Rabu, 2007 September 12

"Golongan lain bakar bendera" Pesuruhjaya PAS Terengganu

Tuesday, 11 September 2007

"Saya bersedia disiasat terhadap maklumat ini..." kata Datuk Mustapha Ali
Oleh Wartawan klpos.com

PESURUHJAYA PAS Terengganu, Datuk Mustapha Ali mendakwa bendera Umno dan Malaysia yang dibakar oleh perusuh di Kuala Terengganu 9 September lalu dilakukan oleh 'golongan lain'.
"Saya mendapat maklumat tersebut pagi ini (10 Sept) dan ini merupakan maklumat terbuka dan saya bersedia disiasat terhadap maklumat ini," kata beliau dalam satu sidang media khas semalam di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Ada wartawan akhbar Cina beritahu, kumpulan wartawan dilarang mendekati kawasan kejadian, jadi dari mana 'gambar-gambar' yang disiarkan oleh akhbar itu datang?, kata Ronnie Liu.

SEMENTARA ITU, Jurucakap Bersih, Ronnie Liu berkata semua gambar yang disiarkan media datang dari 'sumber yang sama.

"Ada wartawan akhbar Cina memberitahu, kumpulan wartawan dilarang mengambil gambar, jadi dari mana 'gambar-gambar' yang disiarkan oleh akhbar itu datang? Apakah ini gambar dari pihak berkuasa?," soal Ronnie.

Kenyataan Ronnie itu disokong oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman yang mengatakan bahawa semua jurugambar telah ditahan dan kamera mereka dirampas.

"Gambar yang keluar di akhbar-akhbar itu adalah dari kamera polis sendiri," tegas Dr Syed Azman.

Akhbar semalam menyiarkan gambar seorang lelaki bertopi keledar membakar bendera Malaysia yang kononnya dilakukan oleh 'perusuh'.

Berikutan itu, Pemuda Umno membuat satu laporan polis berdasarkan gambar tersebut.
Dalam pada itu, Mustapha Ali juga memberitahu media bahawa beliau mendapat maklumat yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang berani tampil untuk mengatakan bahawa kejadian rusuhan itu adalah 'pre-plan' yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato' Wan Farid.

"Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3.00 hingga 4.00 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu 'huru-hara' akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben," jelasnya.

"Jika fakta ini dipertikaikan, dia (polis) boleh soal siasat saya," kata beliau.

Desak tubuh Suruhanjaya diraja
Menurutnya lagi, PAS dan parti-parti politik serta NGO mendesak kerajaan supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam Tragedi Batu Buruk pada 8 September lepas.

Manakala siasatan bagi pihak PAS dan rakan-rakan diserahkan kepada pasukan 'legal team' yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Kata beliau, pihaknya mempunyai versi tersendiri tentang apa yang berlaku manakala media BN telah melapurkan versi mereka pula.

“Oleh itu saya mendesak supaya disiasat semua sekali apa yang sebenarnya berlaku dan saya rela disiasat tentang apa yang saya katakan hari ini,” katanya.

Manakala siasatan bagi pihak PAS dan rakan-rakan diserahkan kepada pasukan 'legal team' yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

PAS juga ujar beliau, akan mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Terengganu berhubung insiden tersebut.

Sidang yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dimulai dengan penjelasan Dato' Mustapa Ali yang diikuti oleh kenyataan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lain iaitu, Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Arutchelvan; Jurucakap Bersih, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok dan Jurucakap Suaram, Yap Swee Seng. klpos,harakahdaily,

BERITA SEBELUM INI
"Umno suruh polis bertindak terhadap majlis yang dianjurkan PAS"
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya akan melakukan siasatan terhadap punca sebenar kejadian di Batu Buruk Kuala Terengganu hingga mengakibatkan 23 penyokongnya ditahan polis.

Beliau dalam satu temubual khas dengan tvpas.com berkata, PAS juga akan mempertimbangkan tindakan undang-undang yang sewajarnya berhubung kejadian tersebut.
Politik jahat Umno ambil langkah suruh polis bertindak terhadap majlis yang dianjurkan PAS, BA dan NGO, kata Abdul Hadi

Media sebelum ini melaporkan 500 penyokong PAS merusuh selepas polis menghalang mereka dari menyertai perhimpunan tanpa permit.

Dalam pada itu, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan kejadian terbabit didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Politik jahat Umno ambil langkah suruh polis bertindak terhadap majlis yang dianjurkan PAS, BA dan NGO. Saya dimaklumkan kekacauan berlaku kerana provokasi polis untuk halang majlis dari berjalan," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat di sini petang semalam.

Menurut beliau lagi, pergaduhan tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan perundingan antara pemimpin PAS dan polis telah dilakukan.

"Saya harap polis peka, cukuplah penghinaan polis oleh BN, yang menghina mereka dengan masalah rasuah, begitu juga dengan jabatan-jabatan lain, jangan jadi makhluk yang hina sehingga boleh diperalatkan," kata beliau.

Temubual penuh Abdul Hadi boleh ditonton secara online di tvpas.com.

SEMENTARA ITU, tindakan pihak polis dalam menangani rusuhan oleh penyokong parti pembangkang di Terengganu malam tadi adalah berasas kepada tanggungjawab mereka untuk menguatkuasakan undang-undang negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata. mereka tidak perlu merujuk kepada kerajaan untuk melaksanakan tugas mereka, sebaliknya boleh bertindak di atas budi bicara sendiri.

Ini merupakan bidang kuasa pihak polis. Pihak kerajaan tidak beri apa-apa arahan kerana pihak polis telah menguatkuasakan undang-undang negara, kata Najib

“Ini merupakan bidang kuasa pihak polis. Pihak kerajaan tidak beri apa-apa arahan kerana pihak polis telah menguatkuasakan undang-undang negara,” katanya.

Sambil mengingatkan penyokong Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain bahawa undang-undang negara terpakai untuk semua, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, tidak ada unsur pilih kasih pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut.

“Mana-mana pihak termasuk parti Umno dan parti-parti komponen BN kalau kita nak adakan apa-apa majlis kita mesti memperolehi permit daripada pihak polis.

“Jadi peraturan ini adalah untuk semua pihak bukan saja untuk pembangkang tapi untuk parti-parti kerajaan juga,” katanya.

Najib berkata, pihak pembangkang juga harus menerima hakikat bahawa mereka terikat dengan undang-undang negara ini.

“Kalau kita tak patuh kepada undang-undang maka negara kita ini boleh jadi anarkilah, tak ada orang yang hormat pada undang-undang negara,” katanya.- klpos, tvpas, Bernama

0 ulasan: