mahukan "Mr Clean" mentadbir negeri kesayangan mereka.
Hussein tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan kembali menguasai Kelantan. Beliau yakin banyak perkara lagi perlu diperbetulkan sebelum BN dapat kembali memenangi hati rakyat.
"Umno telah berusaha tetapi tidak cukup lagi untuk berkuasa di Kelantan dan apa yang saya katakan ini memang pedih tetapi inilah realiti yang harus diterima Umno," kata veteran Umno itu.
Husin tidak bercakap tanpa asas. Malah, tinjauan di kalangan rakyat juga menunjukan bertambah kuatnya keyakinan bahawa rakyat negeri itu tetap setia menyokong kepimpinan ulama Kelantan.
"Baik sokong PAS kerana kami rakyat Kelantan dapat apa yang kami tidak dapat semasa BN memerintah Kelantan dulu," kata seorang peniaga emas, Asri Yaakub, 42, kepada Bernama.
Mengambilkira mood yang ada pada rakyat Kelantan itu, jika berlaku sabotaj dan perbuatan jahat dan terkutuk seperti itu di bumi Kelantan, bagaimana pula jentera propaganda mereka akan berkerja?
Percubaan mereka untuk mengambil manfaat dari perbuatan mereka sendiri di Terengganu jelas semakin gagal berikutan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dan Umno kelihatan semakin tak tentu arah.
Pelbagai kenyataan yang tidak kelihatan cerdik dikeluarkan terutama kenyataan Perdana Menteri sendiri. Malah kenyataan mereka juga bercanggah dan berlawan sesama sendiri.
Para pemimpin Umno kini kelihatan semakin menggelejat untuk membaling kekotoran ke arah PAS, tetapi percubaan demi percubaan akhirnya mengotor dan membusukkan diri mereka sendiri.
Orang yang mula-mula mendedahkan kejahatan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali apabila secara berterus-terang beliau menyatakan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersekongkol dengan pihak polis untuk menggagalkan ceramah anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
"Wan Farid telah mengarahkan pegawai polis mengambil tindakan tersebut setelah usaha polis memujuk tuan rumah supaya membatalkan program ceramah gagal.
"Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini. Polis boleh membuat siasatan menyeluruh untuk mendapatkan kebenaran," katanya
Bertambah menarik lagi apabila Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan, jika benar Wan Ahmad Farid terlibat, ia bermakna perancangan tragedi berdarah akibat keganasan polis itu dirancang oleh orang-orang Perdana Menteri sendiri memandangkan Wan Farid memang terkenal sebagai sebagai pengikut setia yang sangat patuh dan taat kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
"Jika benar Wan Ahmad Farid terlibat, tidak ada siapa yang percaya bahawa Wan Farid berani melakukan tindakan itu tanpa restu Khairy," katanya.
Apa yang dinyatakan Mustafa itu terbukti kebenarannya apabila polis dilaporkan telah menunjuk bagak di kawasan berkenaan sejak dari pukul 3.00 petang lagi.
Kerja apa lagi menjemur diri sejak jam 3.00 petang kalau bukan kerja bodoh? Orang yang tak bodoh tahu bahawa pihak kerajaan sendiri tidak dapat membuktikan walau satu ceramah pun yang dianjurkan oleh PAS yang menimbulkan kekecohan jika tidak diganggu polis.
Dalam sesi Parlimen 1999-2004 lalu, Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu pernah meminta Menteri Dalam Negeri membuktikan hanya satu sahaja ceramah PAS yang mencetuskan rusuhan jika tidak diganggu oleh polis. Jelas, kerajaan gagal membuktikannya.
Ceramah haram? Ceramah haram apa kerana perhimpunan dibuat dalam kawasan persendirian? Kes demi kes dalam mahkamah akhirnya menempelak tindakan polis menceroboh kawasan persendirian kononnya kerana hendak menghalang "ceramah haram".
Kekalahan pihak polis dalam perbicaraan kes-kes sedemikian membuktikan bahawa polis membelakangkan undang-undang negara dalam memuaskan nafsu menghalang apa yang mereka lihat sebagai "ceramah haram".
Mengambil kira kekalahan pihak polis dalam perbicaraan kes-kes sedemikian, apakah istilah yang boleh diberikan terhadap tindakan mereka yang mengenakan sekatan jalan kira-kira jam 4.00 petang?
Kalau bukan perancangan apa lagi istilah yang hendak diberikan apabila dilaporkan bahawa seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang yang enggan dikenali memberitahu bahawa sehari sebelum kejadian itu pihak polis yang dikenalinya telah membeli banyak lastik yang tidak diketahui tujuannya.
Kalau bukan perancangan, hendak bubuh nama apa lagi apabila seorang blogger yang sebelum ini ditahan polis, Nathaniel Tan, melaporkan bahawa rakannya memberitahu, "Beberapa hari lepas saya menerima panggilan dari seorang rakan. Beliau bertanyakan sama ada saya hadir di Ceramah Bersih [di Kuala Terengganu]. Saya menjawab tak hadir.
"Rakan saya tersebut memaklumkan persediaan polis Terengganu cukup tinggi, dan mereka bersedia dengan pasukan FRU. 'Sesuatu akan berlaku,' kata rakan saya tersebut, yang meskipun berbeza mazhab politik, tetapi prihatin".
Kalau bukan satu perancangan, apa lagi nama yang hendak diberikan apabila kira-kira jam 5.00 petang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) meroboh pentas utama ceramah yang bakal diadakan pada malam tersebut.
Betulkah siuman apabila pihak polis mengarahkan orang ramai yang membanjiri persekitaran Medan Selera Taman Batu Burok supaya bersurai?
Betulkah siuman apabila beberapa anggota polis berpakaian biasa menghambat orang ramai yang bertempiaran lari kerana dikejar?
Betulkah siuman tindakan polis hinggakan rakyat mencemuh mereka dengan kata-kata "polis kejar orang macam perhambat anjing". Mengapa polis melayani rakyat yang tidak bersalah seperti binatang? Sedangkan, mereka mungkin datang ke Medan Selera Taman Batu Burok itu semata-mata kerana lapar dan hendak makan.
Hebat! Polis yang dibayar gaji dengan wang rakyat untuk menjaga keselamatan mereka rupa-rupanya merasa lebih lazat mengejar orang yang lapar dan hendak makan macam perhambat anjing!
Jumaat, 2007 September 21
Violence greets calls for electoral reforms
Political tension is rising in Malaysia as the demand by a coalition of opposition political parties and some 26 civil society groups for a clean and fair election is increasingly being met with violence by the ruling, 13-party National Front coalition.
Earlier this month police fired tear gas and shot at protestors, injuring two opposition supporters in the chest, while breaking up a massive opposition rally in Terengganu state where opposition and government are equally matched in strength.
The Sept 8 rally, organised by Bersih, acronym for a coalition of five opposition political parties and 26 civil society NGOs, was the biggest one organised so far to press the demand for free and fair elections.
Bersih (the word means clean in the Malay language) has been touring the country mobilising and winning public support ahead of a general election that is widely expected to be called in November, when police began using excessive force adding a new and violent dimension to electoral politics in the country.
"The use of such hard force and firing weapons, injuring opposition supporters, is unprecedented in recent history," said Parliamentary Opposition Leader Lim Kit Siang.
Police said the assembly had no permit and was therefore illegal, but opposition leaders insist on their right to peaceful assembly to demand change.
Serious accusation
During the melee the national flag was burned, an act the mainstream electronic media has taken advantage of by repeating the scene over and over again, accusing opposition members of being unpatriotic - a serious accusation in a year when the country is celebrating 50 years as an independent nation.
Prime Minister Abdullah Badawi himself accused the opposition parties of starting a riot in order to blame the government and discrediting his 13-party National Front coalition government.
For their part, opposition leaders have charged that cleverly disguised "agent provocateurs" had burnt the flag and put the blame on them.
"The incident strongly suggests that police harassment has reached new heights against gatherings deemed unfavorable to the government," Anwar said in an interview with Malaysiakini, an independent online news agency this week. "This is cause for grave concern," he said.
Whatever the case, tension is mounting as opposition political parties and civil society groups go on a road show demanding major changes in the way the country has conducted 11 general elections since independence in 1957.
The campaign for electoral reforms is a major effort by the long suffering opposition political parties and civil society leaders to level the playing field to ensure free, fair and clean election.
Among the changes they want is abolition of the `first-past-the post' polling system inherited from the departing British colonial authorities that allows the winner with a simple majority to dominate parliament.
Outdated system
Opposition political parties often poll 40 to 50 percent of the national vote but end up with a paltry number of seats in parliament as is the case now. (The opposition together controls only 18 of the 219 seats in parliament although they polled over 40 percent of the national vote in the 2004 general elections)
"This is an outdated system that shuts out minorities, women and indigenous people...their voice is drowned out by majoritarian rule," said Lim. "It does not reflect the national vote that opposition won in the elections."
"With the outdated system the government virtually gives itself a huge majority every election," he told IPS. "We have elections but not representative rule nor democratic practices...it is a camouflage," he said. "It is time major changes are made to the election system to make it truly representative."
Other Bersih demands include an end to gerrymandering of electoral constituencies that takes place once every 10 years and to make the Election Commission an independent authority and end its subservience to the ruling coalition.
Critics also want the government to allow in domestic and international observers and the removal of the discretionary powers of the Registrar of Societies to deny registration for new political parties.
(An example is the Socialist party of Malaysia which has been denied registration for over a decade on grounds that it poses a threat to national security.)
"We also want the high cash deposits for candidates to be reduced," said Lim Guan Eng, secretary general of the Democratic Action Party or DAP, the largest opposition party in Parliament. "It is ridiculous to impose high cash barriers for contesting and still claim we are a democracy. Such methods block off poor people from seeking elected office, leaving the rich to dominate Parliament."
The fees just to contest a parliamentary constituency is Malaysian RM8,000 (US$2,293).
Another demand is to end the extremely short eight-day campaign period - arguably the shortest of any democracy in the world.
Unethical
"Such a short eight-day campaign period is ridiculously inadequate to convince voters to back the opposition," said Sivarasah Rasiah, human rights lawyer and vice-president of the National Peoples Party of de facto opposition leader Anwar Ibrahim.
"On the other hand the ruling coalition has all the advantages. It keeps the polls date secret but prepares heavily in the meantime and then springs a surprise by suddenly dissolving Parliament," Rasiah told IPS.
''During the short, eight-day campaign period it (ruling coalition) unleashes the government machinery and mainstream media on us. This is unethical and a serious violation of democratic principles.''
"Worst the blitz is paid for by public resources that should rightly be also made available to us in equal measures," Rasiah said. "While we are hounded, refused permits and shot at they are free to assemble and preach directly and over the government controlled mainstream media. It all makes for a sham election and democracy.''
These are however only some of the more `benign' demands Bersih is making to ensure a level playing field level for all stakeholders.
Worst of all, some election expert say, is that the electoral roll itself is faulty with the commission failing to remove dead voters and clean up, what opposition party leader's claim are, thousands of `phantom voters'.
"There is a need to completely revise and overhaul the electoral roll because it is heavily compromised," said Yap Swee Seng, executive director of Suaram, leading human rights NGO and Bersih member. "We need a roll that is clean, transparent and one that inspires confidence. Until then elections are just a sham."
As the pressure mounts the commission suddenly conceded to one of Bersih's many demands - use of indelible ink to prevent multiple voting.
Opposition political parties and NGOs under the Bersih umbrella have upped the ante by announcing a mammoth rally in October to press their case for reforms setting the stage for a major tussle with the ruling National Front coalition.
Rusuhan di KT: Seorang lagi imam akan pecat
Seorang lagi imam akan dipecat kerana terbabit dalam kejadian rusuhan di Jalan Mahmud di Kuala Terengganu pada 8 September lalu.
Sebelum ini, kerajaan negeri memecat imam Kampung Kebun Air di Manir kerana terlibat dalam rusuhan itu.
Dalam rusuhan tersebut, tujuh orang, termasuk empat anggota polis cedera dan dua ahli PAS yang terkena tembakan polis.
Bernama memetik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Datuk Rosol Wahid sebagai berkata pihaknya mempunyai bukti mengenai penglibatan imam dari sebuah kampung di Marang dalam kejadian itu.
Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Hal-Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil tindakan, termasuk menggantung bayaran elaun kepada imam terbabit sehingga siasatan kes itu selesai.
Imam diboikot
"Melalui rakaman video dan gambar, kita mempunyai bukti imam itu terbabit dalam kejadian rusuhan tersebut. Daripada maklumat yang diterima, imam tersebut kini diboikot oleh jemaah masjid di kampung berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam kejadian itu, lebih 600 orang dipercayai penyokong pembangkang merusuh termasuk membakar Jalur Gemilang selepas polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram.
Rosol berkata penglibatan imam dalam kejadian itu amat mendukacitakan kerana mereka sepatutnya menjadi contoh serta membimbing jemaah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Beliau juga berkata pihaknya mempunyai bukti mengenai penglibatan seorang pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dalam rusuhan itu.
"Terpulang kepada pihak UDM untuk mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit," katanya.
CIJ: Shooting at election talk, can the real media please stand up?
27C Jalan Sarikei, off Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03 4023 0772
Fax: 03 4023 0769
Two people, Suwandi Abdul Ghani, 37, and Muhamad Azman Aziz, 21 suffered from gun shot wounds as a result of the confrontation in Terengganu on 8-9 September at what was to be a gathering to talk about free and fair elections. Fortunately for them, they are said to be doing fine.
However, a third victim, by the name of credibility of the media, is still in critical condition, sustaining a more serious injury, and with no fast recovery in sight.
The confrontation and its reporting by the mainstream media are anecdotal of how newsmakers in Malaysia are constantly tested on their professional and ethical standards. Coverage of this incident pointed in one direction - bias towards the powers-that- be. Opposition parties PAS and Parti Keadilan Rakyat (PKR) were largely implicated in the mainstream media as instigating the incident. The parties protested
loudly, with PKR demanding the New Straits Times to publicly apologize within 48 hours or face legal repercussions. PKR complained that the NST did not contact the party to verify the supposed violent acts by its supporters.
Across dailies, this bias was glaring. Immediate reports about the confrontation in the Star, theSun (which published a BERNAMA report), Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian and major Chinese language dailies were based primarily on statements by the Terengganu police chief, Ayub Yaakob. He described it as a riot deliberately initiated by opposition supporters and the police shooting was a forced measure of
self-defense.
It was only on September 13 that the newspapers made any mention of BERSIH, a coalition of civil society groups, supported by opposition parties for free and fair elections, who organized the event as part of its public awareness campaign. BERSIH also submitted a complaint regarding the media bias to SUHAKAM.
Although the various newspapers relied on the same source, the September 10 reports were peppered with inconsistencies, calling their professionalism into question. Differences in the number of the participants at the "ceramah", the timeline of the incidents, accounts of the shooting, and reasons for the police rejection of the permit for the gathering. In the latter, the reasons cited ranged from the venue
being a tourist area (the Star); it was small and close to government quarters (Utusan, Berita Harian, NST), and near the palace of the Agong's mother and a judge's residence (Harian Metro).
From September 11 onwards, the opposition parties got more coverage in some of the Chinese dailies. The Star, theSun, NST and Utusan published comments by DAP leader Lim Kit Siang, who was not present at the venue, but not the leaders of PAS and PKR. Lim called for an inquiry into the incident. The focus in the media reports has since shifted to condemning those who burnt the national flag, after a widely publicized picture attributable to BERNAMA. The one-sided tone against the opposition parties was still obvious.
The police themselves revealed the inconsistencies on September 15, when they were reported to seek the public's help in identifying nine men believed to be involved in the violent acts, and released their pictures. This time around, police backed down from relating them to the opposition parties. The media too, without the certainty of the police, refrained from further implicating the opposition, and expectedly, did not pursue the line of doubt cast on the police.
The coverage of this incident shows that the media are still unable to free themselves from the conventional bias prevalent at times of election.
Was the lack of fair reporting due to a lack of resources in terms of reporters available to cover the story accurately? Is the media satisfied with attributing their stories to a single source, in this case the Terengganu police chief, as the only authority? Were the media told to play up the "riot" but not the other side of the story? Would some of the newspapers have settled for the official report because they were under pressure? These are questions that are being floated.
The discerning public knows now where to look for the full story, and it is not the mainstream media - it is the many online dailies and blogs that offer more sides to a story. Whether they are credible or not is besides the point. The point is that the mainstream media is not seen as credible because they do not even abide by the fundamental principles of ethical journalism - fairness, accuracy, right of reply and truthfulness.
The media cannot afford to continue with their current practices if they hope to secure the trust of the readers, who are increasingly knowledgeable, critical and tech-savvy. They have to start taking public opinion seriously and improve the way they do their work. There is no excuse not to provide fair and accurate reports, unless there is government pressure against it. If the newspapers are serious about
their ethical values, they will be surprised to find many among the public who will stand up to defend them against external threats. After all, a free and fair media is the right of the citizen.
Gayathry Venkiteswaran
Kuala Lumpur
Apabila si kudung dituduh lempar batu merusuh di Batu Burok
Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Alamin Jais, 35, dari Kampung Belukar Sukai ditahan ketika berada dalam kereta berhampiran kediaman Menteri Besar, Seri Iman. Menurutnya, ditahan bersama seorang rakan ketika keluar ke bandar untuk minum di kedai makan.
"Saya kena tangkap dalam kereta berhampiran Seri Iman pada jam 2.30 pagi. Saya tidak tahu-menahu hal rusuhan malam itu tetapi dikatakan terlibat merusuh, membaling batu dan sebagainya," katanya.
Beliau bertanya bagaimana dia hendak baling batu kerana kedua-dua jari tangannya tidak ada kerana kecacatan sejak lahir.
KUALA TERENGGANU: Harakah berpeluang menemui mangsa tahanan yang dibebaskan bagi mendapat gambaran sebenar kenapa dan bagaimana mereka ditangkap polis pada malam Tragedi Batu Burok.
Warga emas, Ibrahim Ismail, 78, dari Kampung Batu Burok ditahan ketika berlaku rundingan antara pegawai polis dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato̢۪ Mustafa Ali.
Ketika itu, katanya rundingan dibuat bagi membolehkan lima penceramah masuk menemui tuan rumah pada jam 9.40 malam.
â€Å“Masa berunding berlaku ketegangan apabila pegawai polis tidak benarkan pimpinan kita masuk untuk jumpa tuan rumah."
"Saya dengar seorang pegawai polis kata,tangkap' dan masa itulah saya dan Shukrimun (bekas Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus) kena tangkap oleh polis berpakaian preman,†katanya.
Menurutnya, beliau ditahan dan dibawa masuk ke dalam lori 'black maria' yang ditempatkan berhampiran Taman Awam Batu Burok.
Ibrahim yang mempunyai 15 cucu tidak terlintas sama sekali untuk buat rusuhan dan huru-hara apatah lagi memandangkan faktor usianya.
Seorang lagi warga emas, Mat Zin Ali Abdullah, 67, dari Kampung Pengkalan Berangan ditangkap polis ketika berada di tempat letak kereta.
â€Å“Saya baru sampai jam 9.00 malam dan lihat orang ramai bersama polis. Saya hendak tanya ceramah jadi atau tidak. Selepas itu terdengar teriakan polis meminta orang ramai bersurai.
â€Å“Saya hendak pergi ke kereta dan tiba-tiba sahaja seorang polis berpakaian 'biasa'(preman) tangkap dan bawa saya masuk ‘black maria’,†ujarnya.
Katanya, orang ramai datang, ada dengan isteri masing-masing, hanya untuk mendengar ceramah Bersih.
Arwin Singkang, 26, dari Pulau Pinang ditahan ketika berada di stesen minyak Esso Batu Burok. Ketika itu, katanya belum berlaku kekacauan dan dia cuba mendapat penjelasan pihak Polis kenapa semua jalan ditutup.
"Selepas dengar polis minta bersurai saya pergi hendak tanya mereka kenapa jalan disekat. Saya cuba menelefon kawan tetapi terus ditangkap, kononnya saya mengambil gambar di situ," ujarnya. Menurutnya, tindakan polis menahan orang ramai tanpa sebab munasabah amat dikesalkan.
Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Alamin Jais, 35, dari Kampung Belukar Sukai ditahan ketika berada dalam kereta berhampiran kediaman Menteri Besar, Seri Iman. Menurutnya, ditahan bersama seorang rakan ketika keluar ke bandar untuk minum di kedai makan.
"Saya kena tangkap dalam kereta berhampiran Seri Iman pada jam 2.30 pagi. Saya tidak tahu-menahu hal rusuhan malam itu tetapi dikatakan terlibat merusuh, membaling batu dan sebagainya," katanya.
Beliau bertanya bagaimana dia hendak baling batu kerana kedua-dua jari tangannya tidak ada kerana kecacatan sejak lahir.
Tembak! Demokrasi Kerajaan Abdullah sudah terdesak
SEKALI pandang apa lagi kalau menerima kenyataan daripada Ketua Polis Terengganu, Ayub Yaakob peristiwa atau tragedi yang berlaku di Batu Buruk malam Sabtu lalu memberi gambaran betapa jahat dan sadisnya puak pembangkang kerana mereka sanggup menyakitkan anggota keselamatan negara.
Sekali lagi kenyataan itu memberi gambaran bahawa parti pembangkang suka bertindak di luar batasan dan melanggar peraturan negara dan tidak peduli biarpun nyawa terancam.
Kejadian itu juga memberi kesan psikologi kepada penyokong parti pembangkang. Bagi mereka yang mudah ditimpa phobia dan lemah semangat mungkin akan berfikir dua kali untuk menghadiri apa-apa majlis anjuran pembangkang di negeri berkenaan.
Mereka bimbang dengan keselamatan diri mereka. Betapa tidak, kalau menghadiri ceramah pun terpaksa menggadai nyawa sedangkan mereka ada anak, isteri atau ibu bapa yang perlu dijaga di mana tanggungjawab kemanusiaan itu tentulah lebih afdal daripada menghadiri ceramah yang berisiko.
Ketiak Kerajaan
Berlainan dengan pihak parti Umno yang berlindung di bawah ketiak kerajaan sangat gembira dan bahagia dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi Umno Terengganu, mereka akan merasakan selepas ini tiada lagi ‘gangguan’ pembangkang. Mereka mengira tentu selepas ini penyokong pembangkang tidak lagi berani untuk menganjurkan apa-apa perhimpunan besar?
Peristiwa dan tragedi itu meninggalkan phobia – rasa takut mendalam kepada mereka!
Sekiranya itu perhitungan Umno, ia silap. Perhitungan itu meleset jauh sama sekali. Bagi mereka (penyokong Pas) yang hadir ke tempat-tempat ceramah atas semangat perjuangan (jihad), peristiwa atau kejutan seperti itu sesekali tidak menggentarkan mereka. Mereka sudah diajar dan berpengalaman berhadapan dengan peristiwa sebegitu, bahkan lebih sadis daripada itu.
Aksi demonstrasi dan juga pukulan cota polis di era reformasi 1998 dulu menjadikan mereka kalih dan ada yang merasa sedap bila dikejar polis dan ketawa terbahak-bahak takkala melihat ada anggota polis FRU yang terjatuh atau rebah ketika mengejar para demonstran.
Apa lagi kalau tragedi itu seperti mana dakwa Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali ia adalah pre-plan oleh pihak Umno yang melibatkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Wan Farid Wan Salleh dengan pihak polis.
Dalam satu kenyataan khas mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut petang tadi, Mustafa memaklumkan ada maklumat yang diterima menunjukkan tragedi itu adalah satu konspirasi di antara Umno Terengganu dengan pihak polis.
“Maklumat yang diterima daripada Abdul Wahid Endut, menyebut bahawa kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu 'huru-hara' akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben,” cerita Mustafa.
Menitis darah
Mungkin di pihak Umno bersorak sakan dengan kejadian itu kerana mereka dapat melihat bagaimana sebuah perhimpunan pembangkang dapat digagalkan oleh pihak polis. Mereka tidak perlu fikir apakah tindakan menggunakan peluru hidup dan sampai menitiskan darah, itu tidak penting, yang penting tragedi itu akan memberi perlindungan kepada mereka (di Terengganu).
Bagaimanapun di samping ia memberi ‘kebahagiaan’ kepada BN, namun ia tetap mendatangkan impak dan implikasi tersendiri kepada BN. Konspirasi itu sebenarnya menyusahkan Umno Terengganu. Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan pemerhati mula membuat analisa apakah sebab musabab maka kejadian itu berlaku.
Kalau sebelum ini umum tidak mudah mempercayai kata-kata pembangkang bahawa akan berlaku satu gelora di Terengganu dalam pilihan raya akan datang, namun dengan meletuskan tragedi itu orang ramai mula membuat analisa sendiri.
Secara ringkas ada dua kesan dan kesimpulan yang boleh dibuat di sebalik kejadian itu.
Pertama, Umno Terengganu sudah takut dengan kebangkitan rakyat akhir-akhir ini yang mempersoalkan kewibawaan kerajaan. Dan kedua, menunjukkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa dan sanggup menggunakan pasukan keselamatan.
Seperti mana yang diperkatakan akhir-akhir ini, rakyat Terengganu sudah mula merasai kurang selesa dengan kerajaan BN pimpinan Idris Jusoh. Setengahnya yang sebelum ini tersihir dengan janji dan dakwaan Umno sehingga tergamak mengenepikan Pas, kini sudah mula insaf dan sedar dan mahu Pas kembali memerintah Terengganu semula.
Keadaan itu ditambah dengan rasa kurang senang terhadap sikap dan gaya kepimpinan Idris Jusoh yang dikatakan bersikap kejam dan zalim kepada rakyat. Tindakan kerajaan Terengganu merampas balik tanah yang diberikan kepada rakyat miskin oleh kerajaan Pas lalu sesuatu yang sangat dikesali dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada Idris Jusoh.
Keburukan itu ditambah lagi dengan sikap Idris Jusoh yang dikatakan telah membahagikan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di kalangan kroninya sahaja serta banyak membawa projek ke Besut.
Legasi
Manakala bagi Abdullah pula beliau sudah pasti mahu BN kekal menguasai Terengganu. Terengganu adalah negeri pembangkang pertama yang berjaya dirampas oleh Abdullah dalam pilihan raya pertama beliau menjadi Perdana Menteri. Kejayaan itu menjadi legasi kepadanya dan ianya harus dipertahankan bagi membuktikan beliau masih popular dan berpengaruh.
Demi itu semua tidak mustahil kalau Abdullah bersedia membenarkan pasukan keselamatan melakukan apa juga tindakan bagi memastikan Terengganu kekal kepada BN pada pilihan raya akan datang. Walaupun ketika tragedi itu Abdullah tidak berada dalam negeri, namun ia tidak memudahkan orang untuk tidak mengaitkan beliau dengan kejadian itu. Lagipun Setiausaha Politiknya Wan Farid ada di Terengganu dan antara orang paling awal mengulas mengenai kejadian itu. Sudah pasti sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, (KKDN) Abdullah perlu tahu dan dimaklumkan tindakan berkenaan.
Hakikat ini tidak boleh ditolak atau ianya suatu andaian mentah saja. Kerana kurang 48 jam selepas kejadian itu, KKDN telah membuat pengumuman perhimpunan atau majlis ceramah politik tidak dibenarkan lagi. Timbalan Menterinya, Johari Baharum berkata KKDN memutuskan tidak akan membenarkan sebarang ceramah awam diadakan di tempat terbuka sebelum pilihan raya diadakan. Katanya, langkah itu untuk mengelakkan berlakunya rusuhan.
Melihat bagaimana tergesa-gesanya kenyataan dan arahan itu dibuat semacamlah tragedi di Batu Buruk itu sebagai sengaja dilakukan untuk dijadikan turning point bagi menutup pintu dan menghalang pembangkang turun menemui rakyat. Serentak itu membenarkan dakwaan pembangkang bahawa tragedi berdarah di Baru Buruk itu adalah satu perancangan.
Yakinlah kalau rakyat sudah bangkit dan rasa marah sudah meledak, halang dan sekatlah dengan apa juga akta ataupun senjata, mereka tetap akan bangkit dan mara. Apabila sudah ke tahap melampau manusia akan hilang perkiraan dan mereka tidak akan hirau lagi apa akan terjadi. Hanya satu penawar sahaja untuk menyekat keadaan ini Kerajaan (Polis) hendaklah bersikap adil, berikan permit dan kebebasan menurut peraturan demokrasi kepada pembangkang.
Nescaya kalau mereka dilayan sesuai kehendak prinsip dan semangat demokrasi, kejadian buruk seperti berlaku di Batu Buruk itu dapat dihindarkan.
Perihal membakar bendera
Bendera adalah panji diri sesebuah negara. Ia juga adalah panji kepada sesuatu bangsa. Maruah dan kehormatan bangsa dan negara itu terletak kepada bendera. Bendera menjadi lambang kepada bangsa dan negara.
Bagaimana pun menghormatinya bukan sampai kepada peringat hukum wajib seperti mana hukum agama, seperti rukun Islam dan rukun Iman. Maknanya kalau tidak menghormati bendera tidak sampai akidah seseorang itu syirik atau kufur. Hukumnya berbeza dengan aksi ataupun perilaku umat Islam yang masuk ke dalam rumah berhala dan menghormati Tokong Buddha.
Bendera hanya sehelai kain yang dicat dengan lambang sesebuah negara itu. Bahan kain itu adakalanya mahal dan ada kalanya lebih murah daripada sehelai stokin budak sekolah Tadika. Namun nilai dan maruahnya sangat mahal.
Oleh sebab itu bendera diletak di bawah atau ada peruntukan undang-undang untuk memelihara dan menghukum orang yang menghinanya. Perbuatan itu boleh disifatkan sebagai tidak patriotik dan cintakan negara dan boleh disifatkan sebagai penderhakaan kepada negara. Mereka yang tidak sayangkan negara tidak berhak untuk berada di negara ini.
Jadi apabila ada orang bakar bendera di Batu Buruk, Kuala Terengganu minggu lalu ia sungguh menyakitkan hati kita semua. Perbuatan itu sebagai satu penghinaan dan tidak bermaruah terhadap bangsa dan negara berdaulat ini. Sesungguhnya perbuatan itu kena dikutuk sekeras-kerasnya. Dan si pelaku berkenaan hendaklah dihukum dengan hukuman setimpal dan seberat-beratnya tidak kira siapa orang itu.
Melainkan yang membakar bendera itu orang gila mungkin dia perlu dilepaskan. Tetapi kalau dia waras, tidak kira siapa dia, dan anak siapa, harus dikenakan tindakan. Kalau ia anggota polis sekalipun, polis tidak perlu melindunginya, atas alasan apa saja termasuk tidak dapat dikesan atau sebagainya.
Kalau dia orang Pas atau Keadilan, Pas dan Keadilan harus mengambil tindakan disiplin kepadanya walaupun perbuatan itu dalam rangka untuk memprotes demi perjuangan parti berkenaan. Memang orang itu bersalah dan tidak boleh dilindungi atas dasar apa sekalipun, kecuali dia adalah seorang yang tidak waras dan sinting.
Hari ini masih kabur siapakah si pelaku itu sebenarnya? Apakah ianya dilakukan oleh orang yang memang atas niat datang ke situ kerana ingin membakar bendera ataupun pembakaran itu suatu provokasi oleh pihak-pihak tertentu (polis?) bagi memburukkan pihak pembangkang?
Apapun kita berharap ia akan selesai tidak lama lagi.
Dalam perihal membakar bendera ini kita juga mengalu-alukan tindakan polis yang berusaha untuk mengesan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang memberi komen melahirkan rasa benci atas apa yang berlaku. Itulah tanda sifat orang yang sayangkan kepada negaranya.
Tetapi di sini ingin saya timbulkan sedikit mengenai peristiwa pembakaran bendera kita di negara lain. Misalnya di Jakarta sudah berapa banyak bendera kita dibakar. Paling baru ialah baru-baru ini ketika timbul isu polis Malaysia pukul jurulatih karate Indoensia di Seremban, Negeri Sembilan (melibatkan polis juga), rakyat Indonesia yang marah dengan kejadian itu telah membakar Jalur Gemilang di Jakarta.
Kenapa orang kita tidak melenting dengan kejadian itu? Tidak ada pun orang kita yang tampil dalam tv atau surat khabar mengutuk kejadian itu. Paling menyedihkan seolah-olah orang kita tidak pun peduli langsung dengan kejadian itu. Pembakaran bendera kita itu tidak pun memedihkan hati kita.
Walhal ketika kejadian itu Menteri Luar Malaysia Syed Hamid Albar berada di Jakarta dan mungkin beliau turut terhidu bau hamis bendera kita dibakar. Tetapi apa yang menteri luar itu lakukan? Beliau dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang juga turut berada di Jakarta hanya memohon maaf kepada rakyat Indoensia atas salah laku polis tetapi tidak pun kata apa atas perbuatan biadab rakyat Indonesia itu.
Kenapa mereka tidak berani mengutuk rakyat Indonesia yang biadab itu?
Berbeza dengan apa yang berlaku di Terengganu itu. Polis bukan main lagi menunjukkan keberangan dan dan belang keberanian mengutuk pembakar bendera itu. Siap dengan gerakan memburu si pelaku itu. Gambar-gambar orang yang disyaki dapat membantunya mengesan si pelaku itu disiarkan dalam akhbar bagaikan penjenayah sekejam pembunuh Altantuya!
Apakah rakyat kita bacul dan penakut untuk berhadapan dengan rakyat Indoensia? Kita hanya berani dengan anak buah – rakyat kita sendiri saja? Mungkin benarlah juga 'sabda' Sanusi Junid yang Melayu hari ini sudah penakut dan bacul!
Sepatutnya kalau kita benar patriotik, kita kutuk apa yang berlaku di Indonesia itu. Kita kecam kalaupun tidak sampai kita membalas dendam membakar bendera merah putihnya. Jangan kita hanya berani di kampong sendiri saja tetapi kecut perut bila berhadapan dengan orang lain.
Dalam hal ini nampak sangat polis kita bertindak double standard. Kalau dengan Melayu - sesama sendiri mereka berani tetapi kalau dengan orang lain, tidak usah kira rakyat Indonesia dengan penternak babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah Melaka pun mereka takut.
Nampaknya sikap polis ini sudah mewarisi sikap para atlit kita. Mereka berani dan menunjukkan hebat di gelanggang sendiri saja, tetapi kalau di luar mereka konyol dan kecut perut dan kalah roma!
Begitu juga dengan media arus perdana. Mereka tidak sepatutnya menonjolkan akan kejadian di Terengganu itu saja tetapi lebih elok kalau mereka minta komen orang ramai mengutuk apa yang berlaku di Jakarta tempoh hari. Kenapa tidak berani?
Hendaknya kita janganlah hanya berani kalau sesama sendiri dan menikus dan ngerekuk macam ulat gonggok kalau dengan orang lain. Berani sesama sendiri tidak ada gunanya bahkan orang akan mengatakan kita bodoh.
Kita harus berani dengan orang luar yang jelas cuba mempermian-main dan merendahkan martabat kita. Sikap double standard ini adalah sifat hipokrit terhadap bangsanya sendiri yang tidak perlu diwarisi.
Wakil Raja-Raja Melayu sambut baik kunjungan PAS
PAS memohon kepada Raja-Raja Melayu supaya menubuhkan segera Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat secara telus dan terbuka terhadap insiden berdarah di Batu Buruk, Terengganu, 8 September lepas.
Rombongan PAS diketuai Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa diiringi Ketua Dewan Pemuda, Salahudin Ayub, Setiausaha Agung, Datuk Kamarudin Jaffar dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, berkunjung ke Istana Negara petang tadi.
Dalam memo tersebut PAS memohon suruhanjaya menyiasat secara bebas dan telus serta menghukum sesiapa yang bersalah dengan hukuman setimpal.
PAS juga memohon titah DiRaja agar kerajaan mengadakan perbincangan dan perundingan segera dengan PAS bagi menyelesaikan kekeruhan dari insiden tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Menurut Ustaz Nasharudin, PAS tidak akan berdiam diri dan akan terus membuat desakan sehingga kes terbabit disiasat oleh suruhanjaya.
Memo diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah yang ditemani penolong setiausaha Datuk Sabtu Awab. Pertemuan berlangsung selama setengah jam.
PAS ada bukti video
Dalam sidang media kemudiannya, Nasarudin memberitahu PAS mempunyai bukti rakaman video seorang anggota polis berpakaian preman berjalan ke arah orang ramai, sambil memegang pistol, semasa insiden rusuhan tersebut.
Beliau berkata, rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki sedang keluar dari kedai makan sambil memegang pistol ke arah orang ramai.
"Rakaman tersebut dibuat semasa kejadian rusuhan dan kita akan mengedarkannya tidak lama lagi," katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata, PAS tetap percaya satu konspirasi telah dirancang untuk menimbulkan rusuhan pada malam tersebut.
Katanya, yang menghairankan ialah mengapa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menangkap orang yang membakar bendera Malaysia walaupun mereka berada berhampiran.
Syed Azman pula mempertikaikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakub yang tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut.
"Sekali kata anggota polis yang melepaskan tembakan itu adalah dari FRU, kemudian kata Pasukan Gerak Am (PGA). Saya percaya beliau hendak menyorok kejadian sebenar," katanya.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Insiden Batu Buruk - Harapan besar PAS terhadap wibawa Raja-Raja
PAS memberi pengharapan besar kepada Majlis Raja-raja yang merupakan institusi yang paling tinggi dalam negara ini, untuk membentuk Suruhanjaya di Raja bagi mengkaji dan membuktikan siapa dalang yang mencetuskan kekecohan di Batu Buruk tempoh hari.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam pertemuan dengan media selepas menghantar Memorandum kepada Majlis Raja-raja, meminta institusi tertinggi itu memberi respons atas permohonannya untuk mendesak mereka yang terlibat dalam insiden itu tampil ke hadapan.
"Bagaimanapun kita serahkan memorandum ini kepada Majlis Raja-raja untuk menentukan tindakan seterusnya sama ada mereka membincangkan atau tidak kita serah kepada raja-raja," katanya.
Antara intipati penting dalam memoradum itu, PAS turut menjelaskan insiden yang berlaku pada 8 September lalu termasuklah penggunaan peluru hidup oleh pihak keselamatan serta kenyataan yang berbeza-beza daripada Ketua Polis Negeri.
Di samping itu, Nasarudin turut memberitahu mereka mempunyai bukti rakaman video seorang anggota polis berpakaian preman berjalan ke arah orang ramai, sambil memegang pistol, semasa insiden rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Rakaman itu, katanya menunjukkan seorang lelaki sedang keluar dari kedai makan sambil memegang pistol ke arah orang ramai.
"Rakaman itu diambil ketika rusuhan pada malam itu, dan kami dapat rakaman itu pada malam itu juga, kita akan dedahkan kemudian. Kita ada sebab mengapa tidak didedahkan sekarang," katanya.
Nasharuddin menyerahkan memorandum tersebut kepada Penyimpan Besar Majlis Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang juga Setiausaha Majlis Raja-Raja, di pejabatnya di ibu negara kira-kira jam 4 petang semalam
Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Ahmad Nawawi.
Sementara itu Kamarudin berkata, sepatutnya pihak polis boleh menangkap dan mendakwa anggotanya sendiri yang terbukti menembak orang awam.
"Anggota yang terbabit tidak memakai uniform polis, pegawai polis FRU atau PGA tidak ada hak untuk berkhidmat tanpa pakai uniform kecuali dia SB atau detektif, anggota itu terbukti telah menembak orang sepatutnya pihak polis sendiri terus menahan dan mengenakan pendakwaan kepada beliau," katanya.
Bagaimanapun, Salahudin menyatakan kekesalanya kerana sehingga hari ini mereka yang membakar bendera tidak boleh dikesan oleh polis sedangkan polis yang begitu cekap tetapi tidak dapat menangkap siapa yang membakar bendera itu.
"Kalau dilihat pada foto itu orang berkenaan membakar bendera di depan FRU, kenapa FRU tak tangkap mereka, kita percaya bahawa memang apa yang berlaku adalah satu konspirasi yang dirancang untuk menimbulkan rusuhan pada malam itu,"tegas beliau.
Beliau juga bertegas, PAS bertanggungjawab terhadap insiden itu dan adalah tidak benar sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan termasuklah Abdullah Badawi sendiri.
"Kami tidak lari dari isu ini, kami tampil dengan 'gentleman' dalam hal ini dan menyerahkan memo kepada Suhakam, dan bawa usul ke parlimen, serta kepada raja-raja, kita 'gentlemen',".
"Yang lari daripada kenyataan adalah inspektor polis, tidak memberikan satu kenyataan kenapa peluru hidup digunakan untuk menyuraikan yang kononya perhimpunan itu adalah haram," jelas beliau.
Syed Azman mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayub Yaakub yang berubah-ubah berhubung indentiti penembak daripada seorang bernama Azmi kepada Wan aziz Aziz daripada FRU kepada PGA.
"Percanggahan kenyataan Ketua Polis Terengganu yang kita anggap ianya penting menjadi tidak profesional apabila kenyataan berubah-ubah, bagi kita ini menggambarkan beliau hendak menyorok sesuatu yang berlaku di Batu Buruk tempoh hari," katanya.
Antara intipati Memorandum
Penyerahan memorandum ke Majlis Raja-Raja Melayu, Malaysia.
Parti Islam Se Malaysia, PAS hari ini menyerahkan Memorandum ke Majlis Raja-raja Melayu Malaysia melalui Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu berkenaan Tragedi di Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu yang berlaku pada hari Sabtu 8 September yang lalu.
Pada Kejadian tersebut pihak polis telah tidak memberikan permit polis kepada Gabungan Pilihan raya Bersih & Adil atau BERSIH (yang mana PAS merupakan salah suatu anggotanya) untuk mengadakan majlis penerangan, walaupun ianya dijadual diadakan di premis persendirian milik seorang ahli PAS.
Pihak polis telah bertindak ganas apabila melepaskan pancutan air dan gas pemedih mata ke arah orang-ramai yang berkumpul secara aman untuk menuju ke tapak ceramah dalam keadaan tidak tahu yang majlis tersebut telah dibatalkan atas kehendak pihak polis.
Dan apa yang sangat PAS kesali adalah apabila seorang anggota polis telah melepaskan tembakan peluru hidup dari senjata apinya ke arah orang awam sehingga mencederakan dua orang iaitu Suwandi Abdul Ghani 37 yang terkena peluru sehingga menembusi paru-parunya dan Muhamad Azman Aziz 21 yang terkena di bahu dan leher.
Tindakan melepaskan tembakan peluru hidup seumpama ini ke arah orang awam yang berhimpun secara aman tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, dan ini merupakan insiden yang pertama.
Lalu kerana yakin dan terdorong oleh titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah bahawa peranan Raja-raja Melayu adalah umpama pendukung keadilan, pengawal keamanan dan penyelesai pertikaian maka PAS mengambil kesempatan mengadap sembah memohon campurtangan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dan Tuanku-tuanku Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu agar:
1) Segera membentuk sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat tragedi ini secara bebas dan telus dan menghukum dengan hukuman setimpal siapa sahaja yang didapati bersalah.
2) Menitahkan agar pihak kerajaan segera duduk berbincang dan berunding dengan pihak PAS demi agama, bangsa dan negara bagi menyelesaikan kekeruhan yang berpunca dari insiden malang ini.
PAS mendoakan agar Raja-raja Melayu yang sentiasa prihatin dan mengambil-berat soal dan kebajikan rakyat akan memberikan respon yang positif terhadap memorandum ini.
PAS tidak akan berdiam diri dan terus membuat desakkan sehingga kes ini disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Di Raja. Sebelum ini PAS telah pun menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia atau SUHAKAM mengenai perkara yang sama.
19 September 2007
Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS
37 more sought over Batu Burok riots
KUALA TERENGGANU: Police are looking for 37 more people who were at the scene of the Batu Burok riot on Sept 8.and have released pictures of them.
State Deputy CID chief Supt Khairi Ahrasa said the individuals should come forward to assist in the investigations.
“We have details of all 37 but we are giving them a grace period to voluntarily come forward to record statements or else we will be knocking on their doors,” he said here, Monday.
Supt Khairi said probe into the riot was almost complete, adding that investigations were being continued under Section 27(5) of the Police Act to fully conclude the issue.
He also asked eight individuals whose pictures appeared in the media recently, to immediately contact the police headquarters.
“We believe that the issue of burning Jalur Gemilang could a be solved when the eight have been interrogated.
Supt Khairi said so far only one of those sought to help in the police probe has surrendered.
He said d the 16-years-old student who gave himself up on Sunday after his picture appeared in the media, has been released on police bail, Monday.
He said police recorded the statement of the student of a religious school here and granted a police bail after found that his involvement in the riot was minimal.
Suhakam completes 'bloody' ceramah probe
Sep 20, 07 -- The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) today wrapped up its fact-finding mission into the riot which rocked Kuala Terengganu on Sept 8.
The five-member team interviewed police personnel and members of opposition parties during the two-day mission led by Suhakam commissioner N Siva Subramaniam.
Among those interviewed were gunshot victim Suwandi Abdul Ghani and the police constable who discharged his firearm. The second gunshot victim, Muhamad Azman Aziz, was not interviewed.
The team will finalise their findings tomorrow. The commission will meet on Oct 8 to decide on a public inquiry.
The fact-finding mission is to determine if the police had violated human rights in their handling of the situation. Seven people were injured in the riot that resulted in over RM1 million in property damage.
Yesterday, Suhakam officers interviewed over 30 PAS and PKR members, according to Siva when contacted today.
Over 20 police officers and Federal Reserve Unit personnel were also interviewed this morning. Suhakam also spoke to Terengganu police chief SAC I Ayub Yaakob.
Lips still swollen
Also interviewed were four injured police personnel and the constable who discharged his weapon.
“After our discussion with the police chief (Ayub), we recommend further medical treatment for the constable. He (the constable) is on duty, but we see that his lips are still swollen,” Siva said.
This afternoon, Suhakam also met with Batu Burok assemblyperson Wan Mutalib Embong, Wakaf Mempelam assemblyperson Abdul Wahid Endut and other local PAS leaders.
“We have discovered a few things, which will be brought forward during the commission’s monthly meeting next month,” said Siva.
Siva said the findings will not be made public until then.
The fact-finding mission is a follow-up to a memorandum submitted by election watchdog Coalition for Free and Fair Election (Bersih).
On Saturday, clashes broke out in Pantai Batu Buruk when the police refused to grant a permit for a public forum organised by Bersih.
Police have described the shooting as self-defence while the opposition said the act was unprovoked.
Khamis, 2007 September 20
Peluru hidup: "PAS akan saman polis" Husam
KOTA BHARU: PAS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan orang ramai dan juga menghalang parti itu daripada mengadakan perhimpunan di premis awam.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata “Peguam-peguam kita sedang siapkan dokumen untuk tindakan itu,” katanya.
Dalam nada tegas Husam menjelaskan PAS menolak tindakan ganas dan merusuh seperti yang berlaku di Batu Buruk, Terengganu baru-baru ini.
“Ia perkara baru di negara kita. Sebelum ini, tidak pernah berlaku kejadian yang tidak diingini dalam setiap ceramah PAS,” katanya.
Dalam kejadian 8 September lalu puluhan orang ramai cedera selepas berlaku pertembungan dengan pasukan FRU. Dua penyokong PAS terkena tembakan peluru hidup dalam kejadian tersebut. klpos, bernama
Tragedi tembak cemarkan perayaan kemerdekaan – Nik Aziz
KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Tragedi dua pemuda ditembak anggota polis di Batu Buruk 8 September lalu dianggap mencemarkan perayaan kemerdekaan kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah beliau berkata, tindakan polis menghalang perhimpunan awam di Batu Buruk, merupakan percubaan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) memperalatkan polis.
"Apa yang dukacitanya kejadian itu berlaku dalam musim perayaan kemerdekaan. Ini bermakna kebebasan rakyat untuk mendapat maklumat telah disekat.
“Sedangkan rakyat berhak mendapatkan maklumat isu semasa yang berlaku melalui program-program ceramah. Pembangkang hanya ada medium itu sahaja bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat,” katanya selepas menziarahi mangsa tembakan polis, Suwaidi Abdul Ghani, 37 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini.
Kunjungan Menteri Besar disambut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali yang turut hadir menziarahi mangsa.
Pada kejadian malam 8 September itu seorang anggota polis dilapor melepaskan tembakan sehingga terkena dua pemuda dan menerobos badan mereka. Seorang terkena di bahagian leher, manakala Aswandi pula menembusi bahagian dada di sebelah kanan.
Akibat kecederaan parah, Aswandi terpaksa dikejar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu ke HUSM di Kubang Kerian bagi menjalani pembedahan mengeluarkan peluru.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan keras polis menembak menggunakan peluru hidup bagi menghalang rakyat daripada mendapat maklumat dianggap tidak bertamadun dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurutnya juga rusuhan itu boleh dielak sekiranya pasukan keselamatan faham kehadiran orang ramai pada satu-satu perhimpunan untuk mendapatkan maklumat. - mj
Mustafa ada bukti SU Politik PM rancang rusuhan
KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali bersedia untuk mendedahkan penglibatan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh berhubung insiden yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September lalu.
Tegasnya, beliau mempunyai bukti penglibatan Wan Ahmad Farid dalam kejadian yang mengakibatkan dua pemuda, seorang daripadanya parah dimasukkan ke hospital kerana terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh anggota polis.
Tambahnya, ini kerana rusuhan yang berlaku itu adalah perancangan daripada pemimpin Umno dan antara yang terlibat ialah Wan Farid.
Bagaimanapun, katanya penjelasan itu boleh dilakukan apabila diminta oleh suruhanjaya diraja yang perlu ditubuhkan bagi menyiasat insiden anggota polis melepaskan tembakan tehadap pemuda berkenaan.
Tambahnya, suruhanjaya diraja itu perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut dan mendapatkan gambaran sebenar.
“Saya sedia beri keterangan apabila Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS negeri, di sini, Rabu lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanifa Maidin. Beliau merujuk kepada Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat kes mata lebam yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.
Sementara itu, media menonjolkan hanya Wan Ahmad Farid sahaja yang melawat anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Husin yang cedera di tangan ketika rusuhan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang Ahad lalu.
Beliau menyampaikan salam daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, kejadian itu boleh dielakkan jika pihak terbabit menghormati undang-undang dan mengikut arahan polis supaya bersurai.
Mustafa pula menambah, kenyataan Abdullah yang menyebut bahawa rusuhan itu adalah dirancang untuk menimbulkan kekacauan menjelaskan lagi bahawa ia sememangnya dirancang oleh pemimpin Umno yang memperalatkan polis. - mns
Batu Burok: Pemimpin BN makin terdesak
KUALA TERENGGANU, 19 Sept (Hrkh) – Pemimpin Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri semakin terdesak apabila terpaksa mengadakan siri penjelasan mengenai insiden Batu Burok yang berlaku pada 8 September lalu.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Beberapa siri penjelasan telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman selepas kejadian itu di mana taklimat mengenai kejadian itu disampaikan oleh pihak polis.
Pada kira-kira jam 2.00 petang ini, penjelasan itu melibatkan pengetua, guru besar, guru penolong kanan 1, guru penolong kanan (hal ehwal murid) dan guru penolong kanan (kokurikulum) daripada beberapa sekolah menengah dan rendah yang terpilih.
Mereka adalah daripada tujuh buah sekolah menengah yang dipilih dari setiap daerah kecuali 14 di Kuala Terengganu manakala enam sekolah rendah setiap daerah melainkan 12 buah di Kuala Terengganu.
Pejabat Pelajaran negeri di dalam suratnya P.T. 09013-01/12(30) yang ditandatangani pengarahnya, Arifin Embong mengarahkan mereka hadir pada majlis penjelasan yang diadakan itu.
Sebelum ini, penjelasan yang diadakan secara berasingan itu melibatkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta golongan belia. - mks.
Tragedi Batu Buruk - PAS mohon Raja-Raja Melayu campur tangan
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Hrkh) - PAS memohon kepada Raja-Raja Melayu supaya menubuhkan segera Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat secara telus dan terbuka terhadap insiden berdarah di Batu Buruk, Terengganu, 8 September lepas.
Rombongan PAS diketuai Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa diiringi Ketua Dewan Pemuda, Salahudin Ayub, Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, berkunjung ke Istana Negara petang tadi.
Dalam memo tersebut PAS memohon suruhanjaya menyiasat secara bebas dan telus serta menghukum sesiapa yang bersalah dengan hukuman setimpal.
PAS juga memohon titah DiRaja agar kerajaan mengadakan perbincangan dan perundingan segera dengan PAS bagi menyelesaikan kekeruhan dari insiden tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Menurut Ustaz Nasharudin, PAS tidak akan berdiam diri dan akan terus membuat desakan sehingga kes terbabit disiasat oleh suruhanjaya.
Memo diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah yang ditemani penolong setiausaha Dato' Sabtu Awab.
Pertemuan berlangsung selama setengah jam. - mr
Polis T'ganu akan lancar gerakan buru perusuh 8 Sept
Polis memburu 46 lelaki yang terbabit dalam rusuhan tersebut, dengan menyiarkan gambar mereka di media massa. Polis memberi mereka tempoh sehingga sebelum Jumaat ini untuk menyerah diri.
Dua daripadanya telah menyerahkan diri Ahad lalu dan pagi ini, demikian menurut laporan Bernama.
"Jadi saya minta mereka yang dikehendaki ini menyerah diri sebelum polis mengambil tindakan," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I Negeri Terengganu, Supt Khairi Ahrasa.
Beliau berkata mereka telah diberi masa yang mencukupi untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
"Selepas Jumaat ini, polis akan menyerbu rumah mereka pada bila-bila, masa tidak kira siang atau malam, kerana kita mempunyai maklumat di mana mereka berada," kata Supt Khairi.
Dalam kejadian rusuhan tersebut, lebih 600 orang dipercayai pengikut parti pembangkang bertindak agresif dengan membaling objek termasuk besi, kayu, botol kaca dan bom molotov ke arah polis setelah diarahkan bersurai daripada menghadiri satu ceramah di di Jalan Sultan Mahmud.
Soalsiasat
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada keengganan pihak polis untuk memberi permit bagi ceramah anjuran badan pemantau pilihanraya, Bersih, iaitu gabungan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang.
Khairi berkata, sehingga kini hanya dua individu yang tampil menyerah diri setelah gambar kesemua individu yang dikehendaki itu disiarkan di media massa.
"Seorang peniaga ayam di Pasar Payang yang berumur 50 tahun menyerah diri di IPD Kuala Terengganu pada jam 11.20 pagi tadi," katanya.
Menurutnya, peniaga dari Kedai Buluh dekat Kuala Terengganu itu akan disoal siasat berhubung penglibatannya dalam rusuhan tersebut dan akan dihadap ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan reman jika perlu.
Ahad lalu seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah Sekolah Menengah Agama swasta di Kampung Binjai Bongkok, Marang turut menyerah diri.
Pelajar berusia 16 tahun itu dari Kampung Tok Dir yang terletak dekat bandar Kuala Terengganu, telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil daripadanya.
Khairi berkata, sejak gambar individu-individu tersebut disiarkan, polis telah menerima banyak maklumat daripada orang ramai mengenai tempat tinggal serta butiran peribadi mereka yang dikehendaki itu.
PAS minta Majlis Raja-Raja tubuh suruhanjaya siasat rusuhan
Sep 19, 07 -- PAS mempunyai bukti rakaman video seorang anggota polis berpakaian preman berjalan ke arah orang ramai, sambil memegang pistol, semasa insiden rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 8 September lalu, kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa.
Beliau berkata, rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki sedang keluar dari kedai makan sambil memegang pistol ke arah orang ramai.
"Rakaman tersebut dibuat semasa kejadian rusuhan dan kita akan mengedarkannya tidak lama lagi," katanya selepas menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja, meminta supay ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden tersebut.
Nasharuddin menyerahkan memorandum tersebut kepada Penyimpan Besar Majlis Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang juga Setiausaha Majlis Raja-Raja, di pejabatnya di ibu negara kira-kira jam 4 petang tadi.
Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Ahmad Nawawi.
Nasharudin berkata, dalam memorandum tersebut, PAS antara lain, meminta Majlis Raja-Raja menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat kejadian tersebut.
Tidak konsisten
"Menitahkan kerajaan segera duduk berbincang dengan PAS demi agama, bangsa dan negara bagi menyelesaikan kekeruhan yang berpunca dari insiden tersebut," katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata, PAS tetap percaya satu konspirasi telah dirancang untuk menimbulkan rusuhan pada malam tersebut.
Katanya, yang menghairankan ialah mengapa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menangkap orang yang membakar bendera Malaysia walaupun mereka berada berhampiran.
Syed Azman pula mempertikaikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakub yang tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut.
"Sekali kata anggota polis yang melepaskan tembakan itu adalah dari FRU, kemudian kata Pasukan Gerak Am (PGA). Saya percaya beliau hendak menyorok kejadian sebenar," katanya.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
House owner: Ceramah is all we have
Sep 19, 07 -- The police had acted unfairly in preventing the opposition from using its sole means of communication - ceramah or public forums.
“The government have their television, radio and newspapers. What do we have?” asked PAS veteran Ahmad Salleh. “Ceramah is our only means of communicating with the people.”
Ahmad owns the house where the Sept 8 ceramah in Batu Buruk, Kuala Terengganu, was supposed to be held.
The police had rejected an application for a permit to hold the ceramah organised by the opposition-backed election watchdog Bersih.
That night, the police clashed with hundreds of people, leaving several, including policemen injured. Two men also suffered gunshot wounds when a policeman discharged his firearm.
While the police and government have blamed the opposition for the bloody incident, the latter claimed that Umno had planned the whole thing.
No problems in the past
The police had stated that the permit was rejected because the proposed venue, which is a popular tourist spot, was deemed ‘not suitable’.
However, Ahmad disagreed with this.
Met at his residence last week, the 77-year-old businessman said the opposition have organised numerous ceramah over the past decade at the same place without problems.
“My house has always been used to host such gatherings. The police never stopped us. There were no problems or bad incidents,” he said.
“We are near the sea, where thousands more can sit by the beach. The residents have never complained,” he said, adding that the biggest gathering drew a crowd of some100,000 in 1999.
Ahmad’s two story bungalow is located adjacent to the beach and faces a field that can accommodate at least 2,000 people.
On the day of the clash, a stage was constructed by members of Bersih. Five speakers, mainly opposition leaders, were slated to speak at the ceramah which was to focus on the 2008 national budget, the recently released Auditor General’s Report and the Altantuya Shaariibuu murder trial.
Ahmad said his house is frequently used by opposition leaders, including PAS president and former Terengganu menteri besar Abdul Hadi Awang, PAS spiritual leader and Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat, PKR de-facto leader Anwar Ibrahim and the late PAS president Fadzil Noor.
“The leaders who come to my house, leave as soon as the talk ends. There have been no traffic jam problems,” he said, referring to the police’s argument that the organisers for the Sept 8 ceramah did not specify how they intended to control the traffic and crowd in the area.
Ahmad said PAS members have always assisted in controlling traffic during such events. “They would also clear up the rubbish as soon as the gathering is over,” he added.
Apart from this, he pointed out that the locals have never complained about the events being a nuisance.
On the claim that the ceramah would affect tourism in the area, the PAS veteran laughed and replied: “There was nobody on the beach (on that day).”
“During the Pesta Terengganu (organised by the state government), there was a lot of noise near our houses, but nobody complained,” he added.
Looking for excuses
Ahmad was convinced that the police were deliberately looking for ‘flimsy’ excuses to cancel the ceramah.
On Saturday afternoon, he said two police officers had come to his house to inform him that the ceramah cannot be held. The police then returned with workers from the Kuala Terengganu Municipal Council to dismantle the main stage.
Around 10.30pm, Ahmad said two slated speakers, PAS Terengganu commissioner Mustafa Ali and Wakaf Mempelam state assemblyperson Abdul Wahid Endut, came to his house and told him that the ceramah had been called off.
“They also told me that there were more than 200 policeman manning roadblocks along the main road (Jalan Sultan Mahmud).
“I didn’t know what happened outside because I was in the house until midnight. That was when the speakers left,” he recalled, adding that he was saddened to learn of the shooting incident later.
The police claimed that the general duty policeman had fired four shots in self defence when he was assaulted by an angry mob. However, an eyewitness provided a different version.
Meanwhile, PKR Dungun division chief Razali Alias, when met in Dungun, claimed that a plain clothes policemen had whipped out his pistol and threatened to use it at a roadblock near Ahmad’s house.
“The policeman was very aggressive. He pulled out his gun, waved it and was shouting. He was angry because some people were pulling at his shirt,” he said.
In a related development, the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) will begin its two-day fact-finding mission into the clash tomorrow, and not today as announced.
Contacted today, Suhakam commissioner N Siva Subramaniam said he will lead a five-member team to interview Terengganu police chief Ayub Yaakob, other policemen, PAS members and the constable who discharged his firearm.
Suhakam will also attempt to speak to the gunshot victims, Suwandi Abdul Ghani and Muhamad Azman Aziz, who are currently under remand for attempted murder.
Rabu, 2007 September 19
Hadi: PAS dimaklumkan lebih awal mengenai rusuhan 8 Sept
Sep 18, 07 -- Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mudah mendapatkan maklumat terkini mengenai sesuatu kejadian kerana ia mempunyai ahli dan penyokong di semua agensi kerajaan, termasuk di kalangan anggota dan pegawai di Bukit Aman serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Oleh kerana itulah, bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, PAS telah mengetahui lebih awal mengenai perancangan kejadian rusuhan di Pantai Baru Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, selepas dimaklumkan oleh 'orang-orangnya' yang bertugas dengan pasukan keselamatan.
"Kita telah mendapat maklumat lebih awal bahawa akan berlaku provokasi awam di tempat ceramah anjuran Bersih di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud itu pada malam 8 September itu.
"PAS juga tahu siapakah yang campurtangan supaya polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan ceramah tersebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, Marang, minggu lalu.
Haji Hadi memberitahu malaysiakini demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan tersebut setelah polis tidak mengeluarkan permit program untuk mengadakan ceramah anjuran badan pemantau pilihanraya - Bersih yang merupakan gabungan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Presiden PAS itu berkata, kakitangan kerajaan termasuk anggota polis yang menyokong PAS telah dinasihatkan menjalankan tugas dengan betul dan tidak terlibat dengan rasuah.
Ada maruah
Bagaimanapun, Abdul Hadi memberi jaminan, PAS tidak akan bertindak di luar undang-undang walaupun penyokong dan ahli parti itu menjadi mangsa tindakan polis.
Katanya, ahli PAS tidak boleh ditundukkan dengan kekerasan, termasuk peluru, kerana mereka juga ada maruah.
"Saya juga ingin menasihatkan pihak polis supaya tidak hanya memilih ahli PAS sebagai sasaran kerana ia boleh menimbulkan kemarahan mereka.
"Selagi jalan demokrasi ada, PAS akan terus mengikut landasan demokrasi walaupun Umno mahu mematikan demokrasi kerana parti itu mahu terus berkuasa," katanya.
Di samping itu kata Abdul Hadi, tidak sepatutnya wujud pertentangan antara PAS dengan pihak polis memandangkan hubungan antara kedua belah pihak adalah baik.
PAS Terengganu, katanya, pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub dalam suasana yang mesra.
Bagi menjernihkan hubungan antara kedua-dua pihak, Abdul Hadi berkata, PAS sanggup bertemu dan mengadakan perbincangan dengan pasukan polis.
"Tetapi polis perlu menjalankan tugas dengan profesional dan jangan dipengaruhi oleh emosi politik," katanya.
AI: Investigate SB role in Batu Buruk riot
Sep 18, 07 -- The ambiguity surrounding the exact function of the police Special Branch (SB) unit raises the question as to whether they should be deployed for crowd dispersal purposes, said human rights watchdog Amnesty International (AI).
In a statement today, campaign co-ordinator K Shan said investigations into the riot last Saturday in Batu Buruk, Terengganu, must also uncover any role that plainclothes SB personnel may have played.
“The question is: Was the SB part of the crowd-control squad in Batu Buruk? If they were, why weren’t they in uniform and adequately equipped to handle the situation. Why were they carrying a lethal weapon?” he asked.
A plainclothes police officer shot two PAS supporters after being allegedly set upon by a mob. Police have claimed that the policeman was a general duties officer and that he fired the gun in self-defence.
But opposition parties and ceramah organisers deny this, alleging that police were trigger-happy and that the riots were sparked by agent provocateurs aligned to Umno.
Shan said the role of the SB and its wide powers could result in provoking disorder in a public assembly, including leading to forceful random arrests.
“How do the police expect civilians to react to such actions by an individual who is not in uniform? Obviously civilians would resist and there will be tension,” he said.
Shan said similar situations were observed during public gatherings in the Kesas Highway incident in 2001 and on 'Bloody Sunday' last year, when scores of protestors were arrested by plainclothes police personal. Some protestors sustained injuries.
The Human Rights Commission of Malaysia open inquiry into the Kesas Highway incident concluded that it was possible that the police had instigated violence in an otherwise peaceful assembly.
Functions not defined
Shan said the Batu Buruk incident reinforces the need for the implementation of Recommendation 11 of the Royal Police Commissions Report 2005.
The commission had recommended that the functions of the SB should be spelt out in law, such as through amendments to the Police Act 1947, which presently only defines the SB as a ‘security intelligence’ unit.
“At the moment there appears to be no legal provisions dealing with the functions, powers and duties of the (SB),” said the commission in its report.
At the time, the commission said the SB “appeared” to be governed by a charter issued by the prime minister after independence in 1957, to which the commission has had no access.
As such, Shan said the SB appears to be operating in a legal vacuum and that its functions seem to overlap in operations ranging from investigations to licensing. Its ‘security intelligence’ functions are not spelt out in law.
“It is worrying that there are no laws to hold the SB accountable. The word ‘security’ is not defined and could be interpreted for political purposes. Hence, the motives and intervention in the Batu Buruk context are highly questionable,” he added.
SPECIAL REPORT: The anatomy of a riot
Eight hours of the Batu Buruk riot
Sep 18, 07 -- Ten days ago, Terengganu experienced its worst case of rioting. It has led to conflicting reports and accusations of provocation being exchanged.
The government has blamed the opposition for instigating the incident, while PAS has accused Umno of working in cahoots with the police.
Malaysiakini reconstructs the incident in this timeline, based on a visit to the state, interviews with eyewitnesses, opposition party members and the police.
CHRONOLOGY
End August
The Coalition for Free and Fair Election (Bersih) applies for a police permit to hold a ceramah (public talk) adjacent to Pantai Batu Buruk in Kuala Terengganu. PAS is to host the ceramah.
Thursday, Sept 6
Police reject the application on grounds that the organisers did not provide solutions for traffic and security issues.
Saturday, Sept 8
The organisers build a stage in front of the house of PAS member Ahmad Salleh (right) - it faces a field that can accommodate some 2,000 people, as thousands are expected to attend.
The event is to begin at 9pm.
At 5pm, police begin setting up several roadblocks in the vicinity and order that the stage be dismantled. They also question Bersih members.
At 5.30pm, police dismantle the stage. Residents heading to Masjid Batu Buruk - on Jalan Sultan Mahmud - for asar (evening) prayers were stopped, according to PKR news organ Suara Keadilan.
At 6pm, Terengganu police chief Ayub Yaakob says PAS representatives had failed to turn up at contingent headquarters to negotiate moving the venue to the nearby town of Rusila. In an interview with Malaysiakini later, Ayub says he had waited for two hours.
From 6pm, PAS and PKR members begin to gather at the Jalan Sultan Mahmud roadblock, unsure if the ceramah will be held but expecting last-minute negotiations to be held, according to eyewitnesses and opposition party members interviewed.
By 8pm, the crowd swells along Jalan Sultan Mahmud. Police issue the first warning for them to disperse - despite four more warnings, people continue to gather near the mosque.
At 8.45pm, the final warning is issued together with a threat of arrests. The police move in. The crowd responds by pelting police personnel with stones and small rocks. The police and PAS later blame one another for starting the riot.
At 9.40pm, invited speakers begin arriving at a nearby restaurant, Warong Pak Maidin, at the roadblock near the food court. They are PAS Terengganu commisioner Mustafa Ali, Bersih representative Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, PKR treasurer Khalid Ibrahim, DAP representative Leong Ngah Ngah and Teras Pengupayaan Melayu (Teras) representative Azmi Hamid.
Police refuse to let them past the roadblock. A plainclothes officer drew out his firearm when ordering organisers to co-operate, according to Suara Keadilan and eyewitnesses.
However, police later allow the speakers to go to Ahmad’s house. While Mustafa claims that last-minute negotiations were held to allow the ceramah, Ayub says there was no such deal because the gathering was unlawful.
By 10pm, more civilians - some reports put the number between 600 and 2,000 - gather near the mosque. At least 300 FRU personnel are at the scene, while crowd unruliness grows, according to the police.
About 10.30pm, the FRU launch tear gas into the crowd, while water cannon are used to disperse those gathered between an Esso station and the mosque.
The first arrest was made in front of the petrol station. The use of tear gas and water cannon continues well past midnight as rioters continue throwing objects at the police.
At 11.45pm, a general duty police constable allegedly shoots PAS members Suwandi Abdul Ghani (left), 37, and Muhamad Azman Aziz, 21, near Permai Inn Hotel. In all, four shots are fired.
Police later say the constable was acting in self-defence after being surrounded and assaulted by 20 people. An eyewitness claims, though that the constable had fired over his shoulder while running away from rioters.
By 12.30am, at least 13 arrests have been made. The riot has petered out. Police begin withdrawing about 1am, taking an hour to leave the scene.
Sunday, Sept 9
By now, 23 arrests have been made, with 17 people being released on police bail during the day.
Since the incident
* Several news organisations have said that their reporters and photographers had been barred from entering the scene of the riot. There were claims that cameras had been confiscated.
* Ayub has denied that the police took photos of people burning the national flag and supplied these to Bernama news agency; he has further denied that police had taken away cameras from press photographers.
* A directive has gone out to identify those responsible for burning the Malaysian flag. The state government has estimated a loss of more than RM1 million because of damage to vehicles, flower pots, plants, street lights, traffic lights and public signage.
Wednesday, Sept 13
The Human Rights Commission (Suhakam) says it will hold a fact-finding mission from Sept 19 to interview those injured and eyewitnesses, to get a clearer picture of what transpired that night.
Shooting at election talk, can the real media please stand up?
27C Jalan Sarikei, off Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03 4023 0772
Fax: 03 4023 0769
Shooting at election talk, can the real media please stand up?
Two people, Suwandi Abdul Ghani, 37, and Muhamad Azman Aziz, 21 suffered from gun shot wounds as a result of the confrontation in Terengganu on 8-9 September at what was to be a gathering to talk about free and fair elections. Fortunately for them, they are said to be doing fine.
However, a third victim, by the name of credibility of the media, is still in critical condition, sustaining a more serious injury, and with no fast recovery in sight.
The confrontation and its reporting by the mainstream media are anecdotal of how newsmakers in Malaysia are constantly tested on their professional and ethical standards. Coverage of this incident pointed in one direction - bias towards the powers-that- be. Opposition parties PAS
and Parti Keadilan Rakyat (PKR) were largely implicated in the mainstream media as instigating the incident. The parties protested loudly, with PKR demanding the New Straits Times to publicly apologize within 48 hours or face legal repercussions. PKR complained that the NST
did not contact the party to verify the supposed violent acts by its supporters.
Across dailies, this bias was glaring. Immediate reports about the confrontation in the Star, theSun (which published a BERNAMA report), Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian and major Chinese language dailies were based primarily on statements by the Terengganu police chief, Ayub Yaakob. He described it as a riot deliberately initiated by opposition supporters and the police shooting was a forced measure of self-defense.
It was only on September 13 that the newspapers made any mention of BERSIH, a coalition of civil society groups, supported by opposition parties for free and fair elections, who organized the event as part of its public awareness campaign. BERSIH also submitted a complaint
regarding the media bias to SUHAKAM.
Although the various newspapers relied on the same source, the September 10 reports were peppered with inconsistencies, calling their professionalism into question. Differences in the number of the participants at the "ceramah", the timeline of the incidents, accounts
of the shooting, and reasons for the police rejection of the permit for the gathering. In the latter, the reasons cited ranged from the venue being a tourist area (the Star); it was small and close to government quarters (Utusan, Berita Harian, NST), and near the palace of the Agong's mother and a judge's residence (Harian Metro).
From September 11 onwards, the opposition parties got more coverage in some of the Chinese dailies. The Star, theSun, NST and Utusan published comments by DAP leader Lim Kit Siang, who was not present at the venue, but not the leaders of PAS and PKR. Lim called for an inquiry into the incident. The focus in the media reports has since shifted to condemning those who burnt the national flag, after a widely publicized picture attributable to BERNAMA. The one-sided tone against the opposition parties was still obvious.
The police themselves revealed the inconsistencies on September 15, when they were reported to seek the public's help in identifying nine men believed to be involved in the violent acts, and released their pictures. This time around, police backed down from relating them to the
opposition parties. The media too, without the certainty of the police, refrained from further implicating the opposition, and expectedly, did not pursue the line of doubt cast on the police.
The coverage of this incident shows that the media are still unable to free themselves from the conventional bias prevalent at times of election.
Was the lack of fair reporting due to a lack of resources in terms of reporters available to cover the story accurately? Is the media satisfied with attributing their stories to a single source, in this case the Terengganu police chief, as the only authority? Were the media told to play up the "riot" but not the other side of the story? Would some of the newspapers have settled for the official report because they were under pressure? These are questions that are being floated.
The discerning public knows now where to look for the full story, and it is not the mainstream media - it is the many online dailies and blogs that offer more sides to a story. Whether they are credible or not is besides the point. The point is that the mainstream media is not seen as
credible because they do not even abide by the fundamental principles of ethical journalism - fairness, accuracy, right of reply and truthfulness.
The media cannot afford to continue with their current practices if they hope to secure the trust of the readers, who are increasingly knowledgeable, critical and tech-savvy. They have to start taking public opinion seriously and improve the way they do their work. There is no
excuse not to provide fair and accurate reports, unless there is government pressure against it. If the newspapers are serious about their ethical values, they will be surprised to find many among the public who will stand up to defend them against external threats. After all, a free and fair media is the right of the citizen.
Gayathry Venkiteswaran
Kuala Lumpur
Hadi: PAS dimaklumkan lebih awal mengenai rusuhan 8 Sept
Sep 18, 07 -- Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mudah mendapatkan maklumat terkini mengenai sesuatu kejadian kerana ia mempunyai ahli dan penyokong di semua agensi kerajaan, termasuk di kalangan anggota dan pegawai di Bukit Aman serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Oleh kerana itulah, bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, PAS telah mengetahui lebih awal mengenai perancangan kejadian rusuhan di Pantai Baru Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, selepas dimaklumkan oleh 'orang-orangnya' yang bertugas dengan pasukan keselamatan.
"Kita telah mendapat maklumat lebih awal bahawa akan berlaku provokasi awam di tempat ceramah anjuran Bersih di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud itu pada malam 8 September itu.
"PAS juga tahu siapakah yang campurtangan supaya polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan ceramah tersebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, Marang, minggu lalu.
Haji Hadi memberitahu malaysiakini demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan tersebut setelah polis tidak mengeluarkan permit program untuk mengadakan ceramah anjuran badan pemantau pilihanraya - Bersih yang merupakan gabungan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Presiden PAS itu berkata, kakitangan kerajaan termasuk anggota polis yang menyokong PAS telah dinasihatkan menjalankan tugas dengan betul dan tidak terlibat dengan rasuah.
Ada maruah
Bagaimanapun, Abdul Hadi memberi jaminan, PAS tidak akan bertindak di luar undang-undang walaupun penyokong dan ahli parti itu menjadi mangsa tindakan polis.
Katanya, ahli PAS tidak boleh ditundukkan dengan kekerasan, termasuk peluru, kerana mereka juga ada maruah.
"Saya juga ingin menasihatkan pihak polis supaya tidak hanya memilih ahli PAS sebagai sasaran kerana ia boleh menimbulkan kemarahan mereka.
"Selagi jalan demokrasi ada, PAS akan terus mengikut landasan demokrasi walaupun Umno mahu mematikan demokrasi kerana parti itu mahu terus berkuasa," katanya.
Di samping itu kata Abdul Hadi, tidak sepatutnya wujud pertentangan antara PAS dengan pihak polis memandangkan hubungan antara kedua belah pihak adalah baik.
PAS Terengganu, katanya, pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub dalam suasana yang mesra.
Bagi menjernihkan hubungan antara kedua-dua pihak, Abdul Hadi berkata, PAS sanggup bertemu dan mengadakan perbincangan dengan pasukan polis.
"Tetapi polis perlu menjalankan tugas dengan profesional dan jangan dipengaruhi oleh emosi politik," katanya.
Umno T'ganu mahu saman Mustafa Ali
Sep 18, 07 -- Badan Perhubungan Umno Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Mustafa Ali (foto) kerana membabitkan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Salleh dalam kejadian rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 8 September lalu.
Setiausaha Umno negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan undang-undang itu akan diambil untuk membersihkan nama Wan Farid yang juga Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
"Tindakan undang-undang ini dipersetujui oleh pemimpin Umno Terengganu kerana tindakan Mustafa (foto) itu adalah tidak wajar dan cuba memburukkan pemimpin Umno," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mustafa membuat dakwaan tersebut dalam satu sidang media mengenai kejadian tersebut di bangunan Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur minggu lalu.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Farid (foto) yang dihubungi, menafikan pembabitan beliau dalam kejadian tersebut.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Ketika diminta mengulas dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Umno semua peringkat di terbabit dengan kejadian tersebut, Rosol berkata, itu semua 'suara orang yang kecewa'.
"Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Mereka kecewa kerana PAS sudah tidak relevan lagi di negeri itu," katanya.
Kempen tandatangan
Rosol yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu mendakwa, ahli dan penyokong PAS tidak pernah berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Sebab itulah, katanya, rumah mereka tidak pernah ada bendera Malaysia, melainkan bendera PAS sahaja.
Rosol berkata, Umno juga tidak mahu melayan kerenah pemimpin PAS.
Mengenai kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk perbuatan membakar Jalar Gemilang sewaktu kejadian rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu Sabtu lalu, Rosol berkata 10,000 tandatangan sudah diperolehi setakat ini.
"Kita akan mendapatkan tandatangan dari seluruh rakyat Terengganu, termasuk dari badan bukan kerajaan (NGO) sebagai membantah perbuatan (membakar Jalur Gemilang) itu," katanya.
Tandatangan yang dikumpul itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi menunjukkan bantahan rakyat Terengganu terhadap mereka yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Selasa, 2007 September 18
Insiden Batu Buruk: 3 Perkara Yang Pelik
Antara Laporan terawal yang dikeluarkan Malaysiakini menyebut:
Katanya, semasa terjatuh penyerang terbabit berterusan menyerang anggota itu sehingga terkena di bahagian kepala menyebabkan anggota itu terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan satu das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.
Ayub berkata, tembakan itu berjaya menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan anggota polis berkenaan mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan diri dengan pergi ke arah pasukan FRU yang berada di kawasan berhampiran.
Dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September 2007:
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob pada sidang akhbar hari ini berkata, seorang polis berpangkat konstabel terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan dirinya setelah dipukul oleh 20 lelaki ketika dia mengawal keadaan di tempat letak kereta Hotel Permai Inn menyebabkan dua perusuh cedera
Dikekalkan kenyataan tersebut dalam laporan 11 September 2007:
Dalam kejadian pukul 9 malam kelmarin, kira-kira 750 orang dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh dan menyerang polis selepas diarahkan bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di Jalan Sultan Mahmud malam kelmarin.
Seorang konstabel polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahan diri setelah dipukul oleh 20 lelaki di tempat letak kereta Hotel Permai Inn menyebabkan dua perusuh terlibat cedera.
Tetapi bilangan tembakan 'dinaikkan jumlahnya' sebagaimana lapor Malaysiakini dalam edisi 11 September 2007 :
Anggota polis yang melepaskan tembakan ketika berlaku satu pergelutan di Kuala Terengganu malam Sabtu lalu, telah melepaskan empat das tembakan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan perkara itu ketika dihubungi petang ini.
Dalam insiden seumpama ini, kenapa boleh wujud kecelaruan sebegini? Melainkan das tembakan tersebut dilepaskan oleh pistol yang mempunyai silencer, saya kira pasti orang awam dan saksi-saksi boleh mengecam berapa das tembakan yang dilepaskan.
Perkara Kedua: Identiti Penembak
Laporan Utusan Malaysia hari ini, 12 September 2007:
Dalam kejadian malam Sabtu lalu, perusuh dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh selama kira-kira lima jam di Jalan Sultan Mahmud di sini sehingga menyebabkan kerugian harta benda awam mencecah RM500,000.
Dua lelaki yang berumur 21 dan 38 tahun cedera di leher dan bahu akibat ditembak oleh seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri selepas diserang oleh sekumpulan lelaki.
Seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Hussein, 29, juga luka di tangan akibat terkena kaca dalam rusuhan tersebut.
Tetapi lain pula kenyataan yang diberikan oleh CPO Terengganu kepada Malaysiakini pada 11 September 2007:
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan perkara itu ketika dihubungi petang ini.
Beliau juga menjelaskan bahawa anggota polis tersebut bukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Hussein, 29, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Anggota polis yang dikatakan melepaskan tembakan tersebut selepas diserang 20 lelaki, dikenalpasti sebagai Wan Abdul Aziz, 25.
Dalam keadaan polis tersebut berpakaian preman dan bukan menggunakan perisai FRU yang boleh menyembunyikan identiti beliau, adalah satu perkara yang pelik sekiranya identiti sukar dikenalpasti.
Dan kalau itu bukan FRU, dari cawangan mana polis tersebut datang?
Perkara Ketiga: Kecederaan Pihak Polis
Lapor Utusan Malaysia, 10 September 2007:
Selain itu, tambah beliau, seorang anggota FRU dan seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke hospital sama akibat kecederaan dipercayai terkena kaca dan batu.
Dalam The Star 11 September 2007 dikatakan ada alat tambahan, iaitu kayu:
About 20 men armed with sharp weapons and sticks then spotted Kons Azmi and shouted "This man is Special Branch!" before assaulting him.
SAC Ayub said Kons Azmi, 29, was beaten until he collapsed, bleeding from the head.
Tetapi sedikit berbeza dalam Utusan Malaysia hari ini, 12 September 2007:
Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang
Kenapa secara tiba-tiba datang 'bom api' sebagai bahan yang digunakan ke atas pihak polis?
Ini sekadar satu kekeliruan, dan pastinya ia menuntut penjelasan.
12 persoalan besar di Batu Buruk belum terjawab
Episod kekecohan yang menyaksikan keganasan pihak polis di Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September telah berlalu hampir seminggu. Sebahagian besar daripada 23 orang awam ditahan polis telah dibebaskan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Dua mangsa tembakan ‘peluru hidup’ polis yang masing-masing dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan juga dilaporkan beransur sembuh.
Namun insiden yang dianggap paling buruk di Terengganu sejak dua dekad ini nampaknya tidak terhenti setakat penahanan, pendakwaan mahu pun rawatan kepada yang mengalami kecederaan sahaja.
Ia turut menimbulkan persoalan dan perbahasan mengenai keselamatan, integriti pasukan polis dan patriotisme rakyat. Isu ini menjadi isu nasional.
Ia berkumandang lewat perbahasan dan usul di Dewan Rakyat. Ia juga mengundang memorandum oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Ketua Polis Negara.
Di Kuala Terengganu sendiri, insiden itu masih menjadi buah tutur masyarakat. Di kedai kopi, stesen minyak, pejabat, surau dan masjid, mahu pun di dalam kenderaan awam, rakyat Terengganu masih membicarakannya. Yang tahu serba sedikit menceritakan, yang tidak tahu sangat berkeinginan mengetahui lebih lanjut.
Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laporan media massa, terutama akhbar-akhbar arus perdana dan tv nampaknya tidak meyakinkan masyarakat awam. Sebagai anggota masyarakat setempat, cakap-cakap dan penyampaian oleh eyewitnesses (mereka yang menyaksikan sendiri) nampaknya lebih diterima umum. Bagai diduga, kebanyakan cerita oleh saksi kejadian tidak memihak kepada pihak berkuasa.
Apa yang nyata, semakin banyak maklumat didedahkan media mengenai kejadian tersebut, dan semakin rancak serta meluas perbincangan mengenainya berlaku di dalam masyarakat, maka semakin banyak pula persoalan dan tandatanya timbul berkaitan fakta-fakta sebenar kejadian malam itu.
Ia turut mengundang teori konspirasi serta implikasi politik hasil insiden tersebut.
Banyak isu tinggal misteri
Untuk renungan dan bahan fikir bersama, berikut diperturunkan beberapa persoalan dan tandatanya tersebut:
1. Kerosakan harta awam dianggarkan RM500 ribu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Exco Datuk Rosol Wahid pula dalam kenyataan berasingan mendakwa nilai kerosakan itu mencecah RM1 juta (biasa lah tu, pemimpin BN memang selalu melebih-lebih dalam hal seumpama ini). Kerosakan itu didakwa dibuat “perusuh” yang dikaitkan dengan para penyokong PAS yang hadir malam itu.
Anehnya, segala kerosakan yang berlaku seperti papantanda jalan, lampu isyarat, pasu bunga dan lain-lain itu sebenarnya terletak di dalam zon yang dikawal polis. Sepanjang kekecohan memuncak, tidak ada orang awam dibenarkan memasuki kawasan jalan sepanjang 200 meter dari persimpangan lampu isyarat merentasi depan Kediaman Seri Iman hingga ke stesen minyak Esso di situ. Maka menjadi tanda tanya, siapa bertanggungjawab memecah dan merosakkan harta awam itu?
2. Puluhan buah motosikal dan kereta dilaporkan mengalami kerosakan teruk kesan pukulan benda tumpul (kayu atau batu). Gambar-gambar sebahagian kenderaan yang rosak itu turut disiarkan akhbar. Antara gambar itu menunjukkan lokasi motosikal yang rosak itu hanya beberapa depa dari sepasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berkawal.
Apakah munasabah orang awam melakukannya dan dilihat sahaja oleh anggota FRU? Lagi pun, kenderaan yang rosak itu adalah milik orang awam, bukan milik anggota FRU atau polis. Sedangkan pertembungan malam itu antara polis dan orang awam. Apakah munasabah orang awam merosakkan kenderaan mereka sendiri? (Bunyinya macam tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbuk muka dia sendiri dululah!)
3. Ada orang awam menceritakan telah melihat sekumpulan anggota polis mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang (pasar utama di tengah bandar Kuala Terengganu) beberapa hari sebelum kejadian. Mereka itu dikatakan telah memborong kesemua ‘bidas’ (lastik, orang Kedah sebut ‘terbir’, orang Putih kata ‘catapult’). Untuk apa lastik-lastik itu diborong polis?
4. Insiden bakar bendera negara turut dipertikaikan. Gambar disiarkan akhbar Berita Harian, 10 September menunjukkan seorang pemuda lengkap bertopi keledar sedang membakarnya di tengah jalanraya yang agak lengang. Berdasarkan gambar itu, dipercayai jurugambar yang merakamkan insiden itu berada tidak jauh dari si pembakar itu.
Mungkin jurugambar tersebut adalah orang paling wajar disoalsiasat, siapa sebenarnya pemuda itu? Apakah gambar tersiar itu satu-satunya gambar dirakamnya ketika itu, atau ada lagi gambar-gambar lain yang merakamkan imej lebih jelas mengenai pembakar bendera itu?
5. Lebih dipersoalkan banyak pihak, apakah pemuda itu sebahagian dari kumpulan pemuda yang datang untuk mendengar ceramah PAS atau dari kumpulan lain? Bajunya tidak menampakkan sebarang tanda basah atau berpeluh, menunjukkan dia belum begitu lama di situ, tidak sebagaimana yang lain.
6. Ada juga eyewitness mendakwa melihat seseorang dari dalam sebuah kereta menghulurkan bendera negara yang menjadi bahan bakar itu kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya membakar. Jika benar begitu, bermakna bendera itu bukan disentap di situ ketika kekecohan berlaku, tetapi sengaja dibawa dari tempat lain oleh orang misteri yang berkereta itu.
7. Ada juga eyewitness menyaksikan kedatangan sekumpulan mat rempit sejurus selepas keadaan agak reda. Mereka ini memang menjadikan laluan yang terlibat dengan kekecohan itu sebagai track perlumbaan mereka saban malam. Tidak payah diberitahu, mereka ini memang menyimpan dendam dengan pasukan polis kerana sering mengganggu akvititi malam mereka.
Mereka ini dikatakan tumpang sekaki “mengamuk” dan melakukan kekacauan sebagai melepas geram terhadap pasukan polis. Apakah mustahil mereka ini turut terlibat membakar bendera, kon polis dan melakukan kerosakan-kerosakan lain itu?
8. Keengganan pihak Polis Daerah Kuala Terengganu mengeluarkan permit untuk perhimpunan malam itu turut dipertikaikan. Pertama, telah beberapa kali lokasi sama dijadikan pentas ceramah melibatkan nama-nama besar dalam pembangkang seperti Mohamad Sabu, Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri. Majlis-majlis tersebut berjalan lancar dan aman, tiada kekacauan atau gangguan keselamatan, selagimana tiada kacau ganggu pihak polis.
9. Pihak polis memberikan alasan tidak mengeluarkan permit ceramah kononnya kawasan perumahan itu didiami golongan elit, pegawai kerajaan dan orang ternama. Justeru sebarang majlis ceramah akan menghasilkan gangguan bunyi kepada penghuni taman itu.
Juga dibangkitkan soal gangguan kepada para pelancong yang menginap di chalet dan resort berdekatan. Sedangkan lokasi sama terletak hanya beberapa ratus meter dari pentas utama Pantai Batu Buruk. Di situ saban bulan (kekadang tu saban minggu), berbagai bentuk bunyi bising dikumandangkan, tidak kira siang mahu pun malam. Mengapa tidak ditimbulkan soal gangguan bunyi dari pesta hiburan itu?
10. Soal bantahan yang didakwa dari penduduk setempat juga tidak sukar difahami. Mana ada orang Umno yang suka ceramah PAS diadakan berdekatan rumah mereka? Jadi, jika diraikan setiap bantahan orang Umno, nescaya tidak akan ada peluang bagi PAS untuk menganjurkan majlisnya di kawasan-kawasan awam. Apakah polis tidak pernah mengeluarkan permit untuk majlis Umno/BN jika dibantah penduduk setempat dari kalangan PAS?
11. Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata tanpa mengira tempat juga amat dikesalkan. Ia dihalakan bukan sahaja ke arah orang ramai yang cuba disuraikan, tetapi turut disasarkan ke arah kedai makan yang sedang dipenuhi pelanggan. Kanak-kanak yang berada di dalam kedai itu, termasuk anak-anak pemilik kedai, turut menerima kesan gas tersebut.
Apakah aspek keselamatan orang awam yang tidak ada kena-mengena dengan kekecohan itu tidak diambil kira terlebih dahulu oleh polis? Apakah semata-mata atas alasan menyuraikan perhimpunan haram, polis dihalalkan bertindak apa cara sahaja?
12, Tindakan seorang anggota polis melepaskan ‘peluru hidup’ sehingga mencederaparahkan dua orang awam sangat dipertikaikan. Anggota polis itu mendakwa kononnya beliau diserang, lalu memaksanya melepaskan tembakan demi mempertahankan diri.
Apa pun alasan dan dakwaan yang cuba dikemukakan, rakyat tidak dapat menerima ia sebagai tindakbalas yang wajar. Lain lah kalau orang yang didakwanya menyerangnya itu juga bersenjata. Apatah lagi diambilkira sebab kenapa beliau “diserang” itu, ialah kerana orang ramai melihat beliau cuba melakukan provokasi di tengah-tengah hadirin.
Setakat ini, persoalan dan tandatanya disebutkan tadi masih menguasai perbualan umum dan sembang kedai kopi di Terengganu. Segala persoalan itu pada hakikatnya lebih banyak memberikan kesan negatif kepada parti pemerintah.
Isnin, 2007 September 17
Pemilik rumah: Banyak ceramah pembangkang diadakan tanpa masalah
Sep 17, 07 --Pemilik rumah tempat Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dijadualkan mengadakan ceramah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 8 September lalu berkata rumahnya telah menjadi tempat ceramah pemimpin pembangkang sejak 10 tahun lalu tanpa mencetuskan sebarang gangguan dan kekacauan.
Perkara ini dinyatakan oleh Ahmad Salleh, 77, yang dikenali dengan panggilan Mat Singapura di kalangan rakan-rakannya.
"Pihak polis tidak pernah menghalang ceramah-ceramah yang diadakan di kawasan rumah saya kerana tidak pernah berlaku sebarang kejadian buruk. Penduduk sekitarnya juga tidak pernah merungut.
"Semua pemimpin pembangkang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Fadzil Noor - telah berceramah di sini.
"Ceramah paling ramai diadakan oleh Gerakan Keadilan Rakyat (Gerak) yang dihadiri oleh kira-kira 100,000 orang pada 1999," katanya ketika ditemui malaysiakini di rumahnya di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Rabu lalu.
Ahmad berkata, setiapkali ceramah diadakan, para pekerja sukarela PAS membantu mengawal lalulintas dan mereka juga membersihkan sampah sebaik program selesai.
Jaga lalulintas
Selalunya, kata beliau, mereka yang datang, akan balik sebaik program ceramah berakhir dan kerana itu tidak pernah berlaku sebarang kekecohan atau kesesakan lalulintas.
Sehubungan itu, Ahmad mendakwa, alasan polis bahawa program ceramah pada 8 September lalu, boleh mengganggu orang ramai, juga tidak benar.
"Sebelum ini bunyi bising akibat Pesta Terengganu yang diadakan tidak jauh dari rumah-rumah kediaman di sini, tidak pula menimbul rungutan di kalangan penghuninya," kata beliau.
Sebaliknya, Ahmad mendakwa, pihak polis sengaja mencari alasan untuk membatalkan ceramah tersebut sedangkan kawasan rumahnya luas.
Menurutnya, kira-kira jam 2 atau 3 petang hari kejadian, anggota polis datang melarangnya daripada meneruskan program ceramah tersebut.
Pada jam 4 atau 5 petang hari yang sama, pekerja Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) datang merobohkan pentas ceramah yang dibina di depan rumahnya.
Kawasan pantai
Katanya, kira-kira jam 10.30 malam pula, dua penceramah iaitu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut datang memberitahunya bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan.
Ahmad juga berkata, beliau turut diberitahu terdapat kira-kira 200 anggota polis sedang berkawal di luar rumah, termasuk di kawasan pantai.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku di luar kerana saya berada di dalam rumah sehingga penceramah balik kira-kira jam 12 tengah malam," katanya.
Polis Terengganu tidak mengeluarkan permit kepada penganjur dengan alasan tempat tidak sesuai dan ini menyebabkan berlaku rusuhan di kalangan orang ramai.
Dalam kejadian tersebut, tujuh orang tercedera, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
"Rusuhan di tempat awam bukan cara Islam"
AGAMA Islam menolak pihak yang cuba melakukan rusuhan yang akhirnya membawa kepada kerosakan harta benda awam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata tindakan merusuh di tempat awam merupakan tindakan yang tidak bersesuaian dengan keadaan negara ini yang hakikatnya di dalam keadaan aman.
Beliau berkata rakyat di negara ini sebenarnya inginkan keadaan yang aman dan menolak sebarang tindakan ganas yang dicetuskan oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.
"Kita tidak suka jika ada yang bertindak liar dan berbuat rusuhan dan kesusahan. Kita tidak mahu itu.
"Allah juga tidak sukakan mereka yang melakukan rusuhan dan kerosakan di buminya," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan daif Parlimen Pasir Mas dan Parlimen Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong, di sini.
Jika dibandingkan di negara ini, umat Islamnya boleh menunaikan segala tuntutan agama dengan selesa dan aman, katanya.
Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Abdullah berkata demikian bagi mengulas insiden rusuhan di Batu Buruk, Terengganu pada 8 Sept lepas yang dipercayai melibatkan kira-kira 500 penyokong parti pembangkang.
Dalam kejadian itu, kumpulan berkenaan bertindak agresif setelah diminta oleh polis supaya bersurai daripada satu perhimpunan haram sehingga menyebabkan 23 orang ditahan kerana bertindak ganas termasuk menyerang polis dan membakar Jalur Gemilang.
Tujuh orang, termasuk empat anggota polis dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Abdullah berkata rakyat di negara ini harus bersyukur dengan keamanan yang dinikmati termasuk kestabilan politik.
"Di negara lain rakyat terus menderita sedangkan kita aman tiada kesusahan, malah terdapat umat Islam di negara luar tidak dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna," katanya.
Jika dibandingkan di negara ini, umat Islamnya boleh menunaikan segala tuntutan agama dengan selesa dan aman, katanya. Bernama
Perihal membakar bendera
Oleh MSO
BENDERA adalah panji diri sesebuah negara. Ia juga adalah panji kepada sesuatu bangsa. Maruah dan kehormatan bangsa dan negara itu terletak kepada bendera. Bendera menjadi lambang kepada bangsa dan negara.
Bagaimana pun menghormatinya bukan sampai kepada peringat hukum wajib seperti mana hukum agama, seperti rukun Islam dan rukun Iman. Maknanya kalau tidak menghormati bendera tidak sampai akidah seseorang itu syirik atau kufur. Hukumnya berbeza dengan aksi ataupun perilaku umat Islam yang masuk ke dalam rumah berhala dan menghormati Tokong Budha.
Bendera hanya sehelai kain yang dicat dengan lambang sesebuah negara itu. Meterial kain itu adakalanya mahal dan ada kalanya lebih murah daripada sehelai stoking budak sekolah Tadika. Namun nilai dan maruahnya sangat mahal.
Melainkan yang membakar bendera itu orang gila mungkin dia perlu dilepaskan. Tetapi kalau dia waras, tiak kira siapa dia, dan anak siapa, harus dikenakan tindakan
Oleh sebab itu bendera di letak dibawah atau ada peruntukan undang-undang untuk memelihara dan menghukum orang yang menghinanya. Perbuatan itu boleh disifatkan sebagai tidak petriotik dan cintakan dan boleh disifatkan penderhakaan kepada negara. Mereka yang tidak sayangkan kepada negara tidak berhak untuk berada di negara ini.
Ambil tindakan kepada pesalah
Jadi apabila ada orang bakar bendera di Batu Buruk, Kuala Terengganu minggu lalu ia sungguh menyakitkan hati kita semua. Perbuatan itu sebagai satu penghinaan dan tidak bermaruah terhadap bangsa dan negara berdaulat ini. Sesungguhnya perbuatan itu kena dikutuk sekeras-kerasnya. Dan si pelaku berkenaan hendaklah dihukum dengan hukuman setimpal dan seberat-beratnyanya tidak kira siapa orang itu.
Melainkan yang membakar bendera itu orang gila mungkin dia perlu dilepaskan. Tetapi kalau dia waras, tiak kira siapa dia, dan anak siapa, harus dikenakan tindakan. Kalau ia anggota polis sekalipun, polis tidak perlu menyelindunginya, atas alasan apa saja termasuk tidak dapat dikesan atau sebagainya.
Kalau dia orang Pas atau Keadilan, Pas dan Keadilan harus mengambil tindakan disiplin kepadanya walaupun perbuatan itu dalam rangka untuk memproteskan demi perjuangan parti berkenaan. Memang orang itu bersalah dan tidak boleh dilindungi atas dasar apa sekalipun, kecuali dia adalah seorang yang tidak waras dan sinting.
Hari ini masih kabur siapakah si pelaku itu sebenarnya? Apakah ianya dilakukan oleh orang yang memang atas niat datang ke situ kerana ingin membakar bendera ataupun pembakaran itu suatu provokasi oleh pihak-pihak tertentu (polis?) bagi memburukkan pihak pembangkang?
Apapun kita berharap ia akan selesai tidak lama lagi.
Tetapi apa yang menteri luar itu dilakukan? Beliau dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang juga turut berada di Jakarta hanya memohon maaf kepada rakyat Indoensia atas salah laku polis tetapi tidak pun kata apa atas perbuatan biadab rakyat Indonesia itu.
Kejadian serupa di Indonesia
Dalam prihal membakar bendera ini kita juga mengalu-alukan tindakan polis yang berusaha untuk mengesan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang memberi komen melahirkan rasa benci atas apa yang berlaku. Itulah tanda sifat orang yang sayangkan kepada negaranya.
Tetapi di sini ingin saya timbulkan sedikit mengenai peristiwa pembakaran bendera kita di negara lain. Misalnya di Jakarta sudah berapa banyak bendera kita dibakar. Paling baru ialah baru-baru ini ketika timbul isu polis Malaysia pukul jurulatih karate Indoensia di Nilai Seremban, Negeri Sembilan (melibatkan polis juga), rakyat Indonesia yang marah dengan kejadian itu telah membakar Jalur Gemilang di Jakarta.
Kenapa orang kita tidak melenting dengan kejadian itu? Tidak ada pun orang kita yang tampil dalam tv atau surat khabar mengutuk kejadian itu. Paling menyedihkan seolah-olah orang kita tidak pun peduli langsung dengan kejadian itu.Pembakaran bendera kita itu tidak pun memedihkan hati kita.
Walhal ketika kejadian itu Menteri Luar Malaysia Syed Hamid Albar berada di Jakarta dan mungkin beliau turut terhidu bau hamis bendera kita dibakar. Tetapi apa yang menteri luar itu dilakukan? Beliau dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang juga turut berada di Jakarta hanya memohon maaf kepada rakyat Indoensia atas salah laku polis tetapi tidak pun kata apa atas perbuatan biadab rakyat Indonesia itu.
Kenapa mereka tidak berani mengutuk rakyat Indonesia yang biadab itu?
Berbeza dengan apa yang berlaku di Terengganu itu. Polis bukan main lagi menunjukkan keberengan dan dan belang keberanian mengutuk pembakar bendera itu. Siap dengan gerakan memburu si pelaku itu. Gambar-gambar orang yang disyaki dapat membantunya mengesan si pelaku itu di siarkan dalam akhbar bagaikan penjenayah sekejam pembunuh Altantuya!
Kita berani sesama sendiri?
Apakah rakyat kita bacul dan penakut untuk berhadapan dengan rakyat Indoensia? Kita hanya berani dengan anak buah – rakyat kita sendiri saja? Mungkin benarlah juga 'sabda' Sanusi Junid yang Melayu hari ini sudah penakut dan bacul!
Sepatutnya kalau kita benar petriotik, kita kutuk apa yang berlaku di Indonesia itu. Kita kecam kalaupun tidak sampai kita membalas dendam membakar bendera merah putihnya. Jangan kita hanya berani di kampong sendiri saja tetapi kecut perut bila berhadapan dengan orang lain.
Dalam hal ini nampak sangat polis kita bertindak double standard. Kalau dengan Melayu - sesama sendiri mereka berani tetapi kalau dengan orang lain, tidak usah kira rakyat Indonesia dengan penternak babi di Paya Mengukang, Alor Gajah Melaka pun mereka takut.
Nampaknya sikap polis ini sudah mewarisi sikap para atlit kita. Mereka berani dan menunjukkan hebat di gelanggang sendiri saja, tetapi kalau di luar mereka konyol dan kecut perut dan kalah roma!
Begitu juga dengan media arus perdana. Mereka tidak sepatutnya menonjolkan akan kejadian di Terengganu itu saja tetapi lebih elok kalau mereka minta komen orang ramai mengutuk apa yang berlaku di Jakarta tempoh hari. Kenapa tidak berani?
Hendaknya kita janganlah hanya berani kalau sesama sendiri dan menikus dan gerekuk macam ulat gonggok kalau dengan orang lain. Berani sesama sendiri tidak ada gunanya bahkan orang akan mengatakan kita bodoh.
Kita harus berani dengan orang luar yang jelas cuba mempermian-main dan merendahkan martabat kita. Sikap double standard ini adalah sifat hipokrit terhadap bangsanya sendiri yang tidak perlu diwarisi.
Batu Buruk clash: Hadi blames Umno
| | |
| |
| PAS president Abdul Hadi Awang has pointed the finger at Umno for last weekend’s violence which rocked Kuala Terengganu. “The prime minister did not behave like the country’s leader. He should have come out with a statement that was wise. Instead of this, he made a direct political accusation and pointed his finger at PAS,” he said. |
Kes Batu Burok: PAS sedia jumpa Majlis Raja-Raja
| Awang Harun | Foto Nasir Sudin Sat | Sep 15, 07 | 4:01:12 pm MYT | |
| MARANG, 15 Sept (Hrkh) - Tragedi berdarah 8 September yang berlaku di Batu Burok, Kuala Terengganu, kembali menghangatkan pentas politik serta sokongan rakyat terhadap PAS serta Barisan Alternatif (BA) di Terengganu. Meskipun pihak pasukan keselamatan yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi mereka dilihat bertindak sebagai �pencetus� kekacauan serta huru-hara. PAS disalahkan Dalam masa sama, media arus perdana akhbar dan tv saban hari menyalahkan PAS serta parti pembangkang kononnya bertindas �ganas� merosakkan harta awam dalam kejadian tersebut. Berikutan itu, PAS terpaksa mengatur agenda tersendiri bagi memberi penjelasan serta kefahaman kepada seluruh rakyat terhadap isu berkenaan kerana laporan media dibuat secara 'berat sebelah' dan berniat jahat. Road Show pertama penjelasan Peristiwa Batu Burok itu bermula di Marang Terengganu, malam tadi, bertempat di Masjid Rusila, dan siri penerangan akan diadakan di seluruh negara dengan penglibatan badan-badan yang bergabung di bawah Bersih, antaranya, PAS, KeADILan, dan NGO terbabit. Pentas ceramah terpaksa dipindahkan ke dalam Masjid Rusila apabila hujan 'rahmat' mula turun dengan lebat ketika solat tarawih hampir selesai. Masjid Rusila sesak dan hadiran melimpah Namun begitu, tinjauan Harakah mendapati ribuan manusia memenuhi ruang-ruang yang ada dalam masjid dua tingkat itu serta melimpah ke luarnya. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS serta rakan-rakan dalam gabungan Bersih akan berjumpa Majlis Raja-Raja. Katanya, ekoran peristiwa tersebut PAS telah mengadakan pertemuan dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadu tentang peristiwa di Batu Burok itu. "PAS sebaik sahaja berlaku peristiwa di Batu Burok, kita telah menghantar rombongan yang mewakili bukan sahaja PAS tetapi juga rakan-rakan yang bergabung dengan Bersih. Kita berjumpa dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam), kita berjumpa dengan pelbagai pihak dan insyaAllah, akan berjumpa Pada majlis tersebut, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah melancarkan Tabung Mangsa 8 September yang akan digunakan bagi membela nasib mangsa-mangsa Tragedi Batu Burok termasuk kos rawatan dan perbelanjaan guaman. Sehari sebelum itu (Khamis), tabung berkenaan juga dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Mangsa tanpa jari ditangkap kerana baling batu! Ketika di pentas, orang ramai berpeluang melihat dari dekat setelah diperkenalkan seorang demi seorang mangsa-mangsa tangkapan dalam kejadian di Batu Borok itu, termasuk seorang mangsa tembakan polis iaitu Muhamad Azman Aziz. Malah lebih menghairankan bagaimana salah seorang mangsa berkenaan adalah pemuda kurang upaya dengan kedua-dua tangannya tidak mempunyai 'jari' tetapi ditangkap kononnya bertindak membaling batu ke arah polis. Pada malam 8 September lalu, Mohamad Sabu, Mustafa Ali dan Khalid Ibrahim dijangka turut berucap dalam majlis anjuran Bersih di Batu Burok. Dalam majlis malam tadi lebih 5,000 orang hadir bagi mendengar penjelasan isu berkenaan dari pemimpin parti PAS dan KeADILan yang sama-sama terlibat pada malam Tragedi Batu Burok itu. - mns |
Ahad, 2007 September 16
Suhakam, IPCMC, mahkamah menjadi bukti ceramah tidak perlu permit
“Sebenarnya di Terengganu, hampir setiap malam ada ceramah di seluruh negeri dan tidak semua ceramah ini ada permit tetapi setakat ini polis cukup bertolak ansur.
"Selama ini hampir setiap malam parti pembangkang mengadakan ceramah politik di seluruh negeri, namun polis tidak pernah menghalang walaupun ada di antara ceramah tersebut yang tidak mendapat permit."
Demikian satu kenyataan Ketua Polis Terengganu Dato' Ayub Yaakob secara tidak langsung membuktikan bahawa selama ini ceramah berlangsung secara aman tanpa sebarang halangan oleh pihak polis sama ada ianya mempunyai permit ataupun sebaliknya.
Kata-katanya itu juga boleh ditafsirkan sebagai mengesahkan bahawa terdapat ceramah yang begitu aktif setiap hari yang dianjurkan oleh PAS dan atas tolak ansur polis juga, siri-siri ceramah itu berjalan dengan baik.
Mengulas lanjut isu ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar berkata dengan halangan dan sekatan, tanpa tolak ansur daripada pihak polis yang akhirnya mengakibat kejadian di Batu Buruk itu berlaku.
"Jika ada budi bicara polis perkara ini tidak akan berlaku malah isu permit ceramah politik sudah tidak timbul sama sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau menjelaskan bahawa sudah ada keputusan Mahkamah dan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) termasuk Suruhanjaya Penambahbaikan Polis (IPCMC) menyatakan bahawa tidak perlu permit bagi ceramah yang diadakan di premis persendirian.
"Kes di Jelebu yang membabitkan Mohamad Sabu yang didakwa mengadakan ceramah tanpa permit yang akhirnya diputuskan mahkamah bahawa tidak bersalah kerana mengadakan ceramah di kawasan persendirian," katanya.
Tambahnya lagi, polis tidak boleh mendabik dada dengan kenyataan Ketua Polis Terengganu bahawa tiada lagi tolak ansur dalam penganjuran ceramah politik dan mesti mendapatkan permit terlebih dahulu sedangkan ianya sekadar alasan untuk menghalang orang ramai untuk hadir mendapat maklumat berhubung isu-isu semasa.
Malah beliau turut menyelar dakwaan Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang menyatakan PAS sengaja memutarbelitkan isu yang berlaku termasuk menuduh Umno dan polis terlibat tetapi hakikatnya ia dilakukan oleh mereka sendiri.
Sebenarnya Umno semakin tersepit dan tertekan untuk berhadapan dengan isu keganasan serta provokasi dalam insiden di Pantai Batu Buruk baru-baru ini, tambahan pula tidak boleh menjawab dan gusar dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini.
Jelas Mustafa Ali, beliau mendapat maklumat daripada Adun Wakaf Mempelam,Abdul Wahid Endut yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang telah menyatakan bahawa ia adalah 'pre-plan' yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato' Wan Farid.
"Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu 'huru-hara' akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben," jelasnya.
"Jelas sudah ada pakatan diantara Umno dan polis pada siang harinya untuk mewujudkan suasana tegang pada malam itu dan ternyata Umnolah dalangnya," kata Ahli Parlimen Tumpat itu.
Adakah Kelantan akan selamat dari peristiwa peluru hidup di Batu Burok?
Apa pula perancangan jahat di Kelantan setelah usaha untuk memburukkan nama PAS di Terengganu telah dilakukan?
Walaupun taktik sabotaj yang dilakukan dalam peristiwa peluru hidup di Batu Burok itu semakin mengotor dan membusukkan pihak yang melakukannya, tetapi tidak ada siapa yang boleh menjamin mereka tidak akan mengulangi perbuatan keji dan terkutuk mereka itu.
Kini semakin bertebaran khabar-khabar angin bahawa keselamatan negara mungkin akan terus tergugat dengan ulang tayang kerja jahat dan terkutuk seperti yang berlaku di Terengganu itu.
Kerja jahat dan sabotaj seperti yang dilakukan di Terengganu itu kini semakin dilihat oleh rakyat sebagai ancaman terbaru terhadap keselamatan dan ketenteraman hidup mereka. Betulkah pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan kini menjadi ancaman keselamatan?
Patutkah rakyat dipersalahkan jika sudah tersebar tuduhan bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai "kerajaan yang gian nak bunuh rakyat"?
Dan kini, adakah boleh dijamin kerja jahat dan sabotaj seperti itu tidak akan berlaku di Kelantan? Persoalan itu berbangkit memandangkan Tan Sri Hussein Ahmad menyatakan kepada Bernama bahawa rakyat Kelantan jelak dengan Umno akibat perbalahan dalaman parti itu.
Memang tidak ada jaminan bahawa Kelantan akan selamat dari sabotaj keji dan jahat seperti yang dilakukan di Terengganu itu memandangkan bekas Ketua Penerangan Umno sendiri itu menegaskan bahawa rakyat Kelantan sememangnya mahukan "Mr Clean" mentadbir negeri kesayangan mereka.
Hussein tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan kembali menguasai Kelantan. Beliau yakin banyak perkara lagi perlu diperbetulkan sebelum BN dapat kembali memenangi hati rakyat.
"Umno telah berusaha tetapi tidak cukup lagi untuk berkuasa di Kelantan dan apa yang saya katakan ini memang pedih tetapi inilah realiti yang harus diterima Umno," kata veteran Umno itu.
Husin tidak bercakap tanpa asas. Malah, tinjauan di kalangan rakyat juga menunjukan bertambah kuatnya keyakinan bahawa rakyat negeri itu tetap setia menyokong kepimpinan ulama Kelantan.
"Baik sokong PAS kerana kami rakyat Kelantan dapat apa yang kami tidak dapat semasa BN memerintah Kelantan dulu," kata seorang peniaga emas, Asri Yaakub, 42, kepada Bernama.
Mengambilkira mood yang ada pada rakyat Kelantan itu, jika berlaku sabotaj dan perbuatan jahat dan terkutuk seperti itu di bumi Kelantan, bagaimana pula jentera propaganda mereka akan berkerja?
Percubaan mereka untuk mengambil manfaat dari perbuatan mereka sendiri di Terengganu jelas semakin gagal berikutan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dan Umno kelihatan semakin tak tentu arah.
Pelbagai kenyataan yang tidak kelihatan cerdik dikeluarkan terutama kenyataan Perdana Menteri sendiri. Malah kenyataan mereka juga bercanggah dan berlawan sesama sendiri.
Para pemimpin Umno kini kelihatan semakin menggelejat untuk membaling kekotoran ke arah PAS, tetapi percubaan demi percubaan akhirnya mengotor dan membusukkan diri mereka sendiri.
Orang yang mula-mula mendedahkan kejahatan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali apabila secara berterus-terang beliau menyatakan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersekongkol dengan pihak polis untuk menggagalkan ceramah anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
"Wan Farid telah mengarahkan pegawai polis mengambil tindakan tersebut setelah usaha polis memujuk tuan rumah supaya membatalkan program ceramah gagal.
"Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini. Polis boleh membuat siasatan menyeluruh untuk mendapatkan kebenaran," katanya
Bertambah menarik lagi apabila Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan, jika benar Wan Ahmad Farid terlibat, ia bermakna perancangan tragedi berdarah akibat keganasan polis itu dirancang oleh orang-orang Perdana Menteri sendiri memandangkan Wan Farid memang terkenal sebagai sebagai pengikut setia yang sangat patuh dan taat kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
"Jika benar Wan Ahmad Farid terlibat, tidak ada siapa yang percaya bahawa Wan Farid berani melakukan tindakan itu tanpa restu Khairy," katanya.
Apa yang dinyatakan Mustafa itu terbukti kebenarannya apabila polis dilaporkan telah menunjuk bagak di kawasan berkenaan sejak dari pukul 3.00 petang lagi.
Kerja apa lagi menjemur diri sejak jam 3.00 petang kalau bukan kerja bodoh? Orang yang tak bodoh tahu bahawa pihak kerajaan sendiri tidak dapat membuktikan walau satu ceramah pun yang dianjurkan oleh PAS yang menimbulkan kekecohan jika tidak diganggu polis.
Dalam sesi Parlimen 1999-2004 lalu, Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu pernah meminta Menteri Dalam Negeri membuktikan hanya satu sahaja ceramah PAS yang mencetuskan rusuhan jika tidak diganggu oleh polis. Jelas, kerajaan gagal membuktikannya.
Ceramah haram? Ceramah haram apa kerana perhimpunan dibuat dalam kawasan persendirian? Kes demi kes dalam mahkamah akhirnya menempelak tindakan polis menceroboh kawasan persendirian kononnya kerana hendak menghalang "ceramah haram".
Kekalahan pihak polis dalam perbicaraan kes-kes sedemikian membuktikan bahawa polis membelakangkan undang-undang negara dalam memuaskan nafsu menghalang apa yang mereka lihat sebagai "ceramah haram".
Mengambil kira kekalahan pihak polis dalam perbicaraan kes-kes sedemikian, apakah istilah yang boleh diberikan terhadap tindakan mereka yang mengenakan sekatan jalan kira-kira jam 4.00 petang?
Kalau bukan perancangan apa lagi istilah yang hendak diberikan apabila dilaporkan bahawa seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang yang enggan dikenali memberitahu bahawa sehari sebelum kejadian itu pihak polis yang dikenalinya telah membeli banyak lastik yang tidak diketahui tujuannya.
Kalau bukan perancangan, hendak bubuh nama apa lagi apabila seorang blogger yang sebelum ini ditahan polis, Nathaniel Tan, melaporkan bahawa rakannya memberitahu, "Beberapa hari lepas saya menerima panggilan dari seorang rakan. Beliau bertanyakan sama ada saya hadir di Ceramah Bersih [di Kuala Terengganu]. Saya menjawab tak hadir.
"Rakan saya tersebut memaklumkan persediaan polis Terengganu cukup tinggi, dan mereka bersedia dengan pasukan FRU. 'Sesuatu akan berlaku,' kata rakan saya tersebut, yang meskipun berbeza mazhab politik, tetapi prihatin".
Kalau bukan satu perancangan, apa lagi nama yang hendak diberikan apabila kira-kira jam 5.00 petang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) meroboh pentas utama ceramah yang bakal diadakan pada malam tersebut.
Betulkah siuman apabila pihak polis mengarahkan orang ramai yang membanjiri persekitaran Medan Selera Taman Batu Burok supaya bersurai?
Betulkah siuman apabila beberapa anggota polis berpakaian biasa menghambat orang ramai yang bertempiaran lari kerana dikejar?
Betulkah siuman tindakan polis hinggakan rakyat mencemuh mereka dengan kata-kata "polis kejar orang macam perhambat anjing". Mengapa polis melayani rakyat yang tidak bersalah seperti binatang? Sedangkan, mereka mungkin datang ke Medan Selera Taman Batu Burok itu semata-mata kerana lapar dan hendak makan.
Hebat! Polis yang dibayar gaji dengan wang rakyat untuk menjaga keselamatan mereka rupa-rupanya merasa lebih lazat mengejar orang yang lapar dan hendak makan macam perhambat anjing!
Tawaran hadiah kepada yang berjaya menangkap indiividu bakar Jalur Gemilang
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menawarkan hadiah kepada sesiapa sahaja yang boleh mengheret individu yang membakar bendera dalam peristiwa keganasan polis di Batu Burok, Kuala Terengganu baru-baru ini.
"Oleh kerana polis masih belum berjaya menangkap individu berkenaan, kita menawarkan hadiah kepada sesiapa sahaja yang boleh menangkap individu berkenaan," katanya.
Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Terengganu Supt Khairi Ahrasa bahawa polis sedang berusaha mendapatkan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai peristiwa itu termasuk perbuatan membakar Jalur Gemilang, Mahfuz hairan mengapa polis kelihatan begitu lemah dalam menjalankan tugas mereka.
"Polis Malaysia yang sering disiarkhabarkan sebagai begitu cekap termasuk dalam menangani kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang telah dibom sehingga hancur mayatnya tiba-tiba kelihatan begitu lemah untuk menjejaki individu yang membakar bendera itu. Perkara ini sangat menghairankan, pelik dan ajaib. Jangan nanti rakyat menuduh polis mempunyai sesuatu untuk disembunyikan" katanya.
Mahfuz juga menuntut supaya polis menyiasat mengapakah individu berkenaan boleh membakar bendera dengan begitu bebas tanpa diganggu sedikitpun.
"Ramai anggota polis yang berada di tempat kejadian. Mengapakah individu berkenaan boleh membakar bendera dengan begitu bebas tanpa dihalang sedikitpun? Mengapa beliau begitu mudah terlepas tanpa ditangkap? Ini lagi menghairankan, pelik dan ajaib!" katanya.
Beliau juga menuntut polis menyiasat siapakah jurufoto yang mengambil gambar individu yang membakar bendera itu.
"Adakah polis tidak tahu bagaimana hendak mengenalpasti jurufoto yang mengambil gambar individu yang membakar bendera itu kerana beliau boleh menjadi saksi utama kepada jenayah itu? Polis mesti menyiasat jurufoto dari media mana atau jurufoto persendirian.
"Saya yakin khidmat jurufoto berkenaan boleh digunakan untuk mengenalpasti siapakah individu yang membakar bendera itu dan beliau boleh membantu polis untuk membuat lakaran wajah pembakar bendera itu," katanya lagi.
Beliau berharap pihak polis tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menangkap individu berkenaan.
"Baru-baru ini, tanpa sebarang gambar, polis berjaya menangkap dua orang yang disyaki hendak membakar ambulan di Hospital Sultanah Bahyah di Alor Setar. Tangkapan di buat dalam masa dua hari sahaja selepas kejadian.
"Sedangkan, gambar individu yang membakar Jalur Gemilang itu disiarkan oleh hampir semua media. Mustahil polis tidak boleh menjejaki individu berkenaan.
"Oleh kerana polis Kedah berjaya menangkap dua orang yang hendak membakar ambulan itu dalam masa dua hari sahaja tanpa sebarang gambar, adakah perkara itu bermakna polis Kedah terpaksa dipanggil untuk mengajar polis Terengganu bagaimana hendak buat kerja dengan cekap? Adakah polis Terengganu tidak cekap buat kerja?" Mahfuz mempersoalkan.
Beliau berharap perkara itu diselesaikan segera untuk mengelakkan pihak polis dari dituduh merancang rusuhan itu dan juga untuk mengelakkan tuduhan awam bahawa polis Terengganu tidak tahu menjalankan tugas dan hanya jakun dengan senjata api sehingga menggunakan peluru hidup terhadap rakyat yang tidak bersenjata.
Rusuhan: Polis minta info kejadian bakar bendera
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt Khairi Ahrasa berkata setakat ini polis hanya menerima satu laporan yang dibuat Pemuda Umno Terengganu berhubung insiden tersebut.
"Kita turut menerima laporan yang dibuat Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) berhubung kemusnahan harta benda awam dalam kejadian rusuhan itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian malam Sabtu lepas, kira-kira 750 orang dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh dan bertindak membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud. Kejadian itu juga mengakibatkan tujuh orang termasuk empat anggota polis cedera.
Kejadian rusuhan itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati penyokong parti pembangkang kerana pihak berkuasa tidak mengeluarkan permit kepada pemimpin parti pembangkang mengadakan ceramah di Batu Burok di sini.
Khairi berkata kes membakar Jalur Gemilang itu disiasat mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat semasa berlakunya kekacauan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun dan denda.
Sementara itu, setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Rosol Wahid menghargai usaha Pergerakan Pemuda Umno Negeri mengadakan kempen tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk perbuatan membakar Jalur Gemilang itu.
"Kita akan mendapatkan tandatangan daripada seluruh rakyat Terengganu termasuk daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebagai membantah tindakan (membakar Jalur Gemilang) itu," katanya selepas melancarkan kempen itu, yang diketuai oleh ketua penerangan Pemuda Umno negeri Razali Idris.
Razali berkata kempen itu akan berlangung selama sebulan mulai hari ini.
"Tandatangan yang dikumpul itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi menunjukkan bantahan rakyat Terengganu terhadap mereka yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu," katanya.
Pada majlis itu, Rosol turut melancarkan laman web yang memaparkan tindakan agresif perusuh dalam kejadian rusuhan di Jalan Sultan Mahmud dan orang ramai boleh melayarinya di www.khianatjgemilang.fotopages.com.
Antara pelacur, Bernama dan Batu Buruk
TIDAK perlu saya membincangkan perihal insiden September Hitam di Batu Buruk Terangganu. Hal itu telah banyak diperkatakan – dari punca kejadian sehinggalah cara pihak polis menangani insiden akibat daripada provasi yang mereka sendiri mulakan setelah mendapat arahan pihak tertentu.
Dalam laporan awalnya mengenai insiden berkenaan, agensi berita nasional, Bernama dan Utusan Melayu telah melaporkan insiden berkenaan dengan memilih perkataan dan rangkai kata: “pengikut parti pembangkang.”
Perkataan ‘pengikut’ jika diteliti dalam konteks ini seolah-olah membawa niat jahat (malicious). Biasanya apabila perkataan ‘pengikut’ digunakan, ia lazimnya bermaksud ‘pengikut’ sesebuah organisasi atau kumpulan yang haram atau tidak sah di sisi undang atau malah ajaran sesat. Misalnya, ‘pengikut ajaran sesat’.
Penulis laporan ini boleh memilih untuk menggunakan perkataan ‘penyokong’ kerana itu adalah perkataan paling tepat untuk merujuk kepada mereka yang menyokong sesebuah parti politik berdaftar dan tanpa adanya unsur tersirat di sebalik tersurat.
Konotasi negatif
Tidak mustahil penulis laporan berkenaan menggunakan perkataan ‘pengikut’ yang membawa konotasi negatif supaya dalam waktu yang sama ia menunjukkan kepada pembaca dan rakyat betapa apa yang diikuti, dalam kes ini, parti PAS, selaku parti pembangkang ketara serta parti KeADILan, DAP dan NGO yang secara bersama menganjurkan BERSIH sebagai organisasi dan kumpulan jahat yang sepatutnya tidak diikuti oleh rakyat Malaysia.
Kita boleh memahami sekiranya cara pemberitaan, laporan dan pemilihan perkataan yang tampak seolah-olah berniat jahat ini digunakan oleh akhbar-akhbar arus perdana yang menjadi organ tidak rasmi parti pemerintah. Tetapi apabila agensi berita kerajaan turut terpengaruh dan bersekongkol dengan penyelewangan seperti itu, natijahnya ia semakin berlepas diri dari menjadi sebuah agensi berita berwibawa dan authoratif.
Itu baru mengenai pemilihan perkataan dan cara ayat dibina dan belum lagi diambil kira, laporan yang berat sebelah, berita yang tidak lengkap dan laporan yang berdasarkan semata-mata imaginasi pemberita.
Dalam insiden di Batu Buruk misalnya, bagaimanakah wartawan atau pemberita agensi berkenaan mengesahkan bahawa yang dituduh sebagai merusuh itu sebenarnya penyokong parti pembangkang?
Apakah wartawan turut sama membuat liputan pada malam itu? Bagaimana mereka mengesahkan status yang terlibat itu sebagai ‘pengikut’ parti pembangkang dan bukan sekadar rakyat biasa yang turut sama mahu mendengar ceramah mengenai tuntutan pilihan raya yang adil?
Apakah Agensi Berita Nasional juga turut membuat sekadar andaian dalam laporan mereka dan andaian tersebut disebarkan sebagai maklumat sah dan mutakhir?
Kita tak perlu hairan sekiranya laporan imaginatif dan menyeleweng ini ditulis oleh pemberita bertaraf ‘cabuk’ yang rata-rata bertugas di akhbar arus perdana, tetapi apabila ia diluluskan sebagai berita nasional oleh pengarang dan editor yang berpendidikan dan terlatih dalam bidang kewartawanan, maka kita terpaksa bertanya apakah pengarang dan editor agensi berita nasional dan akhbar arus perdana Malaysia juga tidak lebih dari merupakan sekumpulan pengarang dan editor cabuk yang mengabaikan profesionalism dan membiarkan diri diperalatkan.
Siapa dibaruakan?
Sebenarnya hati saya begitu terpanggil untuk menggunakan perkataan ‘dibaruakan’ bagi menggantikan perkataan ‘diperalatkan’ kerana perkataan ‘dibaruakan’ sebenarnya amat tepat digunakan dalam konteks ini.
Saya masih berpegang kepada etika penulisan yang tidak biadap walaupun merasakan pelacuran profesionalism kewartanan dan persuratkhabran dianggap lebih jijik oleh apa yang dilakukan oleh pelacur murahan Lorong Haji Taib.
Apapun, pelacur termahal sekalipun, dan yang menerima imbuhan hasil pelacuran tubuh badannya, termasuk pelacuran minda adalah manusia yang tidak ada digniti dan harga diri.
Bagi saya pemilihan perkataan seperti ‘pengikut parti pembangkang’ atau ‘barua’ ini hanyalah sensasi murahan yang pada perkiraan terakhir tidak akan membantu dalam mencapai matlamat melainkan hanya menimbulkan kesan emosi sementara.
Persoalannya kini, apakah pertubuhan berita kebangsaan itu juga sudah menjadi sebahagian daripada organ tidak rasmi parti pemerintah?
Apa sudah jadi dengan piagam (charter) yang sepatutnya menjadi teras dan prinsip panduan Bernama? Apakah kita terpaksa menggunakan perkataan ‘kononnya’ bagi merujuk kepada tuntutan piagam berkenaan?
Kononnya piagam Bernama mengkehendaki pertubuhan yang diwujudkan di bawah Akta itu membekalkan liputan peristiwa dan aktiviti dengan tepat.
Kononnya menurut piagam berkenaan Bernama mendukung prinsip bahawa berita yang disiarkan adalah tepat dan bukannya difabrikasi atau dicipta.
Kononnya berita yang disiarkan oleh Bernama lengkap, tidak sekerat-sekerat (impartial) dan tidak berat sebelah terhadap mana-mana pihak.
Lalu kita pun bertanya, apakah Bernama juga turut dijangkiti wabak sindrom ‘cakap tak serupa bikin’ yang berpunca dari kandang Umno-BN? Atau apakah Bernama sendiri adalah vector (agen penyebaran) wabak berkenaan?
Tindakan polis tidak boleh tolak ansur - NGO
| | | | |
| Sunday, 16 September 2007 | |
| Oleh: Faisal Mustaffa 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersependapat bahawa tindakan polis yang berpakaian preman menggunakan senjata api dalam meleraikan perhimpunan tidak dapat diterima. Dalam kenyataan bersama yang dibentangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pagi tadi mengutuk bentuk kekerasan yang digunakan olek pihak polis seperti gas pemedih mata sewaktu dalam usaha meleraikan perhimpunan orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah di tempat terbuka. Kenyataan tersebut merujuk kepada konvensyen terbuka yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang terdiri daripada lebih 60 badan-badan bukan kerajaan dan parti politik pada 8 September lalu di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Kenyataan yang dibaca oleh Pengarah Eksekutif Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Yap Swee Seng itu juga merujuk kepada tindakan pihak polis yang memukul orang ramai sehingga membawa kepada kecederaan. "Apa lagi lebih tragis lagi ialah menembak dengan menggunakan peluru hidup," jelas Yap Swee Seng. Peluru tersebut mengakibatkan kecederaan serius kepada seorang lelaki, Suwandi Abdul yang berada di tempat ceramah dan Muhamad Azman Aziz, seorang lagi mangsa,yang mengalami kecederaan di leher. "Persitiwa tersebut mengikis segala semangat kemerdekaan yang dirayakan oleh Negara Malaysia tahun ini," tambah Yap lagi. Polis Melindungi Diri Alasan yang diberikan oleh anggota polis itu ialah untuk melindungi dirinya. Bagi badan-badan seperti Aliran, Women's Aid Organization , Persatuan Hak Asasi Manusia , Tenaganita dan lain-lain pertubuhan bersetuju bahawa kenyataan sedemikian tidak dapat diterima.
Kenyataan yang didengar oleh Dato Siva Subramaniam, pesuruhjaya Suhakam itu menyebut bahawa terdpat banyak lagi langkah alternative yang boleh digunakan oleh pihak polis di mana penggunaan senjata api adalah langkah terakhir, bukannya langkah pertama. Badan-badan yang bukan parti politik itu juga menyenaraikan persoalan yang wajib dijawab oleh pihak plis seperti sebab pihak polis tidak meluluskan permit yang dipohon oleh pihak penganjur. Program-program yang dianjurkan oleh BERSIH sebelum ini adalah aman dan tidak pernah menimbulkan sebarang Keadaan yang membahayakan. Program di Kuala Terengganu ialah salah satu program yang dianjurkan oleh BERSIH dalam rangkaian siri penerangan ke seluruh Negara mengenai kepincangan system pilihanraya sebelum ini. Persoalan lain ialah, mengapa anggota polis yang memelepaskan tembakan itutidak dalam pakaian seragam polis sewaktu menjalankan tugasnya. Undang-undang hak asasi antarabangsa meletakkan syarat yang ketat terhadap penggunaan senjata api. Artikel 3 Kanun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebut dengan jelas bahawa anggota keselamatan boleh menggunakan kekerasan hanya dalam Keadaan terdesak. Artikel 12 pula memberi hak kepada setiap manusia untuk berhimpun secara aman manakala Artikel 13 pula jelas mengatakan bahawa anggota keselamatan cuba sedaya-upaya menggunakan kekerasan. |
Keadilan mahu saman NST
| | | | |
| Sunday, 16 September 2007 | |
| Oleh: Faisal Mustaffa PARTI Keadilan Rakyat (keADILan) memberi akhbar perdana The New Straits Times (NST) empat hari dari 12 September untuk membetulkan laporan beritanya disifatkan sebagai berniat jahat. Laporan akhbar itu bertajuk "RM1 m damage, 23 held in riot" (Kerosakan RM1 juta, 23 ditahan merusuh) dikatakan dengan sengaja mendakwa pengikut-pengikut KeADILan ganas sehingga menyebabkan rusuhan berlaku.
Setiausaha Agungnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata NST sengaja menunjukkan imej negatif dengan merujuk program ceramah pada 8 September lalu dianjurkan oleh keADILan yang mana ia sebenarnya adalah anjuran sebuah gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik dalam memberi kesedaran mengenai pilihanraya yang bersih dan adil (BERSIH). Melalui peguamnya, Daim & Gamany, KeADILan meminta agar NST membetulkan fakta-fakta yang palsu dan mereka diberikan liputan yang sama seperti yag dipaparkan pada 12 September lalu. Menerusi kenyaatan media yang dikeluarkan, Khalid memberitahu bahawa laporan berita wartawan Sean Augustin dan Azura Abas dikeluarkan oleh NST itu bersifat tidak adil dengan hanya merujuk kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein tanpa merujuk kepadanya mahupun mana-mana pemimpin KeADILan atau wakil-wakil BERSIH. "Sikap tersebut sungguh tidak profesional dan tidak beretika," kata Khalid yang dijemput oleh BERSIH untuk mengadakan ceramah pada malam itu di Pantai Batu Burok. Laporan tersebut juga melaporkan bahawa ahli KeADILan yang bertanggungjawab membakar bendera Malaysia semasa insiden itu berlaku. "KeADILan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau bersekongkol dalam perbuatan membakar bendera Malaysia, apatah lagi bersikap ganas dan merusuh," tambah Khalid lagi. Pihak penganjur memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut pada 30 Ogos lalu melalui wakilnya daripada Parti Islam seMalaysia (PAS). Pihak polis hanya menolak permohonan mereka pada 6 September yang memberikan alasan-alasan yang tidak dapat diterima oleh keADILan. Antara lain, polis memberitahu bahawa ceramah tersebut tidak sesuai diadakan di tempat berkenaan kerana berhampiran dengan kawasan perumahan dan istana. Surat penolakan yang ditandatangani oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abd Halim Mohd Ishak juga memberitahu bahawa tempat itu tidak sesuai kerana adalah tempat tumpuan pelancong. BERSIH, walaubagaimana pun, telah membuat rayuan pada 8 September kepada Ketua Polis Terengganu.
Menurut kenyataan BERSIH, NST juga telah melaporkan laporan yang salah dengan memberitahu bahawa tidak ada wakil BERSIH datang untuk menemui pihak polis sehingga 6 petang pada 8 September kerana surat dihantar pada tengahari tersebut. "Alasan bagi pihak plis untuk mengubah tapak ceramah ke Rusila yang berada 8 km jauhnya dari Pantai Batu Burok tidak dapat diterima pada saat-saat akhir, iaitu pada jam 8 malam. "Saya bersama penceramah-penceramah lain termasuk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (wakil BERSIH) , Dato' Mustafa Ali (PAS), YB Leong Ngah Ngah (DAP) , Haji Muhammad Sabu (PAS) dan Haji Azmi Hamid (TERAS) tiba pada pukul lebih kurang 9.40 malam," jelas Khalid. "Sewaktu pihak keselamatan BERSIH mengalihkan kon penghalang jalan bagi membenarkan kami masuk, seorang pegawai polis yang berpakaian preman mengacukan pistolnya ke arah pihak keselamatan tersebut dan mengugut untuk menahannya." "Saya perhatikan terdapat rundingan berlaku diantara pihak penganjur dan pihak polis, namun pihak polis tetap enggan untuk membenarkan ceramah diadakan," kata Khalid lagi. Pihak polis mula bertindak ganas pada jam 10.30 malam dengan menembak gas pemedih mata kea rah orang ramai. "Pihak polis menggunakan kekerasan sehinggalah saya dapat mendengar beberapa das tembakan," kata Khalid yang pada ketika itu berada di rumah kediaman berhampiran. Dalam kejadian tersebut, sekurang-kurangnya 23 cedera termasuk tiga wartawan. Huru-hara mula berlaku dengan papan tanda Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh, pasu-pasu bunga Dewan bandaraya pembakaran kon-kon penghadang jalanraya yang diaturkan oleh pihak polis dibakar. Khalid memberitahu, sehingga 1.30 pagi, pihak polis masih lagi menggunakan gas pemedih mata dalam meleraikan orang ramai. Dalam notis peguam yang dihantar kepada Ketua Pengarang NST, sekiranya akhbar tersebut tidak menyiarkan sebarang kenyataan sehingga 17 September, KeADILan melalui peguamnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah. |
Analisis: Sila kaji gambar ini
| Analisis: Sila kaji gambar ini | | | |
| Sunday, 16 September 2007 | |
![]() ANALISIS.. Oleh Amin Iskandar ZAMAN moden ini semua boleh dilakukan. Sebelum kita percaya dengan sesuatu pertuduhan, adalah lebih baik kita membuat sedikit kajian. Sila kaji gambar ini dan beritahu apa yang anda nampak. Ini analisis daripada seorang teman baik saya yang telah lama berjihad di alam cyber. Sdra Amin. Mengikut pandangan saya, gambar mat keledar berkenaan agak meragukan. 1. Berdasarkan baju putih yg begitu terang, jelaslah gambar ini diambil dengan kamera yg menggunakan flash. Yg meragukan ialah ‘bayang gelap’ sepatutnya memanjang ke sebelah kiri mat keledar, bukan di bahagian bawah beliau mencangkung. Ini seolah-oleh cahaya lampu jalan lebih cerah drp cahaya flash kamera - sesuatu yg tidak mungkin terjadi. 2. Terdapat beberapa orang berhampiran seolah-olah tidak mempedulikan perlakuan mat keledar membakar bendera. Logiknya, jika berlaku kejadian membakar bendera seumpama itu, sudah pasti ada orang yg akan memberi perhatian & tumpuan kpd apa yang berlaku. Ini seolah-olah menggambarkan sebenarnya tidak ada apa-apa yg berlaku di situ dan gambar mat keledar disuper-imposed (teknik lasso - copy & paste). 3. Tidak ada kesan asap melampaui bahagian atas bendera sedangkan sepatutnya asap pasti sudah melewati bahagian atas drp bendera dan akan pasti jelas kelihatan apabila flash digunakan. (bertanda A) 4. Terdapatnya beberapa bahagian gambar yg telah dilakukan touch-up (smudge) - sebahagian saya tandakan dengan kotak merah. Bagaimanapun, terdapat satu bahagian kecil yg tertinggal (dalam bulatan merah). Gambar mat lebai - memang gambar asli - tiada sebarang pengubahsuaian dapat dikesan. Sekian sedikit analisis peribadi drp saya. |
Sabtu, 2007 September 15
KeADILan's Response
This statement is released in response to the report by Sean Augustin and Azura Abas in News Straits Times, Monday, September 10, 2007 (page 6), entitled “RM1 m damage, 23 held in riot”.
Parti Keadilan Rakyat considers parts of the report as defamatory and written with malicioius intent to paint the party in a negative light in the eyes of the public. The report falsely describes the ceramah as “a Parti Keadilan Rakyat cheramah”. The ceramah was in fact organized by BERSIH – the coalition of political parties and ngos for free and fair elections., of which Keadilan is a member.
It says again, falsely, that “a crowd of 200 was waiting for a cheramah by Keadilan treasurer Tan Sri Khalid Ibrahim when the BERSIH ceramah speakers also included Dato Mustapha Ali ( PAS Trengganu state chief ), YB Leong Ngah Ngah (DAP Central Committee member and Triang State Assemblyman ) , Haji Mohamed Sabu ( PAS Vice President ) and Haji Azmi Hamid ( from the ngo T ERA S).
The report was also one-sided and only quoted comments from the State police chief Datuk Ayub Yaakob, the Deputy President of UMNO, Datuk Seri Najib Razak and UMNO Youth Chief Hishamuddin Hussein. No attempt was made by the NST journalists to speak to Tan Sri Khalid Ibrahim or other Keadilan leaders or representatives of BERSIH to give their version of the events. This is not only unprofessional and unethical as far as journalism practice is concerned; it also showed malice on the part of the writers and publishers.
In the overall context of the report, the photograph and the accompanying caption, the report was written to clearly imply that a Parti Keadilan Rakyat member burned the Malaysian flag during the incident. It can be clearly seen that the person seen to be burning the flag in the photograph was wearing a full helmet with visor hiding his face and could have been an UMNO member or a policeman in plainclothes. This portrayal is clearly mischievous and malicious.
For the record Parti Keadilan Rakyat does not condone the public burning of our national flag. We also state that Keadilan does not condone any gratuitous violence by anyone, and in particular, enforcement authorities entrusted with state power.
For the record, Parti Keadilan Rakyat wishes to set out our version of the events on Friday night at Pantai Batu Buruk in Kuala Trengganu based on our sources of information. So that the full truth is established as soon as possible, Keadilan joins the call by BERSIH ( the coalition for free and fair elections ) for an independent inquiry to be held immediately.
A permit was applied for on 30th August for the ceramah by a representative of PAS, which is also a member of BERSIH. The police rejected the application on 6th September citing reasons which Keadilan considers unreasonable as several ceramah had been held there before including a large one by Datuk Seri Anwar Ibrahim after his release from prison in 2004. The reasons given by the police included that the area was near housing and the istana and would disturb tourists and the atmosphere of the area. A written appeal was lodged with the OCPD on 8th September.
Your quote of State Police Chief Datuk Ayub that no BERSIH representatives went to see him up to 6 pm Saturday is false as they met him on Saturday afternoon with the written appeal. Ayub rejected a further appeal over the phone about 8 pm that evening from Datuk Mustapha Ali. The police position of asking the cheramah to be moved to Rusila 8 kilometers away was completely unreasonable and tantamount to a cancellation of the event.
At approximately 9:40 pm, some Bersih representatives and speakers for the ceramah, including Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Bersih Representative) , Dato’ Mustafa Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Leong Ngah Ngah , Haji Muhammad Sabu and Haji Azmi Hamid arrived at the junction of the road leading to the ceramah site.
At that point, a Bersih security personnel tried to remove a cone that was blocking the traffic at that location. Then, a plain-clothes police officer pointed his gun at the Bersih security personnel and threatened to arrest him. Thus, the Bersih representatives and the speakers were refused entry to the ceramah site by the police.
Thereafter, some negotiations ensued between the representatives of Bersih and the police officers. Nevertheless, the police insisted that the ceramah program could not proceed. Accordingly, the Bersih representatives and the speakers had no choice but to accept the final decision of the police.
The disappointed crowd then congregated at the junction of the main road leading to the Batu Buruk mosque. At approximately 10:30 pm, the police started to discharge their water cannon and fired tear gas at the people around the area. Police used violence on the crowd causing serious injury to some. At least 23 persons were detained including three journalists.
At approximately 12:00 midnight, a man was found to be inciting a part of the crowd, whereupon some members of the public tried to subdue him. Unexpectedly, the man drew out a gun and discharged his weapon and shot two persons - Suwandi Abdul Ghani in the chest and injuring him critically and Muhamad Azman Aziz in the neck. . This man was later identified as a policeman in plains clothes and was probably a member of the Special Branch.
Unknown individuals then damaged traffic signals, an Idris Jusoh signboard and town council plants and burned police road cones in the middle of the road. Tensions were clearly riding high as a result of the high-handed police actions.
Up until 1:30 am on 9th September, the Federal Reserve Unit was still using their water cannon and shooting tear gas at the people, although they began to withdraw from the area at approximately 1:10 am onwards.
Keadilan condemns the high-handed police action in stopping the BERSIH cheramah and holds the local police and all those who instructed them responsible for the events that took place at Pantai Batu Burok. We will not allow such action by the police or UMNO to deny our fundamental right to peaceful public assembly as provided for in the Federal Constitution and which is also supported by SUHAKAM, the government’s own advisor for human rights, whose advice, we note, it does not follow.
It is truly ironic that the police force acting on instructions from UMNO stopped a ceramah by political parties and ngos calling for genuine free and fair elections where all parties would have full freedom of expression in a level-playing field. Election reform is clearly imperative if democracy is to prevail in Malaysia .
Tan Sri Khalid Ibrahim
Secretary General
Parti Keadilan Rakyat
12th September 2007
PAS hilang percaya kredibiliti polis
KUALA LUMPUR, 14 Sept - Keengganan polis mengambil tindakan terhadap individu yang membakar bendera menyebabkan PAS sangsi dan hilang kepercayaan kepada kredibiliti pasukan polis, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Serentak dengan itu, Malaysiakini melaporkan beliau menggesa supaya badan penyiasat bebas di bawah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk bagi menyiasat kejadian tersebut.
Menurut beliau, menjelang tengah malam, ketika anggota polis dan orang ramai beredar meninggalkan kawasan kejadian, datang satu pasukan lain dengan membuat kacau dan merosakkan harta benda awam di kawasan sekitar tragedi berdarah itu.
Kemudian, katanya, datang orang yang membawa bendera (Malaysia) dan telah bertindak membakarnya.
Walaupun ramai anggota polis berkawal di kawasan itu, katanya, tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.
Abdul Hadi menegaskan, tindakan polis membatalkan ceramah anjuran (Bersih) di saat akhir menjadi punca kepada tragedi yang berlaku di Batu Burok, Kuala Terengganu malam Sabtu lalu.
Bukan setakat itu sahaja, malah Presiden PAS itu mendedahkan bahawa beliau mendapat maklumat mengenai tindakan pihak polis yang sengaja membuat provokasi ke atas orang ramai supaya tercetus kekacauan pada malam tersebut.
"Anggota polis berpakaian preman yang memakai riben di lengan dan membuat provokasi di tengah-tengah orang ramai, dikesan oleh penyokong PAS.
"Ini menyebabkan anggota terbabit telah melepas tembakan rambang menggunakan peluru hidup dan terkena orang awam," katanya.
Menurut beliau, walaupun permohonan permit ditolak, PAS sebagai pengendali majlis ceramah itu tidak mampu memberitahu orang ramai mengenai pembatalan tersebut.
Katanya, PAS cawangan Kuala Ibai telah membuat permohonan permit kepada pihak polis seminggu lebih awal dari yang disyaratkan, tetapi tidak mendapat jawapan.
"Polis hanya menjawab mengenai penolakan permohonan tersebut pada hari Khamis, tetapi PAS tidak boleh membuat rayuan kerana keesokannya iaitu Jumaat dan Sabtu merupakan cuti umum.
"Orang ramai menyangka majlis ceramah berjalan seperti biasa, kerana kami tidak dapat menghebahkan pembatalan tersebut.
"Mereka mula datang ke tempat ceramah tetapi dihalang anggota polis yang membuat sekatan, jauh dari tempat tersebut.
"Kekecohan berlaku di tempat sekatan dan bukannya di tempat ceramah," katannya kepada Malaysiakini ketika ditemui di rumahnya di Rusila, Marang, semalam.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Abdul Hadi berkata, kejadian tersebut berlaku ketika penceramah PAS sedang berunding dengan tuan rumah setelah mengambil keputusan untuk membatalkan program tersebut.
12 persoalan besar di Batu Buruk belum terjawab
Sat | Sep 15, 07
Episod kekecohan yang menyaksikan keganasan pihak polis di Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September telah berlalu hampir seminggu. Sebahagian besar daripada 23 orang awam ditahan polis telah dibebaskan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Dua mangsa tembakan ‘peluru hidup’ polis yang masing-masing dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan juga dilaporkan beransur sembuh.
Namun insiden yang dianggap paling buruk di Terengganu sejak dua dekad ini nampaknya tidak terhenti setakat penahanan, pendakwaan mahu pun rawatan kepada yang mengalami kecederaan sahaja.
Ia turut menimbulkan persoalan dan perbahasan mengenai keselamatan, integriti pasukan polis dan patriotisme rakyat. Isu ini menjadi isu nasional.
Ia berkumandang lewat perbahasan dan usul di Dewan Rakyat. Ia juga mengundang memorandum oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Ketua Polis Negara.
Di Kuala Terengganu sendiri, insiden itu masih menjadi buah tutur masyarakat. Di kedai kopi, stesen minyak, pejabat, surau dan masjid, mahu pun di dalam kenderaan awam, rakyat Terengganu masih membicarakannya. Yang tahu serba sedikit menceritakan, yang tidak tahu sangat berkeinginan mengetahui lebih lanjut.
Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laporan media massa, terutama akhbar-akhbar arus perdana dan tv nampaknya tidak meyakinkan masyarakat awam. Sebagai anggota masyarakat setempat, cakap-cakap dan penyampaian oleh eyewitnesses (mereka yang menyaksikan sendiri) nampaknya lebih diterima umum. Bagai diduga, kebanyakan cerita oleh saksi kejadian tidak memihak kepada pihak berkuasa.
Apa yang nyata, semakin banyak maklumat didedahkan media mengenai kejadian tersebut, dan semakin rancak serta meluas perbincangan mengenainya berlaku di dalam masyarakat, maka semakin banyak pula persoalan dan tandatanya timbul berkaitan fakta-fakta sebenar kejadian malam itu.
Ia turut mengundang teori konspirasi serta implikasi politik hasil insiden tersebut.
Banyak isu tinggal misteri
Untuk renungan dan bahan fikir bersama, berikut diperturunkan beberapa persoalan dan tandatanya tersebut:
1. Kerosakan harta awam dianggarkan RM500 ribu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Exco Datuk Rosol Wahid pula dalam kenyataan berasingan mendakwa nilai kerosakan itu mencecah RM1 juta (biasa lah tu, pemimpin BN memang selalu melebih-lebih dalam hal seumpama ini). Kerosakan itu didakwa dibuat “perusuh” yang dikaitkan dengan para penyokong PAS yang hadir malam itu.
Anehnya, segala kerosakan yang berlaku seperti papantanda jalan, lampu isyarat, pasu bunga dan lain-lain itu sebenarnya terletak di dalam zon yang dikawal polis. Sepanjang kekecohan memuncak, tidak ada orang awam dibenarkan memasuki kawasan jalan sepanjang 200 meter dari persimpangan lampu isyarat merentasi depan Kediaman Seri Iman hingga ke stesen minyak Esso di situ. Maka menjadi tanda tanya, siapa bertanggungjawab memecah dan merosakkan harta awam itu?
2. Puluhan buah motosikal dan kereta dilaporkan mengalami kerosakan teruk kesan pukulan benda tumpul (kayu atau batu). Gambar-gambar sebahagian kenderaan yang rosak itu turut disiarkan akhbar. Antara gambar itu menunjukkan lokasi motosikal yang rosak itu hanya beberapa depa dari sepasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berkawal.
Apakah munasabah orang awam melakukannya dan dilihat sahaja oleh anggota FRU? Lagi pun, kenderaan yang rosak itu adalah milik orang awam, bukan milik anggota FRU atau polis. Sedangkan pertembungan malam itu antara polis dan orang awam. Apakah munasabah orang awam merosakkan kenderaan mereka sendiri? (Bunyinya macam tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbuk muka dia sendiri dululah!)
3. Ada orang awam menceritakan telah melihat sekumpulan anggota polis mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang (pasar utama di tengah bandar Kuala Terengganu) beberapa hari sebelum kejadian. Mereka itu dikatakan telah memborong kesemua ‘bidas’ (lastik, orang Kedah sebut ‘terbir’, orang Putih kata ‘catapult’). Untuk apa lastik-lastik itu diborong polis?
4. Insiden bakar bendera negara turut dipertikaikan. Gambar disiarkan akhbar Berita Harian, 10 September menunjukkan seorang pemuda lengkap bertopi keledar sedang membakarnya di tengah jalanraya yang agak lengang. Berdasarkan gambar itu, dipercayai jurugambar yang merakamkan insiden itu berada tidak jauh dari si pembakar itu.
Mungkin jurugambar tersebut adalah orang paling wajar disoalsiasat, siapa sebenarnya pemuda itu? Apakah gambar tersiar itu satu-satunya gambar dirakamnya ketika itu, atau ada lagi gambar-gambar lain yang merakamkan imej lebih jelas mengenai pembakar bendera itu?
5. Lebih dipersoalkan banyak pihak, apakah pemuda itu sebahagian dari kumpulan pemuda yang datang untuk mendengar ceramah PAS atau dari kumpulan lain? Bajunya tidak menampakkan sebarang tanda basah atau berpeluh, menunjukkan dia belum begitu lama di situ, tidak sebagaimana yang lain.
6. Ada juga eyewitness mendakwa melihat seseorang dari dalam sebuah kereta menghulurkan bendera negara yang menjadi bahan bakar itu kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya membakar. Jika benar begitu, bermakna bendera itu bukan disentap di situ ketika kekecohan berlaku, tetapi sengaja dibawa dari tempat lain oleh orang misteri yang berkereta itu.
7. Ada juga eyewitness menyaksikan kedatangan sekumpulan mat rempit sejurus selepas keadaan agak reda. Mereka ini memang menjadikan laluan yang terlibat dengan kekecohan itu sebagai track perlumbaan mereka saban malam. Tidak payah diberitahu, mereka ini memang menyimpan dendam dengan pasukan polis kerana sering mengganggu akvititi malam mereka.
Mereka ini dikatakan tumpang sekaki “mengamuk” dan melakukan kekacauan sebagai melepas geram terhadap pasukan polis. Apakah mustahil mereka ini turut terlibat membakar bendera, kon polis dan melakukan kerosakan-kerosakan lain itu?
8. Keengganan pihak Polis Daerah Kuala Terengganu mengeluarkan permit untuk perhimpunan malam itu turut dipertikaikan. Pertama, telah beberapa kali lokasi sama dijadikan pentas ceramah melibatkan nama-nama besar dalam pembangkang seperti Mohamad Sabu, Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri. Majlis-majlis tersebut berjalan lancar dan aman, tiada kekacauan atau gangguan keselamatan, selagimana tiada kacau ganggu pihak polis.
9. Pihak polis memberikan alasan tidak mengeluarkan permit ceramah kononnya kawasan perumahan itu didiami golongan elit, pegawai kerajaan dan orang ternama. Justeru sebarang majlis ceramah akan menghasilkan gangguan bunyi kepada penghuni taman itu.
Juga dibangkitkan soal gangguan kepada para pelancong yang menginap di chalet dan resort berdekatan. Sedangkan lokasi sama terletak hanya beberapa ratus meter dari pentas utama Pantai Batu Buruk. Di situ saban bulan (kekadang tu saban minggu), berbagai bentuk bunyi bising dikumandangkan, tidak kira siang mahu pun malam. Mengapa tidak ditimbulkan soal gangguan bunyi dari pesta hiburan itu?
10. Soal bantahan yang didakwa dari penduduk setempat juga tidak sukar difahami. Mana ada orang Umno yang suka ceramah PAS diadakan berdekatan rumah mereka? Jadi, jika diraikan setiap bantahan orang Umno, nescaya tidak akan ada peluang bagi PAS untuk menganjurkan majlisnya di kawasan-kawasan awam. Apakah polis tidak pernah mengeluarkan permit untuk majlis Umno/BN jika dibantah penduduk setempat dari kalangan PAS?
11. Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata tanpa mengira tempat juga amat dikesalkan. Ia dihalakan bukan sahaja ke arah orang ramai yang cuba disuraikan, tetapi turut disasarkan ke arah kedai makan yang sedang dipenuhi pelanggan. Kanak-kanak yang berada di dalam kedai itu, termasuk anak-anak pemilik kedai, turut menerima kesan gas tersebut.
Apakah aspek keselamatan orang awam yang tidak ada kena-mengena dengan kekecohan itu tidak diambil kira terlebih dahulu oleh polis? Apakah semata-mata atas alasan menyuraikan perhimpunan haram, polis dihalalkan bertindak apa cara sahaja?
12, Tindakan seorang anggota polis melepaskan ‘peluru hidup’ sehingga mencederaparahkan dua orang awam sangat dipertikaikan. Anggota polis itu mendakwa kononnya beliau diserang, lalu memaksanya melepaskan tembakan demi mempertahankan diri.
Apa pun alasan dan dakwaan yang cuba dikemukakan, rakyat tidak dapat menerima ia sebagai tindakbalas yang wajar. Lain lah kalau orang yang didakwanya menyerangnya itu juga bersenjata. Apatah lagi diambilkira sebab kenapa beliau “diserang” itu, ialah kerana orang ramai melihat beliau cuba melakukan provokasi di tengah-tengah hadirin.
Setakat ini, persoalan dan tandatanya disebutkan tadi masih menguasai perbualan umum dan sembang kedai kopi di Terengganu. Segala persoalan itu pada hakikatnya lebih banyak memberikan kesan negatif kepada parti pemerintah.
Batu Burok: Rakyat akan tolak hasil siasatan polis
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Rakyat tidak akan percaya dan akan menolak apa jua keputusan siasatan polis ke atas tragedi berdarah di Batu Burok malam Sabtu lalu, tegas Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Dua orang awam yang tidak bersenjata cedera dalam perstiwa keganasan polis itu di mana salah seorang darinya cedera parah akibat tindakan polis yang dengan sengaja dan sewenang-wenangnya menembak dengan peluru hidup.
"Hanya Suruhanjaya Diraja yang bebas dan tidak memihak yang boleh dipercayai siasatan mereka. Saya mengulangi penegasan Presiden PAS bahawa PAS amat sangsi dan hilang kepercayaan kepada kredibiliti pasukan polis.
"Polis gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa mereka tidak diperalatkan oleh Umno untuk mensabotaj ceramah BERSIH pada malam berkenaan.
"Adalah tidak munasabah sama sekali bagi kita untuk mempercayai hasil siasatan kuda tunggangan Umno!" tegas beliau ketika mengulas tindakan polis mengedarkan gambar sembilan lelaki kononnya untuk membantu polis menyiasat kes keganasannya sendiri.
Mahfuz mengingatkan pihak polis supaya jangan mendera dan menyiksa sembilan orang yang dicari itu apabila mereka berada di tangan polis semata-mata untuk memaksa mereka membuat pengakuan.
"Jika perkara itu berlaku, kami akan mengadakan kempen besar-besaran sehingga ke peringkat antarabangsa mengenai keganasan polis dan sambil itu kami akan memberikan segala bantuan untuk mereka mengambil tindakan undang-undang serta meminta semua rakyat yang prihatin di seluruh negara mengadakan solat hajat ke atas pihak polis," katanya.
Sambil menyifatkan semua usaha polis itu sebagai petanda yang jelas bahawa polis sudah tidak mempunyai kredibiliti dalam siasatannya, Mahfuz mempersoalkan mengapa polis terus gagal mengenalpasti lelaki tersebut?
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, polis hendaklah menyiasat siapakah jurufoto yang mengambil gambar individu yang membakar bendera itu.
"Adakah polis tidak tahu bagaimana hendak mengenalpasti jurufoto yang mengambil gambar individu yang membakar bendera itu sedangkan beliau boleh menjadi saksi utama kepada jenayah itu? Polis mesti menyiasat jurufoto dari media mana atau jurufoto persendirian," katanya.
Beliau yakin khidmat jurufoto berkenaan boleh digunakan untuk mengenalpasti siapakah individu yang membakar bendera itu dan jurufoto itu boleh membantu polis untuk membuat lakaran wajah pembakar bendera itu.
Persoalannya, kata beliau lagi, rakyat merasa sangsi terhadap pihak polis yang sehingga kini polis gagal mengenalpasti jurufoto berkenaan.
"Tiba-tiba ada pula gambar lelaki berkopiah membakar bendera. Ini skrip baru dari mana pula?
"Sebab itu kita menegaskan, polis mesti menunjukkan kepada dunia jurufoto dari akhbar mana yang mengambil gambar individu yang sedang membakar bendera itu? Walaupun sehingga ke mahkamah, beliau tentu sanggup memberikan kerjasama untuk menghukum individu yang membakar Jalur Gemilang.
"Tetapi jika jurugambar polis sendiri yang mengambil gambar itu, kita mengutuk dan mengecam sikap tidak bertanggungjawab beliau dan pegawai atasannya. Mengapa hanya tahu mengambil gambar sahaja tetapi enggan mengambil tindakan ke atas individu yang membakar Jalur Gemilang itu sedangkan beliau adalah seorang anggota polis?" katanya.
Bagi Mahfuz, semua itu membuktikan kredibiliti polis yang sangat buruk, tidak boleh dipercayai dan beliau mengulangi penegasan bahawa polis tidak akan berlaku adil dalam siasatannya ke atas tragedi itu.
"Ketidakadilan polis sudah terbukti apabila hanya mangsa keganasan polis akibat tembakan dengan peluru hidup sahaja yang hendak disiasat malah mungkin didakwa.
"Sedangkan, anggotanya yang dengan sengaja dan sewenang-wenangnya bersikap trigger happy serta menembak orang awam yang tidak bersenjata dengan peluru hidup dibiarkan begitu sahaja dan polis seolah-olah mahu semua pihak melupakan perbuatan jahat itu dengan membesar-besarkan perkara lain," katanya.
Flag burning: Cops identify nine people
According to Bernama, the police have urged them to come forward and assist in the investigation.
Terengganu deputy CID chief Supt Khairi Ahrasa said identification was based on photographs carried by several newspapers.
"Police received three reports after the riot, from the Kuala Terengganu Municipal Council (MPKT), Public Works Department (JKR) and Umno Youth.
"We investigated the reports and after gleaning through photographs in newspapers, we believed the nine people were involved and can help us in wrapping up investigation," he said.
Statements recorded
Khairi said those who destroy public property and burn the Jalur Gemilang will be investigated under Section 440 of the Penal Code. If found guilty, they can be jailed five years and fined.
"Members of the public who know these nine people must contact Kuala Terengganu police or the Terengganu police headquarters," he added.
They can speak to investigating officer ASP Mohd Hadzwan Zulkifli at 012-3674945 or the Kuala Terengganu CID Chief DSP Noor Mushar Mohamad at 013-9366565.
He said police yesterday recorded statements from the ceramah organiser and the house owner who hosted the gathering.
In Saturday’s riot, the police clashed with opposition supporters in Pantai Batu Burok following the police’s refusal to issue a permit for a public forum organised by the opposition-backed election watchdog Bersih.
Four Federal Reserve Unit (FRU) members were injured in the rioting where stones and fire-bombs were hurled.
Two people also suffered gunshot wounds when a policeman opened fire when he was allegedly set upon by an armed mob.
Is Kidnapping Standard Police Procedure?
13 September 2007
Is Kidnapping Standard Police Procedure?
I am terribly saddened by the fact that Prime Minister Abdullah Badawi would claim that the police actions taken against me could be considered the "normal process of law" and "standard procedure."
(Kindly refer http://203.115. 192.117/wednesda y/wed_page7. html )
What he seems to be saying is that standard procedure includes:
1. Sloppy investigative work
No individual or institution with even the slightest understanding regarding the workings of the Internet and blogs would suspect me of being the author of the accusations against Johari Baharum.
2. Kidnapping
I was arrested by a group of 5-6 policemen in a darkened basement carpark with no one else around at 5pm. The police did not inform a single person as to my whereabouts until continued demands by my friends and family finally forced the police to reveal my location just before 11pm.
3. Denying arrestees access to legal counsel.
My lawyers were not informed of the time and place of my remand hearing. My repeated requests to have someone call my lawyers were all ignored. It is only by luck that human rights lawyer P Uthayakumar happened to be present at the magistrate's court for another hearing that my lawyers were notified of the hearing. Furthermore, after my lawyers arrived, the police were relentless in their astoundingly unsophisticated attempts to deprive me of my constitutional right to consult with my legal counsel in confidence.
If these are indeed "normal processes" and "standard procedures," then incidents like such occured in Pantai Batu Buruk in Terengganu merely confirm the fact that Abdullah Badawi and the government are turning Malaysia into a police state where intimidation and brutality are the order of the day. (end)
Nathaniel Tan
Secretary to Dato Seri Anwar Ibrahim
"Saya saksikan polis pegang pistol kejar orang awam" - Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - "Sampai saya di tempat ceramah kira-kira jam 10.00, saya disekat 300 meter dari tempat ceramah. Seorang polis dalam gelap cerah dia datang dan kata mana dia orang yang bajunya koyak. Polis itu dengan pistol di tangan," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
ImageNaib Presiden PAS itu berkata demikian ketika menceritakan detik-detik cemas semasa kejadian 'tragedi berdarah' di Batu Buruk Kuala Terengganu pada 8 September lalu ketika ditemui di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Beliau ditemui semasa menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyerahkan memorandum tuntutan dan aduan Bersih berhubung insiden di Batu Buruk.
Turut hadir ialah, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS Pusat yang juga bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad; AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok Suih Sim; Pegawai Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; wakil Suaram, Yap Swee Seng dan beberapa pimpinan NGO lain.
ImageSuhakam pula diwakili oleh Pesuruhjayanya, Dato' N. Sivasubramaniam dan Penasihat Undang-Undang Suhakam, Norita Azmi.
Bercerita lanjut mengenai kejadian itu Mohamad Sabu berkata, ketika mengejar pemuda tersebut, polis berpakaian preman itu tidak sedar akan kehadiran beliau dan beberapa penceramah lain yang turut disekat di kawasan itu.
Menurut Mohamad Sabu, selepas itu polis itu pergi ke dalam kumpulan polis dan kemudiannya Mohamad mendekati kumpulan polis itu untuk mencari anggota polis yang memegang pistol tersebut.
"Saya tengking dia, saya kata ooo ... bawa pistol ke nak bunuh orang. Baru mereka sedar itu suara saya dan kenal saya Encik ImageMohamad Sabu.Polis tadi itu hilang dalam 'crowd' polis itu," katanya.
Menurutnya, tindakan anggota polis itu mengejar orang awam dengan menggunakan pistol di tangan bermula pada jam 10.00 malam lagi sebelum berlakunya kekecohan.
"Ertinya dia (anggota polis) bukan nak mempertahankan diri kerana nyawa terancam atau apa sahaja. Sama ada orang itu (anggota polis) yang menembak pada insiden berikutnya saya tak tahulah," katanya.
Semasa ditanya mengenai bagaimana beliau merasakan bahawa anggota polis tersebut ada niat untuk berbuat sesuatu terhadap pemuda itu Mohamad Sabu berkata, tindakan memegang pistol di tangan semasa mengejar orang awam itu adalah satu yang dicurigai.
"Drama kejar mengejar itu bermula sejak jam 10.00 lagi, dan bukannya dia bertindak untuk mempertahankan diri," katanya.
ImageSehubungan dengan dakwaan itu Mohamad Sabu sendiri bersedia menjadi saksi jika Suhakam mengadakan siasatan awam (Public Inquiries) seperti yang dituntut oleh Bersih dalam memorandumnya hari ini.
Sementara itu, semasa dialog dengan Suhakam, Mohamad Sabu mahu Suhakam berfungsi bukan sekadar menerima laporan tetapi memastikan tindakan dibuat ke atas pihak yang melakukan provokasi sehingga tercetusnya insiden pada malam itu.
Dalam pada itu, Bersih dalam memorandumnya kepada Suhakam sebelum itu menyatakan secara terperinci insiden yang berlaku semasa ceramah anjuran Bersih di Batu Buruk pada 8 September lalu.
ImageMenurut jurucakap Bersih, Sivarasa Rasiah kejadian itu benar-benar menunjukkan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis yang sebenarnya tidak disiarkan media-media arus perdana.
Sebaliknya media arus perdana hanya mengeluarkan kenyataan pemimpin kerajaan, Umno dan polis yang kebanyakannya tidak benar berhubung kejadian sebenar.
Pihak penganjur katanya telah membuat permohonan permit bagi menganjurkan ceramah itu kepada polis pada 30 Ogos lalu, namun polis pada 6 September lalu telah menolak permohonan itu atas alasan yang tidak munasabah.
Antara alasan polis ialah, kawasan ceramah adalah ditempat perumahan awam, berhampiran dengan istana dan dibimbangi akan membuatkan fasiliti awam musnah, kata Sivarasa.
"Alasan ini tidak rasional langsung memandangkan kawasan tersebut adalah hak persendirian dan beberapa kali sejak tahun 1990 lalu ceramah telah dianjurkan di situ," katanya.
Dengan alasan itu Bersih melihat ianya telah menunjukkan niat pihak keselamatan untuk menggagalkan ceramah tersebut, katanya.
Selain itu fakta-fakta yang dikemukakan oleh Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob dalam beberapa akhbar arus perdana didapati bercanggah, katanya.
Antaranya fakta mengenai peluru hidup yang dilepaskan oleh anggota polis semasa menembak orang awam, antaranya ada dua versi berbeza satu melaporkan dua butir dan satu lagi empat butir peluru.
Sementara dalam satu akhbar lain, Dato' Ayob didakwa menyatakan polis telah membuat tembakan ke arah udara untuk memberi amaran, kata Sivarasa yang juga seorang peguam.
Katanya lagi, polis juga telah menahan 23 orang awam termasuk tiga wartawan yang masing-masing mempunyai kamera sebagai bahan bukti kejadian.
Secara sistematik penahanan itu adalah untuk menghapuskan bukti yang mungkin sekali boleh dijadikan bahan untuk dokumentasi seperti kes-kes yang terjadi sebelum ini antaranya 'bloody sunday' di KLCC yang telahpun membuktikan tindakan ganas polis, katanya.
Dengan aduan itu kata Sivarasa, Bersih menuntut agar Suhakam sedia mengadakan siasatan awam terhadap kejadian tersebut.
Sementara itu bercakap mengenai perkara yang sama, Dr Dzulkifli pula menyatakan apa yang dipaparkan oleh media hanyalah usaha untuk memburuk-burukkan pembangkang dengan niat menjatuhkan imej sebelum Pilihan Raya Umum ke-12.
Sambil menyifatkan laporan berat sebelah itu satu 'kejahatan kewartawanan' beliau melihat ianya hanyalah kempen untuk menutup mata rakyat dari menyokong pembangkang.
Suhakam diminta untuk menasihati media-media arus perdana yang dikatakan menjadi alat Umno-BN untuk memburuk-burukkan pembangkang agar lebih bersikap terbuka dan tidak prejudis. - mks.
THE BATU BURUK RIOTS: PREMEDITATED BY WHOM?
THE PRIME MINISTER’S CLAIMS:
The Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi said the rioting in Kuala Terengganu on 8th September 2007 was a desperate attempt by the opposition to gain political mileage. The Prime Minister claims the opposition :
“…came prepared with Molotov cocktails and other dangerous objects to attack the police. The riot was premeditated.”
The Prime Minister said :
“..it is a known campaign tactic that has been carried out many times before. They would provoke the police until stern action is taken and then they would cry foul”
THE OPPOSITION’S CLAIMS:
The PAS Vice President and Terengganu State Chief, Dato Mustafa Ali, claims agent provocateurs were part of a government sanctioned operation to suppress the opposition in Terengganu. He said they were informed on the night of the ceramah that plainclothes
policemen would cause problems.
He said:
“They would wear a ribbon so that police can identify them. This was pre-planned.”
UNDISPUTED FACTS
The people came with their wives, children, relatives and friends. The police stopped them from going to the rally venue by setting up roadblocks. The organizers, BERSIH, a coalition of political parties and NGO’s had appealed to the police for a permit to hold the rally after their earlier application had been rejected. The organizers were still negotiating with the police for the permit when the people were stopped at the roadblocks. They had not announced at that time that
the rally was being called off. Therefore the people were not aware that the police had not granted the permit or that the rally was called off.
OBSERVATIONS
If the claim that the riot was premeditated by the opposition, then the opposition members must be taken to have come carrying molotov cocktails, spears and dangerous weapons together with Malaysian and UMNO flags to a rally to hear speeches on a Clean and Fair Election. They had come bringing with them their wives, children, relatives, friends and even the elderly. They had brought them along with the premeditated intent to provoke the police to take stern action. They brought their wives, children, relatives, friends and the elderly to be dosed by water cannons and fired by tear gas. They did this so they can cry police brutality and cry foul.
Except this time live bullets were fired.
Azmi Hussein a police officer was in plainclothes. He had come to the ceramah with his gun loaded with live rounds. He was mingling with the crowd. He claims the crowd attacked him and he acted in self- defense. It is however undisputed and cannot be denied, he used his gun. He fired. Two persons were shot. Suwandi Abdul Ghani 37 was shot in the chest. The bullet
penetrated his lungs. Muhamad Azman 21 was hit in the neck.
If the opposition’s claim that the riot was preplanned and caused by agent provocateurs is examined the following is to be noted:
The New Straits Times published the next morning that the riot was at a ceramah organized by PKR. It was in fact organized by BERSIH. Where did NST get their news?
The New Straits Times also published a photograph of a person burning the Malaysian flag. Curiously, all the newspapers showed the same photograph. The New Straits Times stated in the caption that the person, whose face was covered by his helmet, was an opposition member. BERSIH and Dato Mustafa said that the police did not allow reporters into the rally venue and their cameras had been confiscated. If so who took the photograph? How could the photographer know that the person wearing a full-faced helmet is an opposition member? From whom did NST get the photograph?
Terengganu Police Chief SAC I, Datuk Ayub Yaakob is reported in an article in Malaysiakini on 12 September 2007 confirming that Azmi Hussein was the plainclothes policeman on crowd control duty and had worn a red ribbon to identify himself to his colleagues.
YOUR JUDGEMENT:
What is a policeman doing with a loaded gun mingling with the crowd in plainclothes? If he was on crowd control duty should he not be in uniform? Why did he not identify himself as a policeman before shooting? Why wear a red ribbon? Why was it necessary for him to be identified by his uniformed colleagues?
Are the opposition members willing to sacrifice their wives, children relatives and friends including the elderly to provoke police to take action so they can cry foul?
How and what justifies the police shooting citizens? What or whose interest is so important that the risk of citizens being shot prevails over citizens hearing speeches on Clean and Fair Elections?
You will not hear debate of this in Parliament. The Speaker in the Parliament ruled you should not obtain information this way.
You, the people will have to make the judgment. It’s your call.
Hadi: Pembatalan saat akhir punca rusuhan
Sep 14, 07 -- Tindakan polis membatalkan ceramah anjuran (Bersih) di saat akhir menjadi punca kepada keganasan yang berlaku di Batu Burok, Kuala Terengganu malam Sabtu lalu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, PAS sebagai pengendali majlis ceramah itu, tidak mampu memberitahu orang ramai mengenai pembatalan tersebut.
Katanya, PAS cawangan Kuala Ibai telah membuat permohonan permit kepada pihak polis seminggu lebih awal dari yang disyaratkan, tetapi tidak mendapat jawapan.
"Polis hanya menjawab mengenai penolakan permohonan tersebut pada hari Khamis, tetapi PAS tidak boleh membuat rayuan kerana keesokannya iaitu Jumaat dan Sabtu merupakan cuti umum.
"Orang ramai menyangka majlis ceramah berjalan seperti biasa, kerana kami tidak dapat menghebahkan pembatalan tersebut.
"Mereka mula datang ke tempat ceramah tetapi dihalang anggota polis yang membuat sekatan, jauh dari tempat tersebut.
Tujuh cedera
"Kekecohan berlaku di tempat sekatan dan bukannya di tempat ceramah," katannya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, Marang, semalam.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, kejadian tersebut berlaku ketika penceramah PAS sedang berunding dengan tuan rumah setelah mengambil keputusan untuk membatalkan program tersebut.
Presiden PAS itu mendakwa, beliau mendapat maklumat bahawa pihak polis telah membuat provokasi kepada orang supaya menimbukan kekacauan pada malam tersebut.
"Anggota polis berpakaian preman yang memakai riben di lengan dan membuat provokasi di tengah-tengah orang ramai, dikesan oleh penyokong PAS.
"Ini menyebabkan anggota terbabit telah melepas tembakan rambang menggunakan peluru hidup dan terkena orang awam," katanya.
Badan penyiasat
Hadi mendakwa, menjelang tengah malam, ketika anggota polis dan orang ramai beredar meninggalkan kawasan kejadian, datang satu pasukan lain dengan membuat kacau dan merosakkan harta benda awam di kawasan sekitar.
Kemudian, dakwanya, datang orang yang membawa bendera (Malaysia) dan telah bertindak membakarnya.
Hadi mendakwa, walaupun ramai anggota polis berkawal di kawasan itu tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.
"Ini menimbulkan kesangsian dan hilang kepercayaan PAS kepada kredibiliti pasukan polis.
"PAS menggesa supaya badan penyiasat bebas di bawah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk bagi menyiasat kejadian tersebut," katanya.
Saksi dakwa anggota polis lepas tembakan rambang
Sep 14, 07 -- Seorang saksi kejadian rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu malam Sabtu lalu mendakwa seorang anggota polis melepaskan empat atau lima das tembakan rambang ketika lari dari kumpulan beberapa pemuda selepas berlaku satu pertengkaran.
Osman Ismail, 49, dari Kampung Nibong dekat Kuala Terengganu mendakwa, beliau melihat sendiri anggota polis melepaskan tembakan tersebut sambil berlari.
Katanya, beliau berada hanya beberapa meter dari tempat kejadian dan dapat melihat dengan jelas bagaimana ia berlaku.
"Pada mulanya berlaku pertengkaran antara anggota polis terbabit dengan tiga atau empat lelaki. Seorang lelaki memegang sebatang kayu kecil dan mengacu untuk memukul anggota polis tersebut.
"Seorang daripada mereka telah menumbuk anggota polis tetapi tidak rebah dan ketika itu beliau melepaskan tembakan rambang sambil berlari ke arah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak jauh dari situ," katanya kepada malaysiakini semalam.
"Saya yang takut terkena peluru sesat, bergerak ke arah lain dan ketika mendengar laungan 'mati'.
Terkena tembakan
"Kejadian tersebut berlaku hampir jam 12 tengah malam dekat hotel Permai Park Inn. Saya tengok kejadian itu sampai selesai," kata Osman yang menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai di Kuala Terengganu.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Osman juga menolak dakwaan anggota polis terbabit rebah atau terjatuh kerana ditolak oleh perusuh seperti yang dilaporkan media massa.
"Bohong jika orang kata anggota polis itu rebah," katanya.
Bagaimanapun, Osman berkata, dia tidak nampak orang kena tembak kerana cuaca gelap tetapi terdengar laungan `mati.'
Menurutnya, beliau juga tidak mendengar pemuda berkenaan cuba membuat provokasi kepada anggota polis terbabit.
Pecah cermin kereta
"Sebaliknya anggota polis itu yang memprovokasi pemuda berkenaan," katanya.
Osman mendakwa, beliau nampak anggota FRU yang berang bertindak memecah cermin kereta dan motosikal yang diletakkan di tepi jalan.
Beliau juga berkata ternampak trak FRU terlanggar pasu bunga di Jalan Sultan Mahmud ketika mengundurkan kenderaan secara membuta tuli.
Osman mendakwa, ada anggota polis yang membaling batu ke arah orang ramai semasa rusuhan itu berlaku.
Ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, Osman berkata, tidak berbuat kerana bimbang ditangkap polis.
"Tetapi saya sanggup menjadi saksi, jika polis tidak menangkap saya," katanya.
Ketika dihubungi kemudiannya, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakub minta Osman tampil memberi keterangan kepada pihak polis.
“Kita mengalu-alukan kenyataan daripada saksi kejadian tersebut. Kita masih menyiasat (insiden tembakan itu)," katanya.
Sebelum ini, Ayub berkata, seorang anggota polis berusia 25 tahun telah melepaskan empat das tembakan ketika diserang oleh sekumpulan lelaki.
Katanya, anggota polis tersebut dipukul di bahagian matanya hingga berdarah dan rebah tetapi mereka terus memukulnya.
“Dia tidak ada pilihan, dia menggunakan tangan kirinya untuk menangkis pukulan dan tangan kanannya mencapai pistolnya. Kerana muka berlumuran darah, dia tidak dapat melihat dengan jelas," katanya.
Ayub berkata, anggota polis itu masih rebah dan sikunya di atas tanah ketika dia menembak ke udara dan dia sendiri tidak tahu yang ada orang yang terkena tembakan itu.
Gov't could have averted 'bloody' riot
Sep 14, 07 -- The violence which rocked Kuala Terengganu over the weekend could have been avoided if the government adhered to the recommendations of regulating peaceful assemblies, said a former human rights commissioner.
Consumer and human rights activist Prof Hamdan Adnan told Malaysiakini that the government fails to see that the public is unhappy and clamping down on them is not the solution.
“The government’s denial is bad because they don’t seem to realise that the public is not happy. There must be a platform for people to voice their dissatisfaction.
“A public assembly is just a manifestation. What’s important for the government to understand is to find out why the public is driven to extremes, and solve that problem,” he said.
Hamdan, who was formerly with the Human Rights Commission (Suhakam), was commenting on Saturday’s clash between opposition supporters and the police in Batu Burok.
The clash broke out following the police’s decision not to grant a permit for a public forum organised by the opposition-backed election watchdog Bersih.
The incident left several people injured, including policemen. Two men, Suwandi Abdul Ghani, 37, and Muhamad Azman Aziz, 21, sustained gunshot wounds to the chest and neck respectively after being shot by a policemen.
Previously, Terengganu police chief SAC I Ayub Yaakob stated that the 25-year-old policeman had discharged his firearm four times in self-defence after being set upon by an armed mob.
No need for police permit
Meanwhile, Hamdan said there is no reason why a police permit is needed every time a public gathering is held.
“The police will clampdown on such gatherings anyway, if something happens. It’s their job to monitor and make sure it remains peaceful,” he said.
Article 10 of the Federal Constitution guarantees the right to assemble peacefully without arms subject to Parliament legislation deemed necessary in the interest of national security and public order.
Such legislation seen in use today include Section 27 of the Police Act 1967, which gives the police arresting powers for failure to procure a permit for a gathering of three people or more.
Meanwhile, the recommendations to the government made by Suhakam after the ‘Bloody Sunday’ public inquiry included the abolition of a permit; sufficient crowd control by uniformed and named police personnel; and restraint in the use of water cannons, batons and tear gas.
The ‘Bloody Sunday’ anti-fuel hike demonstration saw 20 protesters arrested and at least two demonstrators needed medical attention after suffering beatings by the riot police.
Credibility at stake
Hamdan expressed concern that the country is still practicing feudal democracy where “the police have to check with Bukit Aman (federal police headquarters) and Bukit Aman has to check with the ministers.”
“If the assembly is a government party there would be no problem. If Umno Youth wanted to assemble anywhere at anytime and call it any name, the police would not be so nervous,” he said.
“The authority is with the officer-in-charge of police district (OCPD) but he is so nervous to act if it’s an opposition gathering. He is worried that his future would be affected...,” he added.
Hamdan noted that people cannot assume that banning public assemblies would ensure peace because authorities might face the threat of underground rallies being organised instead.
Drawing parallels between the police and the media, he said the credibility of both institutions are at stake if they do not ‘do the right thing’.
“For example, the government will be on the losing end if the media is seen as a government tool. We expect the media to be a watchdog.
“But instead, it is a government mouthpiece, then it becomes a lapdog. If it’s a lapdog, then it’s better to read news about Mawi and Siti Nurhaliza than read any news about the country’s politics,” he quipped.

The oppositon claimed that the police used unprecedented violence to disperse the crowd where speakers from Bersih - a coalition of political parties and NGOs to campaign for electoral reform - were to speak.
The violence, which left several people, including policemen, injured, erupted in Pantai Batu Burok following the police’s refusal to grant a permit for a public forum. The forum was organised by the opposition-backed election watchdog Bersih.
Hadi expressed sadness that the alleged Umno plan also involved police officers, but on the same note, added, “You must understand that not all police officers are with the Barisan (Nasional) government. There are police officers who are PAS members. So it is easy for us to obtain information.”
“After we retreated, another group came in and caused a ruckus and destroyed public property. Then, there were people who came and burnt the flags. The police did not take any action. Why didn’t they act at the time?” he asked.
“Tyranny does not end with the use of tear gas and live bullets. It includes the tyranny of the media. The statements by PAS were not published,” he added.
Ceramah Badan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO pada malam tersebut telah menjadi sasaran konspirasi jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Majlis malam tadi bermula dengan solat Isyak, solat hajat serta solat tarawih berjemaah telah mengundang ribuan rakyat dari seluruh negeri yang sama-sama bermunajat kepada Allah SWT. 
Antara penceramah yang mengambil bahagian pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim serta di pengerusikan oleh Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.


